32- Bersiar-siar

Romance Series 34309

Zulaikha mengeliat lembut meregangkan tubuhnya yang terasa lenguh kerana semalaman mereka bercinta. Dia benar-benar lelah dikerjakan oleh Faeyz. Zulaikha tersenyum mengenangkan hal semalam.

Dia memandang ke sisi, kosong.
Raut wajah Zulaikha serta merta berubah. Dia memandang sekitar, Faeyz tiada disitu.

Zulaikha mencebir bibir lantas bangun. Dia mencapai tongkat dan berjalan menghala ke bilik mandi.

Usai menyegarkan tubuh, Zulaikha turun ke bawah untuk bersarapan.

"Morning" sapa Zulaikha kepada Ruya yang sudah berada dimeja makan.

"Morning" sapa Ruya dengan mulut yang penuh. Roti dikunyahnya pantas.
Dia merenung tepat ke wajah Zulaikha.

Zulaikha yang baru hendak menyenduk pasta ke dalam pinggan, terhenti.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Zulaikha mula cuak. Dia sudah perhatikan tubuhnya sebelum turun tadi, tidak ada apa-apa kesan yang ditinggalkan Faeyz pada tubuhnya.

Zulaikha menyentuh wajahnya risau.

Ruya menelan sisa roti di dalam mulutnya seraya menjawab
"You looks different" tenung Ruya tajam.

Zulaikha menelan ludahnya. Dengan lagak bersahaja, dia menyenduk pasta lalu diletakkan ke dalam piring di hadapannya.

"I'm feel different" balas Zulaikha tenang seraya menyuap pasta ke dalam mulut.

Bola mata Ruya naik dan turun dengan perlahan pada setiap inci tubuh Zulaikha.

"Ya" jawab Ruya acuh tak acuh.

Zulaikha memandang sekeliling.
"Mana Faeyz?"

"Ntah, pagi-pagi lagi aku nampak dia terburu-buru keluar dengan luggage."

"Luggage?" Zulaikha menelan ludahnya.
"Kau tahu dia pergi mana?" Zulaikha cuba mengawal rasa resahnya.

"Ntah. Tak sempat aku nak tanya, dia dah pergi" balas Ruya.

Deg!

Zulaikha meletakkan sudu dan garfu. Dia bangun.

"Kau nak kemana? Kenapa tak habiskan makanan tu?" tanya Ruya hairan.

"Aku tak ada selera. Aku nak keluar." balas Zulaikha seraya berjalan keluar. Nafasnya terasa sesak dan sukar untuk bernafas. Dengan sekuat hati dia cuba menahannya.

Hanya keluhan yang terdengar dari Ruya.

*

Zulaikha duduk pada sebatang kayu besar yang berada tidak jauh dari pesisir pantai sambil menangis. Dia rasa dirinya sudah ditipu.

Kenapa dia begitu bodoh dan mudah menyerahkan maruah dirinya pada seorang lelaki?

"Bodoh!!! Kau bodoh, Zulaikha!" Raung Zulaikha lantang seraya melemparkan tongkatnya jauh-jauh.

"Kenapa senang sangat kau serahkan segalanya pada dia!? Lelaki semuanya sama!" erang Zulaikha penuh dengan penyesalan. Dia menyesal kerana percaya dengan kata-kata manis lelaki seperti Faeyz.

"What's the matter?"

Zulaikha menyeka airmata pada wajahnya pantas sebelum menoleh dan cuba tersenyum.

"Nothing" balas Zulaikha.

"Ikha, I can tell there's something wrong."
Ruya mengeluh perlahan. Dia berjalan menghampiri Zulaikha lalu duduk disamping wanita itu.

Ruya mengesat sisa airmata pada wajah Zulaikha. Kedua tangannya kemudian meraup wajah Zulaikha lembut.

"Aku tak rasa dia tinggalkan kau. Kau sendiri tahukan, betapa sayangnya dia pada kau. Aku nampak kegigihan dan usaha dia selama ni semata-mata untuk meraih cinta dari kau"

"Hisk! Kau tahu?" Soal Zulaikha seolah tidak percaya.

Ruya tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Aku dah lama dapat rasakan semua tu. Aku nampak kesungguhan dia untuk tawan hati kau." luah Ruya lembut.
"Ikha, jangan terlalu cepat menilai keburukkan orang. Kita tak tahu apa masalah yang ditanggungnya sekarang. Atuk masih koma, syarikatnya pulak ditinggalkan macam tu saja semata-mata nak lindungi kau. Kau tak fikir ke semua ni?" Ruya mengeluh perlahan. Dia menatap lembut ke dalam netra mata Zulaikha.

"Dia harus menjaga syarikat keluarganya. Dia perlu bekerja. Siapa nak manage syarikat kalau dia tak hadir? Mungkin dia rasa kita selamat disini, sebab itu dia tinggalkan kita tanpa ragu." Ruya menoleh ke belakang.

"Kau tengoklah tu.." Zulaikha menoleh kearah yang dimaksudkan Ruya.

Ada dua lelaki bertubuh tegap berdiri tidak jauh dari mereka.

"Dari tadi aku tengok mereka disitu. Mungkin Faeyz yang mengarahkan mereka untuk protect kita."

Zulaikha menoleh menghadap laut. Dia cuba mencerna semua kata-kata Ruya sebelum menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan.

Zulaikha menggenggam erat tangan Ruya.
"Terima kasih. Kau satu-satunya sahabat dan kakak yang aku sayang. Aku tak tahu, bagaimana hidup aku kalau tanpa kau disini"

"Oh, come here" bisik Ruya lantas menarik tubuh Zulaikha lalu dipeluknya erat.

Zulaikha melepaskan pelukkan. Perlahan dia bangun.

"Hey, nanti" Tahan Ruya lantas berlari mengambil tongkat yang dibuang Zulaikha tadi.

Dia kembali lantas menghulurkan tongkat kepada Zulaikha.

"Tak perlu." tolak Zulaikha. Perlahan dia menapak.

"Arkh" ringisnya lantas mencengkam pergelangan tangan Ruya.

"Ikha!" jerit Ruya.

Kedua lelaki bertubuh tegap berlari ke arah mereka berdua.

"No, it's okay. It's fine." tolak Zulaikha pantas.

"Aku tak nak selamanya dipandang lemah. Aku yakin, aku boleh buat." ujarnya tegas.

Kata-kata Zulaikha membuat langkah kedua lelaki itu terhenti dan berpandangan.

*

Sudah genap seminggu Faeyz pergi. Langsung tidak ada khabar berita darinya.

Zulaikha berdiri di balkoni biliknya sambil merenung ribuan bintang yang bertaburan dilangit. Alangkah baik jikalau dia dapat terbang bebas seperti burung. Dia bosan hidup begini. Dia rindukan kehidupannya membuat roti dan pastry setiap hari.

Zulaikha mengeluh berat. Sesekali dia memandang ke arah handfonnya. Langsung tidak ada notifikasi yang masuk. Sekali lagi dia mengeluh kecewa.

"Nanti dia mesej la tu" suara Ruya yang datang dengan dua cawan kopi panas di tangan.

Dia melangkah menghampiri Zulaikha lantas meletakkan secawan kopi di hadapan Zulaikha.

"Minum ni dulu, panaskan badan kau tu. Disini sejuk, aku taknak nanti kau jatuh sakit" Ruya begitu perhatian dengan Zulaikha.

"Aku tak apa-apa." Zulaikha mencapai cawan kopi lalu dibawa ke hadapan bibir. Terlihat asap dari air kopi terbang melayang ditiup angin.

Zulaikha menghirupnya perlahan. Tekaknya terasa nyaman saat haba panas menyapa lembut anggota tubuhnya.

"Esok aku ingat nak jalan-jalan dalam pulau ni. Kau nak ikut?" wajah Zulaikha nampak lebih ceria.

"Aku tak rasa itu idea yang baik. Kaki kau kan masih belum sembuh sepenuhnya."

"Uff, come on. Sampai bila kita nak terperap dalam rumah besar ni, hah!? Aku boleh jadi gila kau faham tak" Zulaikha mula bosan dan rimas bila terpaksa menghadap perkara yang sama setiap hari. Faeyz pula tiada. Jika tidak, mungkin dia akan lebih gembira disini.

"Okay..okay, fine" keluh Ruya. Dia terpaksa akur dengan kehendak Zulaikha. Tujuan dia berada disini untuk menjaga Zulaikha dan dia harus ikut kemana saja Zulaikha pergi.

*

Zulaikha dan Ruya dibawa bersiar-siar dengan sebuah Range Rover milik Faeyz. Kedua pengawal Faeyz yang membawa mereka keluar bersiar-siar. Dan sudah pasti hal ini diketahui Faeyz.

Ting!

'Jangan pernah tinggalkan mereka sendirian. Awasi kemana sahaja mereka pergi'

satu pesanan ringkas dihantar Faeyz kepada pengawalnya.

'Baik, Tuan' balasnya pantas.

Mereka akhirnya tiba di Tapak Warisan Dunia UNESCO Kingston. Kedatangan mereka disambut baik oleh penjaga disana.

Kesemua mereka dibawa bersiar-siar dan melawat tapak bersejarah.

"Sejarah Pulau Norfolk bermaksud pembalik halaman. Dan tiada tempat merakam hari-hari awal pulau ini seperti Kingston, sebahagian daripada Tapak Banduan Australia yang tersenarai dalam Warisan Dunia UNESCO." terang lelaki berusia 30an yang memperkenalkan dirinya Steffan.

Di sekitar, Zulaikha dapat melihat terdapat bangunan tentera dan kerajaan yang bersejarah serta runtuhan penjara lama.

Mereka dikenakan bayaran tambahan,saat melawat ke tanah perkuburan , di mana batu nisan ukiran tangan merekodkan penghujung tragis penduduk awal Norfolk.

Zulaikha nampak teruja dengan perkara baru yang tidak pernah dilihatnya.

Mereka kemudian mengunjungi sebuah bangunan.

Pada asalnya ia digunakan sebagai stor tentera semasa zaman hukuman di Pulau Norfolk, bangunan berusia 180 tahun ini kini berfungsi dwi fungsi sebagai muzium dan gereja Anglikan.

Mereka dibawa turun ke tingkat bawah, Gedung Komisariat yang merupakan salah satu Muzium Pulau Norfolk. Tempat ini memaparkan artifak yang ditemui dari Tapak Warisan Dunia UNESCO Kingston.

Artifak ini terdiri daripada yang praktikal (alat Polinesia) kepada yang sangat mengerikan (besi kaki dan cambuk yang digunakan untuk memastikan banduan berada dalam barisan).

"You’ll find All Saints Church above the Commissariat. It was converted following the resettlement of Bounty mutineers from Pitcairn Island in the mid-19th century.." Steffan meneruskan langkahnya sambil menerangkan sejarah tempat tersebut dan Zulaikha terlihat begitu teruja.

Mereka kemudian dibawa ke Jambatan Berdarah.

"Jambatan berdarah?" Zulaikha ngeri bila mendengar nama yang diberikan. Sungguh menakutkan.

"You’ll often hear that much of Norfolk Island was built with convict blood, sweat and tears, and it’s no exaggeration. Legend has it that during the construction of Bloody Bridge, a tyrannical overseer pushed his work gang to breaking point and ended up with a pickaxe imbedded in his skull.

Fearing a punishment even worse than their overseer’s grizzly fate, the convicts swiftly walled their tormentor into the bridge’s stonework. Feigning ignorance when questioned about the sudden disappearance, all went well for the work gang, until the replacement overseer noticed blood oozing from the still-wet mortar!"
Zulaikha memandang Ruya yang berada disamping. Dia merangkul erat pergelangan tangan Ruya.

"Boleh kita pergi dari sini?" bisik Zulaikha di telinga Ruya.

Ruya yang ikut seram, seraya mengangguk.

Bersambung...

Mungkin dengan sibukkan diri, sedikit sebanyak Zulaikha boleh tenangkan fikirannya dari terus fikirkan Faeyz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience