Zulaikha keluar dari bilik mandi dengan bathrobe yang melekat pada tubuhnya. Sekali lagi dia berbalik tubuh saat melihat Faeyz sedang mengenakan pakaian.
"Kenapa sayang nak malu, bukankah sayang sudah melihat semuanya?" ungkapan itu membuat Zulaikha menelan ludahnya kasar.
"Itu hanya pandanganmu. Padahal saya tidak melihat keseluruhannya."
Faeyz tersenyum geli hati.
"Benarkah?" bisik Faeyz di belakang telinga Zulaikha.
Zulaikha tersentak. Sekali lagi bulu tengkoknya berdiri tegak.
Zulaikha terdiam seketika.
"Bagaimana dengan keadaan awak, dah berasa kurang demamnya?" Zulaikha berpaling lantas mahu menyentuh dahi Faeyz dengan belakang tangannya. Namun, lain pula yang terjadi.
Dia sama sekali tidak menyangka yang wajah lelaki itu masih dekat dengannya sehinggakan hujung hidung keduanya bersentuhan.
Zulaikha seberapa besar cuba mengawal emosinya. Satu tangannya terangkat lalu diletakkan pada dahi Faeyz.
"Bukankah masih ada satu cara untuk memeriksa suhu badan"
Zulaikha melongo.
Faeyz menunjukkan bibirnya.
Zulaikha menggigit bibirnya menahan malu. Jadi betullah, lelaki itu sudah sedar tadi. Zulaikha mengutuk dirinya.
"Sayang..." panggil Faeyz lembut.
"Hah" Zulaikha tersedar. Dia memandang Faeyz yang sudah mendekatkan wajahnya dengan Zulaikha. Zulaikha memejam rapat matanya menahan rasa malu.
Dia faham maksud kehendak Faeyz.
Perlahan bibirnya mendekat lalu menyentuh lembut dahi Faeyz.
Badan lelaki itu tidak sepanas tadi. Suhunya sudah turun. Tapi lelaki ini masih lagi demam dan perlu dipantau.
"Awak masih demam. Lebih baik awak baring dan berehat." arah Zulaikha. Lontaran suaranya terasa tersekat pada kerongkong.
Faeyz tersenyum kagum.
"Baiklah. Tapi sebelum tu..." Faeyz menarik tangan Zulaikha.
Zulaikha tidak mampu melawan melainkan hanya menurut. Dia membuntuti langkah Faeyz ke almari pakaian. Lelaki itu membuka pintu almari lalu mencapai t-shirt berlengan pendek bersaiz agak besar bagi tubuh Zulaikha beserta seluar track suits.
"Sayang pakai baju ni. Hanya ini saja yang muat untuk sayang" ujar Faeyz sambil menyerahkan pakaian yang diambilnya kepada Zulaikha.
Mahu atau tidak, dia terpaksa mengambilnya. Takkanlah dia hendak pakai bathrobe ni sehingga bajunya tadi kering. Tidak!
Zulaikha mengambilnya lalu melangkah pantas masuk ke dalam bilik mandi. Dia menyarung pakaian yang diberi oleh Faeyz.
Zulaikha menatap dirinya di hadapan cermin besar yang berada di ruang bilik mandi. Dia menelan ludahnya. Baru dia tersedar, pakaian dalamnya juga ikut basah dan sedang berada di dalam mesin pengering. Bagaimana dia hendak keluar dan berhadapan dengan Faeyz. Terekspost jelas bahagian atasnya disebalik baju tshirts yang dipakainya.
"Sayang" Ketukkan pada pintu mengejutkan Zulaikha.
Zulaikha gelisah.
"Sayang ok ke tu?" Tanya Faeyz risau setelah Zulaikha berada di dalam sana hampir 30 minit.
"Sayang, awak ok tak ni? Tolong jawab pertanyaan saya, jangan buat saya bimbang macam ni" pinta Faeyz. Tangannya tidak berhenti mengetuk pintu, pinta untuk dibuka.
Zulaikha menggigit bibirnya cuba menahan perasaan. Dia berjalan menghampiri pintu.
"Awak...saya.." Dia membuka pintu. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Zulaikha tidak berani bertatapan dengan Faeyz, dia berasa malu yang teramat sangat.
Baru dia mengerti kenapa Zulaikha berkurung di dalam bilik mandi selama hampir 30 minit. Faeyz hormat dengan sikap Zulaikha. Dia menghilang untuk seketika dan datang dengan sehelai hoodie berwarna kuning cerah. Dia bertindak menyarungkan hoodie itu ke tubuh Zulaikha.
Faeyz tersenyum melihat semua pakaian yang dikenakan Zulaikha, bersaiz besar.
Zulaikha terharu dengan tindakkan Faeyz. Jika lelaki lain, mungkin dirinya sudah hilang maruah sekarang ini. Dengan Faeyz, dia rasa dirinya dilindungi dan dijaga dengan baik.
Zulaikha memeluk tubuh Faeyz untuk beberapa saat.
"Terima kasih" ucap Zulaikha tersentuh dengan tindakkan Faeyz.
Faeyz membalas pelukkan Zulaikha erat. Dia senang saat berada dalam dakapan Zulaikha. Hati lelakinya selalu berasa tenang saat berada dalam pelukkan Zulaikha.
Zulaikha melepaskan pelukkan.
"Awak rehat dulu ya. Nanti saya buatkan awak susu panas" Zulaikha mahu melangkah pergi.
"Saya tak minum susu" Zulaikha menoleh.
"Seriously, Faeyz?" Zulaikha agak terkejut.
Faeyz mengangguk. Susu hanya sesuai untuk anak yang masih kecil. Dia sudah dewasa, mana mungkin dia akan minum susu.
"Kenapa?" Tanya Zulaikha hairan. Kedua tangannya dilipat di hadapan dada sambil menunggu jawapan Faeyz.
Faeyz meratah raut wajah Zulaikha dengan lembut.
"Eeii, tak lalu" jawapan dan riaksi wajah Faeyz membuat Zulaikha ketawa besar.
Faeyz ikut tersengih melihat Zulaikha ketawa dengan senang hati. Ini kali pertama dia melihat Zulaikha ketawa begini saat bersama dengannya.
"Rugi besar kalau awak tidak minum susu. Jangan anggap susu ni sesuai untuk peringkat kanak-kanak dan warga tua saja. Kalau awak nak tahu susu merupakan sumber kalsium dan vitamin D yang baik. Ia berperanan menghalang osteoporosis dan kehilangan tulang. Kalsium juga baik untuk gigi kerana ia membantu dalam mengawal keasidan oral dan melawan kerosakan gigi. Susu juga punya kebaikkan tau. Ia termasuk membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan rambut, kulit, imunisasi badan, proses penghadaman dan tumbesaran." jelas Zulaikha panjang lebar.
"Saya rasa seperti berdiri dihadapan pakar nutrisi pula" seloroh Faeyz sambil tersengih.
Zulaikha memutar bola matanya tanda protes.
"Jadi, nak minum susu ke tak?" Tanya Zulaikha sambil memandang tepat ke wajah Faeyz.
Faeyz menarik muka masam seraya menggeleng.
"Hmm, yelah. Saya turun dulu. Kalau perlukan apa-apa, saya ada dibawah" beritahu Zulaikha lantas mahu segera pergi dari situ.
"Tapi..." Faeyz mencengkam tangan Zulaikha lembut.
Zulaikha berpaling. Dia menanti kata selanjutnya dari Faeyz.
Faeyz menghampiri Zulaikha. Kedua tangan Zulaikha digenggamnya.
"Saya perlukan awak disini." suara Faeyz perlahan di hadapan wajah Zulaikha.
Bola mata Zulaikha menatap tepat ke dalam netra mata Faeyz saat lelaki itu mengatakannya.
"Saya cuma ada dibawah saja. Bukan-"
Faeyz menarik tubuh kecil Zulaikha ke dalam pelukkannya.
"Saya mahu sayang ada disini" suaranya manja.
Zulaikha mengeluh perlahan sebelum menuruti kemahuan Faeyz.
"Ya, baiklah" jawapan dari Zulaikha membuat raut wajah Faeyz kembali ceria.
Dia melepaskan pelukkan lalu menarik Zulaikha ke katil.
"Huh?" Langkah Zulaikha terhenti di sisi katil. Matanya hanya memandang Faeyz yang sudah naik dan berbaring.
Faeyz yang melihat Zulaikha masih berdiri tercegat, menepuk lembut ruang kosong di sebelahnya.
Zulaikha tersengih.
"Tidak. Biar saya duduk disini saja. Yang sakit awak, bukan saya" Zulaikha memberi kata putus.
Seketika dia teringat,
"Owh, saya perlu buat panggilan" Zulaikha bangun semula lalu berjalan keluar dari bilik. Dia turun ke tingkat bawah lalu keluar ke balkoni.
Zulaikha menanti deringan di sebelah sana disambut.
"Ikha, kamu kemana?" Suara Ruya yang kedengaran risau.
"Kedai macam mana, ok ke?" Zulaikha tidak menjawab pertanyaan Ruya, dia malah bertanyakan soalan pula kepada Ruya.
"Ok. Semuanya berjalan dengan lancar. Eh, kau kemana ni? Dah 3 jam kau menghilang, kau kemana?" Soal Ruya lagi. Dia tidak suka jika Zulaikha sembunyikan apa-apa di belakangnya.
"Faeyz sakit. Aku terpaksa menjaganya"
Mulut Ruya ternganga.
"Kau ada dirumah Faeyz ke? Sakit apa, teruk ke?"
"Demam panas, tinggi jugaklah. Risau pulak dia sorang-sorang kat rumah." suara Zulaikha perlahan.
"Takkan orang sekaya dia tak ada pembantu?" Ruya masih tidak puas hati.
"Tak ada. Cleaner akan datang beberapa minggu sekali saja untuk kemaskan rumah"
Ruya mengeluh berat.
"Kau balik tak malam nanti?"
"Tak tahu lagi. Kalau demamnya masih berlarutan, aku akan stay disini." Zulaikha tidak mahu berselindung apapun dari Ruya. Ruya sudah dianggap seperti kakaknya. Jadi, tidak ada rahsia lagi diantara mereka. Apapun juga, Ruya berhak tahu. Dia cuma tidak mahu Ruya risau, itu sahaja.
"Ikha.."
"Jangan risau, Faeyz bukan lelaki seperti itu"
Zulaikha dapat menghidu keresahan Ruya yang sebenarnya dan dia perlu cuba menenangkan wanita itu.
"Mana awak tahu?" bidas Ruya dengan suara yang agak tenang.
"..." Zulaikha terdiam. Dia mati kata. Tapi yang pasti, dia yakin sangat Faeyz bukan lelaki jahat.
Bersambung..
Benarkah apa yang dirasakan Zulaikha bahawa Faeyz bukan seperti lelaki lain diluar sana?
Share this novel