Sepanjang hari berjalan, kaki Zulaikha mula terasa kebas dan lenguh.
"Kau ok tak ni?" tanya Ruya risau.
Zulaikha mengangguk pantas.
"Kebas sikit je" Zulaikha mengurut lembut kakinya sewaktu berada didalam kereta.
"Lapar" suara Zulaikha.
"Ok, kita pergi makan dulu. Lepas tu kita balik" Ruya memberi pendapat.
Mahu atau tidak, Zulaikha terpaksa akur. Dia juga sebenarnya keletihan kerana seharian berjalan tanpa henti.
*
Kedua mereka akhirnya tiba di mansion berkonsepkan ala resort. Itulah rumah peninggalan milik kedua orang tua Faeyz dimana mereka tinggal sekarang.
"Puas jalan-jalan?" Raut wajah Zulaikha berubah ceria bila melihat Faeyz berdiri tercegat dihadapan pintu dengan kedua tangannya berada di dalam saku seluar.
Zulaikha melepaskan tongkat lantas memeluk tubuh Faeyz.
"Oho.." tawa Faeyz yang pantas menyambut tubuh Zulaikha lalu membalas pelukkan wanita itu.
"Where have you been?" keluh Zulaikha tanpa melepaskan pelukkan.
Ruya berasa lega dengan kepulangan Faeyz.
"Aku masuk dulu, penat nak tidur" ujar Ruya sekadar menerima anggukkan dari Faeyz.
"Thanks" ucap Faeyz kepada Ruya.
"Don't be" sahut Ruya yang sudah menapak pada anak tangga pertama.
Zulaikha meleraikan pelukkan. Raut wajahnya berubah serius. Perlahan dia menapak ke arah anak tangga tanpa tongkat.
"Sayang..?" Faeyz nampak terkejut dengan kemajuan Zulaikha. Bibirnya terukir senyuman lebar dengan riak wajah tidak percaya.
"Sekali lagi awak tinggalkan saya seperti ini, mungkin saya sudah boleh lari dari sini" tekan Zulaikha tegas. Dia menapak naik satu persatu anak tangga tanpa tongkat.
"Sayang, awak boleh?" Faeyz dengan pantas memeluk pinggang Zulaikha, takut wanitanya terjatuh.
"Saya boleh uruskannya sendiri" Zulaikha menolak lembut tangan Faeyz dari terus merangkulnya.
Faeyz akur. Dia sedar, mungkin Zulaikha marah dan berkecil hati dengannya bila saat Zulaikha bangun, dia sudah tiada disitu.
Zulaikha berjaya sampai ke tingkat atas. Dia memandang jarak antara tangga ke pintu biliknya, merupakan cabaran untuknya. Tiada tempat untuknya berpaut disitu.
Wajah Zulaikha berpeluh.
Faeyz menapak perlahan menghampiri Zulaikha. Dia sudah siap sedia dengan segala kemungkinan.
Zulaikha tidak mengendahkan Faeyz yang berada hampir dengannya. Dengan penuh yakin, dia menapak, melangkah ke seberang yang berjarak lebih kurang 2 meter dari tempat dia berdiri.
"Ah" Kakinya sudah tidak kuat dan itu membuatkan dia hampir terjatuh.
Faeyz dengan pantas menyambar tubuh Zulaikha lantas mengendongnya masuk ke dalam bilik.
Zulaikha tidak membantah sama sekali. Dia sendiri sebenarnya akui, dia keletihan. Ada baiknya juga Faeyz mengendongnya masuk supaya dia lebih cepat mandi, berehat dan tidur.
Faeyz membaringkan tubuh Zulaikha di atas katil. Zulaikha dengan perlahan bangun dan turun dari katil.
Dahi Faeyz berkerut.
"Where are you off to?"
"Shower" jawabnya acuh tak acuh sambil meniti pada dinding bilik.
Faeyz mengeluh sambil menggeleng perlahan.
Melihat keadaan Zulaikha, membuat hatinya seperti disayat. Dengan pantas dia menghampiri Zulaikha lalu mengendong tubuh kecil Zulaikha.
"Awak buat apa ni? Saya boleh buat sendiri" tolak Zulaikha lembut.
"Jangan degil" suara Faeyz tegas.
Zulaikha terdiam.
Akhirnya dia terpaksa mengalah.
Faeyz menurunkan Zulaikha. Dia membuka air suam ke dalam tub mandi sebelum beralih kepada Zulaikha dan mahu menanggalkan pakaian kekasihnya.
"Tak perlu. Saya boleh buat sendiri. Awak tunggu di luar" ujar Zulaikha dengan riak wajah serius.
Faeyz menatap tajam kearah Zulaikha.
"Masih malu dengan saya?" Zulaikha menjeling sekilas.
"Cuba katakan, bahagian mana yang belum saya lihat, hurm?"
Wajah Zulaikha merona.
Faeyz tersenyum geli hati melihat riak wajah Zulaikha.
"Tapi sekarang ni, biarkan saya sendiri" jawab Zulaikha acuh tak acuh. Kata-katanya langsung tidak sama dengan riaksi wajahnya sekarang. Wajahnya nampak terganggu dan resah.
Faeyz menahan tawa. Dia kenal Zulaikha bagaimana.
Faeyz menghampiri Zulaikha.
Dengan wajah yang menunduk menatap Zulaikha, guna cuba menggoda wanita itu, kedua tangannya perlahan menyentuh hujung blouse yang dikenakan Zulaikha lalu menarik ke atas.
Zulaikha yang tampak was-was sebelumnya, akur dan mengangkat kedua tangannya ke udara.
Hujung bibir Faeyz terangkat.
Tatapan mata Faeyz langsung tidak teralih pada wajah Zulaikha yang sudah merona.
Faeyz mendekatkan bibirnya dan hampir menyentuh bibir Zulaikha. Hal ini benar-benar membuat jantung Zulaikha seperti mahu pecah.
Perlahan bibir Faeyz teralih lalu berbisik di telinga Zulaikha,
"Saya janji, kita hanya mandi sahaja"
''Kita?''
Faeyz memandang jeli kearah Zulaikha. Dia terlalu rindukan Zulaikha.
"Tidak, saya mahu sendiri" putus Zulaikha sambil menolak lembut tubuh sasa Faeyz.
Raut wajah Faeyz nampak sedikit kesal. Dia baru hendak bermanja dengan Zulaikha, tapi dia diarahkan keluar. Tidakkah wanita di hadapannya ini tahu yang Faeyz terlalu rindukannya?
Faeyz melangkah setapak kebelakang.
"Ok, saya keluar" tatapan matanya begitu lembut menatap raut wajah Zulaikha.
"Jika perlukan apa-apa, saya di luar" senyuman yang terpamer diwajah Faeyz nampak begitu kecewa.
Zulaikha hanya memandang Faeyz berlalu keluar dengan rasa bersalah.
"Owh, what have you done?" keluh Zulaikha kesal.
Dia tahu, apa yang dia lakukan tadi sedikit sebanyak telah melukakan hati Faeyz. Tapi, dia tidak mahu dianggap lemah dimata Faeyz dan dia tidak mahu terus bergantung pada lelaki itu semata-mata.
Dia akui, dia kecewa dengan sikap Faeyz yang menghilangkan diri selama satu minggu langsung tiada khabar berita. Adakah dirinya sudah tidak penting sehinggakan perginya langsung tidak diberitahu?
Dia juga ada hati dan perasaan. Jika benar dirinya hanya sekadar tempat melepas hawa nafsu semata, dia tidak rela. Zulaikha terasa seperti dipermainkan.
Dengan kaki yang terhencot-hencot, Zulaikha keluar dari bilik mandi dan melangkah perlahan ke arah closet miliknya. Dia mencapai dress biru lembut lalu dikenakannya.
"You take my breath away, honey"
Zulaikha tersentak dengan kehadiran Faeyz yang entah bila sudah berada di belakangnya.
Kedua tangan Faeyz melingkar lembut pada pinggang ramping Zulaikha dari belakang. Dagunya disandar lembut pada bahu Zulaikha. Haruman syampu yang dikenakan Zulaikha, menusuk ke rongga baunya.
Libido Faeyz memuncak naik. Deru nafas kasarnya menghembus cuping telinga Zulaikha.
Zulaikha dapat rasakan pelukkan Faeyz semakin erat. Bibir dan hidung mancung lelaki itu bermain lembut di celah tengkuknya.
Mata Zulaikha terpejam erat saat cuba menahan rasa ghairah yang dirasakan dengan perlakuan Faeyz.
Zulaikha menelan ludah.
"Faeyz.."
"Hmm" tanpa menghentikan perbuatannya. Dia begitu asyik memanjakan Zulaikha sambil tangannya mula meliar.
Zulaikha memutar tubuhnya menghadap Faeyz.
Faeyz spontan mencium dahi Zulaikha, perlahan kucupannya turun ke pipi, hidung dan mahu berakhir di bibir mungil Zulaikha. Matanya terpejam sambil menikmati setiap perlakuannya terhadap Zulaikha.
"Adakah apa yang kita lakukan ini atas dasar cinta atau nafsu semata?"
Tingkah Faeyz spontan terhenti. Matanya terbuka. Bola matanya menatap tepat ke bola mata Zulaikha.
"What's up with you? What's going on?" dahi Faeyz berkerut.
"Frankly"
Terpamer smirk di wajah Zulaikha.
"Hey, I deeply in love with you... I love you" tekan Faeyz bersungguh-sungguh tanpa berkelip menatap tepat ke netra mata Zulaikha.
"Malah, saya mahu sehidup semati denganmu sayang"
Zulaikha terkedu. Kata-kata Faeyz terdengar begitu jujur dan tulus.
Zulaikha membalas tatapan Faeyz.
Satu tangan kekarnya mengelus lembut wajah Zulaikha dan berlanjutan ke bibir sambil berkata,
"Sudikah sayang menjadi isteriku?"
Zulaikha spontan ternganga. Dia tergamam dengan pertanyaan keramat Faeyz.
"Saya tidak salah dengar, bukan?" Zulaikha seolah tidak percaya dengan pertanyaan Faeyz.
Faeyz mendekatkan dahinya pada dahi Zulaikha lalu menempel.
"No, your not honey. I mean it. I want you to be my wife" bisik Faeyz dihadapan wajah Zulaikha.
Zulaikha lantas memeluk erat tubuh kekar Faeyz.
Faeyz membalasnya lembut.
"Sayang belum jawab pertanyaan saya" tegur Faeyz seraya merenggangkan pelukkan antaranya dengan Zulaikha. Kedua tangannya masih setia di pinggang ramping Zulaikha.
Ada bulir jernih di empangan mata Zulaikha yang hanya menunggu detik untuk tumpah.
"Yes! Saya sudi jadi isteri awak" balas Zulaikha sebak bercampur gembira.
Faeyz dengan pantas meraup wajah Zulaikha lalu melumat bibir Zulaikha dengan perasaan bahagia. Dia bersyukur dengan penerimaan Zulaikha. Detik ini sudah lama dia nantikan dan dia tidak menyangka, Zulaikha juga punya perasaan yang sama sepertinya.
Bersambung..
Owh.. Sweet kan Faeyz dan Zulaikha ni. Tapi, dapatkah keduanya mengecap kebahagiaan disaat mereka sekarang sedang diburu oleh Esra?
Share this novel