Polis sudah berjaya mengepung sebuah rumah tinggal yang dikhabarkan terletak di Bursa.
Untungnya, tidak ada yang mengawal di sekitar kawasan itu jadi lebih mudah untuk pihak polis melakukan serbuan.
Bamm!!! Pintu belakang ditendang kuat dan daun pintunya pecah dan terbuka.
Beberapa orang lelaki yang leka bermain daun terup terkejut dan lari berselindung disebalik dinding dan pintu menghala ke ruang tamu.
Duar! Duar!
Beberapa das tembakkan dilepaskan oleh sekumpulan lelaki tersebut dan mereka berbalas tembakkan dengan pihak polis.
"Argh!" salah seorang dari lelaki itu rebah apabila tembakkan mengenai tepat di kepala.
Dino dan beberapa orang polis lain menyelinap masuk dan berpecah masuk ke dalam bilik.
Langkah Dino bersama dua orang pasukannya terhenti bila melihat Esra mengacukan pistol di kepala seorang wanita. Dan wanita itu adalah Ruya.
Mulutnya ditutup dengan kain manakala kaki dan tangannya terikat pada sebuah kerusi. Esra berdiri dibelakang Ruya sambil mengacukan pistol tepat di bahagian sisi kepala Ruya.
Airmata merembes laju di wajah Ruya. Mungkin ini terakhir kali dia melihat dunia. Dan mungkin juga ucapan selamat tinggalnya pada Zulaikha di Norfolk Island merupakan perjumpaan terakhir mereka.
Ruya pasrah jika itu yang tertulis dihujung riwayatnya.
"Letakkan senjata!" Tekan Dino keras.
Esra berkeras.
"Aku tak akan biarkan dia hidup" nekad dengan keputusannya, Esra menarik picu.
Mata Ruya terpejam rapat.
Duar!
Telinga berdesing dengan kuat.
Darah merah mengalir membasahi lantai.
"Arghh!!"
Terasa ada tangan yang membuka ikatan dimulut, tangan dan kakinya. Perlahan dia membuka mata.
Apa yang dibicarakan polis padanya, langsung tidak didengarinya. Desingan pada telinganya terlalu kuat. Pendengarannya terasa seperti mahu pecah. Ada kesan percikkan darah pada wajahnya.
Ruya sempat menoleh ke belakang. Tubuh Esra dipenuhi darah pekat dan bau hamis darah meloyakan tekaknya.
"Jangan risau, awak selamat" suara polis terdengar sayup-sayup di telinganya. Wajah polis lelaki dihadapannya ditatap kosong. Ruya seperti mati rasa.
*
Selesai menjamah makanan yang dipesan oleh Faeyz,
"Minum susu ni" arah Faeyz sambil menyondorkan secawan gelas susu dihadapan bibir Zulaikha.
"Awak, saya tak sakitlah.. Buat apa nak minum susu, taknaklah" tolak Zulaikha. Dia memalingkan wajah ke sisi.
"Sayang kena minum juga susu ni. I'm insist"
Zulaikha menoleh.
"Why?" soal Zulaikha ingin tahu kenapa suaminya ini begitu memaksa. Makanan yang dipesannya juga berbeza dari sebelumnya. Banyak kandungan kekacang, cheese, sayuran dan buah-buahan.
Faeyz tersenyum. Dia naik dan duduk disebelah isterinya.
"Baby dalam perut ni perlukan makanan yang berkhasiat untuk tumbuh sihat dan sempurna sebelum tiba masa kelahirannya."
"Baby?" Zulaikha tergelak dihujung pertanyaannya.
"Ya, baby." angguk Faeyz.
"Baby? Dalam ni?" Zulaikha menunding jari kearah perutnya yang masih rata. Dia masih geli hati dengan pengakuan Faeyz.
"Ya" riak wajah Faeyz berubah serius.
Tawa Zulaikha terhenti. Dia memandang tepat ke wajah Faeyz yang serius. Zulaikha menelan ludahnya.
"What-- When-- How--" Zulaikha jadi gugup. Jantungnya berdegup laju.
Riaksi wajahnya bercampur baur sama ada mahu gembira, menangis, ketawa, keliru.
Faeyz sedikit pun tidak membuang pandang ke arah lain. Dia hanya menatap lekat ke wajah isterinya. Dia tidak mahu terlepas moment indah dengan riaksi wajah dan penerimaan Zulaikha mengenai kehamilannya.
Zulaikha mengiringkan sedikit tubuhnya, mendekatkan wajahnya rapat dengan wajah suaminya.
"Are you serious, honey?" bisik Zulaikha perlahan. Sepertinya dia takut jika baby didalam kandungan terdengar perbualan mereka berdua.
"Ya, honey" balas Faeyz juga dalam nada yang sama.
Perlahan bibir Zulaikha melebar. Begitu juga dengan Faeyz. Bibir Zulaikha dikucupnya penuh perasaan sebelum mengakhiri dengan pelukkan erat.
"I love you, honey" luah Zulaikha sebak bercampur gembira. Tidak tergambar betapa gembiranya dia bila mendapat tahu ada satu nyawa berada di dalam rahimnya, bukti cintanya bersama Faeyz.
"I love you.., both of you" luah Faeyz penuh perasaan.
*
Pemeriksaan dilakukan terhadap Ruya. Tiada sebarang kecederaan pada tubuh Ruya dan dia dibenarkan pulang.
"Ruya"
Ruya yang sedang berjalan di koridor hospital menoleh.
Seorang lelaki bertocang satu berdiri tidak jauh darinya. Susuk tubuhnya tinggi dan tegap. Iris mata hazelnya menatap tepat ke arah Ruya.
Ruya kaku ditempat. Kedua tangannya digenggam erat cuba mengawal emosi.
Lelaki itu menapak dan berhenti tepat di hadapan Ruya. Tatapan mata mereka bersatu. Sudah lama mereka tidak bertemu.
"Noah" nama itu meniti dibibir Ruya dalam nada bisikan.
Tubuh Ruya terhenyak dalam pelukkan lelaki yang baru sahaja dia memanggil dengan nama Noah.
"I miss you" luah lelaki itu. Luahannya terdengar begitu tulus terhadap Ruya.
"Maafkan saya. Terlalu banyak hal yang berlaku hingga membuatkan hubungan kita semakin renggang." luah Ruya kesal.
Noah melonggarkan pelukkan. Kedua tangannya menyentuh lembut bahu Ruya.
"Awak tak salah. Cuma masa dan keadaan yang tidak mengizinkan kita untuk bertemu." bicara lelaki itu tenang.
Ruya sedikit teruja melihat riaksi tenang Noah.
"Zulaikha macam mana sekarang?" Noah mengenali Zulaikha melalui Ruya.
Hubungan mereka menjadi rahsia selama ini adalah disebabkan oleh Zulaikha. Ruya sendiri yang tidak mahu hubungannya dan Noah diketahui Zulaikha.
"Ikha ok. Dia dah pun menikah seminggu yang lalu" cerita Ruya sambil memandang riaksi wajah Noah.
"Really? Wow! Bagaimana dengan kita?"
Pertanyaan Noah mampu membuat Ruya terpaku.
"Kita? Er-"
"Ruya" Perbualan mereka terhenti apabila Dino berjalan menghampiri mereka berdua.
Raut wajah Noah serta merta berubah saat melihat lelaki lain datang kearah Ruya dan memanggil nama kekasihnya.
"Ini siapa?" soal Dino. Selaku polis, dia harus berhati-hati dengan sesiapa sahaja yang cuba rapat dengan Ruya.
"Noah, teman lelaki Ruya" tanpa sungkan, Noah memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan mahu berjabat salam.
"Dino, polis dari IPD Istanbul" Dino menyambut huluran tangan Noah dengan senang hati.
Dahi Noah berkerut
"Polis?" Noah memandang Ruya dan Dino bergantian.
"Dino" ketiga mereka menoleh kearah suara.
Seorang lelaki tampan bersusuk tinggi lampai, mengenakan sut lengkap dan kemas berjalan kearah mereka.
Lelaki itu memandang kearah Ruya.
"Ruya" panggilnya.
Hal itu sudah tentu membuat Noah cemburu.
Rahang Noah mula mengeras.
"Awak siapa?" pertanyaan yang terlontar dari mulut Ruya mampu membuat wajah Noah berubah terkejut.
"Sean. Saya Sean, teman rapat Faeyz dan Zulaikha"
Noah menarik nafas lega. Bermakna, dua lelaki yang berdiri dihadapannya ini bukan sesiapa kepada Ruya.
"Kenapa, ada perkara buruk yang berlaku pada mereka ke?" wajah Ruya cuak.
Sean tersengih seraya menggeleng.
"Saya datang sini nak bawa awak pulang ke rumah Faeyz. Mereka tunggu awak disana."
"Mereka ada di Istanbul? Bukankah mereka sedang berbulan madu di Singapura?" Dia tahu kedua sahabatnya itu pergi honeymoon di Singapura selama 5 hari. Bagaimana pula Sean mengatakan mereka sudah ada di Istanbul?
"Lepas mereka tahu awak diculik, mereka terus flight pulang ke Istanbul dengan seberapa segera"
Wajah Noah nampak terkejut.
"Culik?" Tangannya pantas menyentuh bahu Ruya lalu mengimbas wajah dan tubuh kekasihnya jikalau ada kecederaan di mana-mana bahagian tubuh wanita itu.
"Panjang ceritanya." sela Ruya tenang.
*
Kepulangan Ruya disambut dengan pelukkan erat dari Zulaikha.
"Aku betul-betul minta maaf dengan apa yang telah menimpa kau" Zulaikha mengeluh kesal. Jikalau Ruya masih di Norfolk Island dan tidak pulang ke Istanbul, sudah tentu kawannya ini selamat.
"Aku tak sepatutnya benarkan kau pulang ke Istanbul. Patutlah hati aku berat sekali mahu lepaskan kau pulang. Rupanya ada perkara buruk yang bakal menimpa kau. Maafkan aku" luah Zulaikha kesal.
"Ikha..semua yang jadi bukan salah kau. Aku yang cuai. Kau dah berpesan pada aku banyak kali supaya berhati-hati dan jangan jauh dari pengawasan orang-orang Faeyz. Tapi aku yang lalai" Ruya rasa bersalah dengan Zulaikha. Kerana kecuaiannya, dia sudah menyusahkan semua orang.
Keduanya meleraikan pelukkan.
"Tak mengapa. Perkara sudah pun berlaku. Ruya pun dah selamat. Lepas ni, kita harus lebih berhati-hati" celah Faeyz. Dia berjalan menghampiri Zulaikha lalu memeluk pinggang isterinya.
Zulaikha perasan sesuatu. Dia mengintai susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di belakang Ruya. Dia tidak mengenali siapakah lelaki ini.
Ruya perasan dengan arah pandangan Zulaikha.
"Err..Ikha, aku kenalkan..ini Noah"
Zulaikha memandang Noah dari atas hingga ke bawah. Mempunyai raut wajah tampan, rambut hitam pekat separas bahu yang ditocang satu, berkulit sawo matang, bermata coklat hazel kemas mengenakan t-shirt Jojo Armani berwarna putih bersih, berseluar panjang berwarna khaki dan bersneakers putih. Tampak simple dan berkelas.
Zulaikha menapak menghampiri Noah.
"Teman lelaki?" pertanyaan Zulaikha sah-sah membuat Ruya menelan ludah.
Noah menjeling sekilas kearah Ruya sebelum mengangguk.
Melihat anggukkan Noah, membuatkan Zulaikha menoleh kebelakang memandang Ruya.
Wajah Ruya nampak pucat.
"Sejak bila?" tanya Zulaikha dengan lagak tenang.
"Hampir 6 tahun" jawab Ruya tanpa selindung.
Zulaikha menganga.
"Dan selama itu kau rahsiakan pada aku, why?" Zulaikha berpusing menghadap Ruya. Kedua tangan Ruya digenggam erat.
"Sebab aku pernah berjanji dengan Nenek untuk menjaga kau dan selalu berada disisi kau"
Zulaikha tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Ruya.
Patutlah wanita ini beria-ia mahu mengikutnya pindah ke Istanbul.
Mata Zulaikha berkaca. Dia terharu dengan apa yang telah dilakukan Ruya.
Zulaikha memeluk tubuh Ruya seeratnya sambil berkata,
"Kau juga layak untuk bahagia." Zulaikha meleraikan pelukkan. Kedua tangannya meraup wajah cantik Ruya sebelum berpaling dan menghulurkan tangannya kepada Noah.
Noah teragak-agak untuk menyambut tangan Zulaikha. Sebaik sahaja tangannya menyentuh tangan Noah, Zulaikha langsung merentap tangan lelaki sehingga tubuh lelaki itu terdorong dan rapat ke arah Ruya.
Tangan Ruya diambil lalu disatukan dengan tangan kasar Noah.
"Bila tarikhnya?" tanya Zulaikha sambil menerbitkan smirk di hujung bibir kirinya.
"Tarikh!? Tarikh apa!?" soal Ruya dan Noah serentak.
"Menikah" jawab Zulaikha selamba sebelum kesemuanya berhambur ketawa.
*
Dua bulan kemudian,
Pernikahan Ruya dilangsungkan secara sederhana. Itu permintaan dari Ruya sendiri. Setelah menikah, dia akan ikut Noah tinggal di Antalya kerana lelaki itu mempunyai perusahaan disana.
"Welcome to the club" sapa Zulaikha sambil berdenting gelas berisi air oren kepada Ruya dan Noah.
Faeyz menghampiri Zulaikha. Satu kucupan manja hinggap di pelipis kanan Zulaikha.
"Sayang dah bersedia?" tanya Faeyz. Zulaikha mengangguk.
"Sedia?" Ruya tertanya-tanya kepada Zulaikha.
Zulaikha hanya mengulum senyum kearah Ruya sebelum dia dibawa Faeyz berdiri di hadapan ruangan utama.
Faeyz melagakan garfu pada gelas yang dipegangnya bertujuan untuk menarik perhatian tetamu.
Saat itu juga, semua mata memandang tepat kearah mereka berdua.
Faeyz mencapai Mic dari MC yang bertugas.
"Ehem,ehem. Selamat Pengantin Baru buat Ruya dan Noah. Selamat menempuh hidup baru kawan. Semoga bersama dengan ikatan pernikahan menjadikan kalian keluarga yang selalu dalam lindungan tuhan, penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan."
Faeyz menjulang tinggi gelas yang ada ditangannya. Tetamu yang lain ikut melakukan hal yang sama.
Disitu juga ada Bihan, Lola, Sean, Demir dan Atuk Galih. Lelaki tua itu hanya duduk di kerusi roda sambil tersenyum memerhatikan kebahagiaan cucunya. Sudah sebulan dia keluar dari hospital. Dia sendiri tidak pernah menyangka yang usianya masih panjang dan berkesempatan untuk melihat cucunya bahagia melayari bahtera rumahtangga.
"Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis." Faeyz menoleh memandang isteri tercintanya sebelum tersenyum.
"Disini ada dua perkara yang ingin kami sampaikan." Faeyz menyeluk saku blazernya. Sekeping sampul merah dikeluarkannya dan kini berada ditangannya.
"Pertama sekali, disini saya dan isteri ingin sponser pakej bulan selama satu minggu buat pengantin baru kita ke Paris" Ruya menangkup mulutnya tanda tidak percaya.
Kota Paris, dikenali sebagai Kota Cinta. Siapa saja yang tak ingin untuk pergi kesana?
Noah dan Ruya berjalan ke hadapan, menyambut huluran sampul merah dari tangan Faeyz.
"Thanks Faeyz, Ikha." ucap Noah dan Ruya gembira bercampur terharu. Mereka berpelukkan buat seketika sebelum kembali ke tempat duduk raja sehari.
Faeyz memandang Zulaikha dengan penuh rasa cinta. Tangan keduanya berpaut erat.
"Perkara kedua yang ingin kami sampaikan.." Faeyz tersenyum lebar.
"Kami bakal menimang cahaya mata 6 bulan setengah dari sekarang! Zulaikha sudah hamil 3 bulan lebih" Zulaikha ketawa gembira. Tetamu rapat yang hadir bersorak gembira dengan berita yang baru saja disampaikan Faeyz.
Bihan, Lola, Ruya, Noah, Sean, Demir dan tetamu yang lain datang dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah kepada Faeyz dan Zulaikha.
"Atuk.." sapa Zulaikha ramah. Satu ciuman singgah di pipi tua itu.
Faeyz ikut mencium Atuk Galih dan duduk disebelahnya.
"Atuk tak sangka yang atuk bakal menimang cicit tidak lama lagi" suaranya lemah sambil ketawa gembira.
"Dan untuk pengetahuan atuk, Ikha dan Faeyz dah berbincang yang kami akan berpindah masuk ke mansion atuk minggu depan. Kami takkan tinggalkan atuk. Kami akan sentiasa ada dan temankan atuk." cerita Zulaikha senang.
Wajah tua itu nampak sebak dan terharu dengan keputusan yang diambil oleh cucu-cucunya. Kedua cucu kesayangannya itu dipeluk serentak.
"Macam mana aku boleh tak perasan dengan perubahan perut kau ni?" Ruya sendiri bingung dan agak kecewa dengan dirinya kerana langsung tidak perasan yang Zulaikha sudah hamil 3 bulan lebih.
"Well, aku pandai coverlah kan!?" jawab Zulaikha sambil mendabik dada dan akhirnya ketawa.
"Seronoknya aku.. Aku tumpang gembira buat kau, Ikha."
"Harus ingat satu perkara, pasti ada sinar mentari setelah datangnya hujan dan badai. Hidup kita berdua bukan sumpahan, tapi dugaan dan rintangan yang kita berjaya galas dan harungi bersama. Dan lihatlah sekarang, kita sudah kecap kebahagiaan. Kau dah temui kebahagiaan kau dan aku juga telah temui kebahagiaan aku."
Zulaikha mengangguk setuju dengan kata-kata Ruya.
*
Zulaikha dan Faeyz berdiri tepat dihadapan sebuah pusara yang berada tidak jauh dari rumah banglow peninggalan kedua orang tua Zulaikha.
Faeyz membaca nama yang agak kabur pada batu nisan, Sadhat Murat.
Sadhat merupakan adik bongsu Zulaikha. Meninggal diusia satu bulan akibat jantung berlubang. Adiknya dikebumikan disini sementara kedua orang tuanya dikebumikan di kampung neneknya, Antalya.
"Sayang, mari" Zulaikha menurut.
Audi S7 meluncur laju meninggalkan perkarangan tanah perkuburan.
Zulaikha berdiri di balkoni sambil menghadap langit senja.
Faeyz datang dan menghampirinya. Dia tahu, isterinya sedang bersedih. Perlahan kedua tangannya merangkul lembut pinggang Zulaikha dan berhenti pada benjolan kecil yang sudah terlihat bentuknya. Disitu janin keduanya sedang tumbuh. Dia mengusap perlahan.
"Kita kehilangan kedua orang tua, tapi kita masih boleh hidup bahagia. Kita masih ada atuk, ada baby.." Faeyz menundukkan wajahnya menatap tangannya yang sedang mengusap manja perut isterinya.
"Kita masih ada teman-teman rapat, Ruya, Noah.. Saya janji, kita akan bina semula keluarga kita dan satu hari nanti, keluarga kita akan bertambah besar dan rumah ini bakal meriah semula dengan suara anak-anak kecil" itu janji Faeyz terhadap Zulaikha. Dia akan cuba bahagiakan Zulaikha selayaknya kerana itulah wanita pertama dan terakhir yang dicintainya.
Zulaikha mendongak dan tersenyum. Bibir keduanya bertaut lembut.
"Terima kasih, sayang. Saya bahagia dapat berkongsi hidup dengan awak. Hidup saya tidak lagi rasa kosong. Setiap kesedihan saya, telah diisi dengan kebahagiaan yang awak curahkan. Sayang, I love you" luah Zulaikha manja.
Satu kucupan hinggap di celah tengkuk Zulaikha membuat dia ketawa kecil kerana geli.
"I love you more, honey" bisik Faeyz di telinga Zulaikha.
Zulaikha memutar tubuh lalu memeluk erat tubuh kekar suaminya.
"Mari kita masuk, tak elok perempuan hamil berdiri di sini senja-senja." Zulaikha mengangguk.
"Argh!" tubuh Zulaikha melayang ke udara.
Faeyz terkekeh ketawa sambil mengendong isterinya masuk ke dalam rumah.
Lupakan yang telah berlalu. Hidup terus berjalan, siapa yang dapat membuatmu bahagia, itulah yang pantas kamu pertahankan.
Bahagia itu sederhana, sesederhana kamu tersenyum dan bersyukur dengan apa yang sudah kamu punya.
TAMAT.
Jutaan terima kasih buat semua pembaca kerana setia menemani Zulaikha mengorak langkah mengharungi liku-liku kehidupan, kedukaan dan mencari kebahagiaan. Cerita terbaru bakal menyusul tidak lama lagi. Dan saya berharap pembaca semua tetap sabar menunggu ya. Love, Winter Zia
Share this novel