2- Perubahan

Romance Series 34258

Pranggggg!!!

Zulaikha terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam di meja kecil disisi katilnya. Jam satu pagi. Suara pecahan datang dari arah luar biliknya.
Dia bangun dan perlahan turun dari katil dan menapak menghampiri daun pintu biliknya.

Daun pintu dibukanya perlahan lalu mengintai ke luar ruangan. Ruangan atas kosong.

"Argh!" Zulaikha tersentak saat mendengar jeritan dari ibunya.

Zulaikha mengintai ke bawah disebalik jeriji besi dari tingkat atas.

Matanya terbeliak. Zulaikha menangkup mulutnya dengan kedua tangan. Jantungnya berdegup kencang. Keringatnya mula membasahi seluruh tubuhnya.

Duar!
"Papa!!!"

Zulaikha tersedar dari tidurnya. Keringat membasahi wajah dan seluruh tubuhnya.
Nafasnya menderu laju. Zulaikha mengeringkuk memeluk lututnya, dagunya diletakkan di atas tempurung lututnya sambil tubuhnya bergerak ke depan dan kebelakang.

Airmatanya merembes laju. Peristiwa hitam itu sering menghantuinya walaupun sudah 8 tahun berlalu.

**

Audi A7 berwarna hitam berhenti di hadapan pintu besar rumah agam milik Galih Kaan. Faeyz tersenyum sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Lewat kamu balik hari ni, Faeyz." tegur Galih kepada cucu tunggalnya. Dia duduk bersandar pada sofa besar di ruangan tengah.

"Atuk belum tidur lagi?" Faeyz menghampiri Galih lalu duduk berhadapan dengan datuknya.

"Kamu dah jumpa dia?" Galih tidak menjawab pertanyaan cucunya malah berbalik pertanyaan kepada Faeyz.

"Bagaimana atuk tahu?" Faeyz ikut bersandar pada sofa. Wajahnya nampak berseri-seri dari biasa.

Selalunya, dia akan pulang dalam keadaan murung, kecewa dan hampa. Satu garis senyuman diwajahnya langsung tidak pernah kelihatan sejak Zulaikha pergi. Dia banyak menyendiri, menghabiskan masa dengan kerja, langsung tidak pernah bersosial. Itu yang membimbangkan Galih.

Tapi hari ini, cucunya pulang dengan seribu makna yang tersirat pada lukisan senyuman di raut wajah tampannya.

"Atuk makan garam dulu dari kamu. Atuk tengok kamu ceria dari biasanya, sudah tentu kamu sudah jumpa dengan gadis yang kamu cari selama ini, kan?"
Galih merenung wajah tampan cucunya.

Faeyz serba salah. Wajahnya memerah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak ada cara lagi untuk dia mengelak dari datuknya.

Galih terkekeh ketawa.
Hati tuanya gembira saat melihat wajah cucunya kembali ceria setelah 8 tahun ditimpa duka.
Pertama kalinya, cucunya kehilangan Zulaikha gadis yang sangat dicintainya secara diam. Keduanya, setelah satu tahun dia kehilangan Zulaikha, Faeyz diuji lagi. Kedua orang tuanya terkorban dalam nahas pesawat ketika pulang dari Ukraine.

Sejak itu, Galih tidak pernah lagi melihat Faeyz tersenyum malah ketawa sekalipun. Cucunya yang periang dahulunya, mula bersikap pendiam, suka hidup bersendiri, suka mengasingkan diri dan lebih banyak menelaah buku-buku. Dan setelah cucunya tamat belajar, memegang master dalam dunia perniagaan, Faeyz lebih menumpukan dirinya pada kerja dan tidak suka bersosial.

"Dia akan tinggal disini semula. Rumah yang ditinggalkan dulu, akan berseri semula dengan kehadirannya" ujar Faeyz sambil mengulum senyum. Sepanjang hari ini, dia hanya membuntuti langkah Zulaikha. Kemana saja gadis itu pergi, dia akan ikut dan melihatnya dari jauh. Termasuklah saat gadis itu menangis ketika menatap foto keluarga kecilnya.

Dia ikut sayu dan sebak melihat keadaan Zulaikha ketika itu. Mahu saja dia berlari ke arah gadis itu dan memeluk tubuhnya erat, cuba menenangkan gadis itu. Tapi semua itu hanya khayalannya saja.

Faeyz juga ikut menjejakkan kakinya di tanah perkuburan. Di sebalik pohon rendang, dia dapat lihat Zulaikha sekali lagi terduduk dan menangis. Dia tahu gadisnya itu juga punyai masa lalu yang tidak begitu baik, sama sepertinya.

Flashback On

"Wey kawan-kawan" Demir terkocoh-kocoh masuk ke dalam kelas.

Kelas yang belum lagi bermula mulai riuh dengan kehadiran Demir yang datang dalam keadaan tergesa-gesa.

"Kau dah kenapa, Dem? Macam kena kejar dengan hantu" sindir Lola rakan sekelas mereka.

Teman yang lain ikut setuju dengan kata-kata Lola.

"Hishhh! Ini lebih daripada aku nampak hantu tau" balas Demir dengan nafasnya yang masih tercungap-cungap.

Faeyz hanya diam dan menunggu berita dari Demir.

"Habis, apa yang kau nampak? Syaitan?" celah Sean disambut ketawa dari yang lain.

"Korang semua tak tahu lagi ke, ini mengenai Zulaikha "
Faeyz melongo saat nama Zulaikha dipetik oleh Demir.

Yang lain turut menoleh ke arah meja kosong yang terletak bersebelahan dengan Faeyz.

"Ikha, kenapa dengan dia?" soal Lola. Wajahnya tampak resah saat nama teman baiknya meniti dibibir Demir.

"Papanya mati dibunuh semalam"
Suasana didalam kelas menjadi sepi. Tiada terdengar suara perbualan malah bisikan sekalipun.

Faeyz bangun dan berlari keluar. Yang lain hairan melihat sikap Faeyz.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Sean yang bingung dengan sikap aneh Faeyz. Yang lain hanya menjungkit bahu, tidak tahu.

"Kau biar betul, Dem. Dari mana kau dengar khabar angin ni semua? Kau jangan main cakap je, kalau pengetua dapat tahu, tak pasal-pasal kau kena" Bihan mencelah. Dia bangun dan berdiri disisi Demir.

"Betul. Aku tak mereka cerita. Kawasan tempat tinggal Ikha dah kecoh dah. Polis pun masih ada lagi tu" Wajah Demir begitu yakin saat mengatakan itu.

"Siapa yang bunuh? Ikha dengan mamanya bagaimana?" tanya Lola yang tampak resah. Dia mahu pergi dapatkan Zulaikha namun, dia juga mahu tahu dari Demir apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarga rakan baiknya itu.

"Mereka selamat. Dia dan mamanya dibawa ke hospital untuk rawatan.
Aku dengar rumah mereka dirompak."

"Rompak?"

Faeyz mempercepatkan kayuhan basikalnya menghala ke kawasan perumahan keluarga Zulaikha.

Saat hampir sampai, dia membrek basikalnya sehingga bunyi berdecet. Polis dan pasukan forensik masih ada disitu. Faeyz turun dari basikal lantas melepaskan basikalnya sehingga jatuh ke tanah. Dia berlari menghampiri kawasan rumah Zulaikha yang sudah dipalang dengan tape kuning.

"Awak siapa? Awak tak boleh melepasi tape kuning yang sudah dipalang ni" Halang salah seorang anggota polis bertugas.

Wajah Faeyz nampak resah. Dia mengintai intai ke dalam kawasan rumah.

"Mana Zulaikha? Bagaimana dengan dia, Tuan?" soal Faeyz yang tidak tentu arah.

"Awak kenal dengan mangsa?" Tanya polis itu lagi sambil tangannya masih menahan Faeyz dari melintasi kawasan larangan.

"Dia kawan sekelas saya. Bagaimana dengan dia?" Polis itu memandang sekilas ke arah nama dan lencana sekolah yang tertera pada dada kiri Faeyz.

"Faeyz, Zulaikha tu kekasih awak ke?" Pertanyaan anggota polis itu tadi menghentikan rontaan Faeyz. Dia tidak tahu mahu menjawabnya yang bagaimana. Adakah dia dan Zulaikha bercinta? Tidak. Adakah mereka pasangan kekasih? Juga bukan. Jadi, siapa Zulaikha padanya?

Faeyz mengundur selangkah kebelakang.
"Saya pulang dulu " ujarnya lantas berlari ke arah basikal dan berlalu dari situ.

Anggota polis tersebut hanya memandang Faeyz pergi dengan gelengan kepala.

Tanpa lelah, dia mengayuh basikal ke hospital terdekat. Setibanya di hospital, dia menghala ke kaunter pertanyaan.

"Boleh saya bertanya, dimana wad pesakit bernama Zulaikha Murat?"

"Encik siapa dengan dia, ahli keluarganya?" soal wanita yang bekerja disitu.

"Saya rakan sekelasnya" jawab Faeyz polos.

"Maaf, kami tak boleh berikan maklumat kepada orang luar. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang boleh melawat pesakit" jawab wanita itu lagi.

Faeyz jadi tidak menentu. Selagi dia tidak melihat keadaan Zulaikha sekarang ini, selagi itu jiwanya tidak akan tenteram.

"Tolonglah.. saya merayu sangat." pintanya lirih.

Wanita itu mengeluh. Dia memanjangkan lehernya, menjengah mencari seseorang.

"Leman" panggilnya.

Lelaki yang berada tidak jauh dari kaunter, berjalan menghampiri wanita itu bersama Faeyz.

"Hah, kenapa Lili?" soalnya sambil menongkat siku pada permukaan kaunter.

"Kau tahu kan mangsa rompakkan yang baru tiba tadi?" Leman mengangguk.

"Bagaimana keadaan kedua mereka?" soalnya ingin tahu.

"Mereka selamat. Doktor masih lakukan pemeriksaan pada mereka. Aku dengar-dengar, suaminya meninggal ditempat kejadian akibat tembakkan dari jarak dekat dibahagian kepala"
Mulut Faeyz menganga. Apa yang baru sahaja didengarinya itu sangat tragis. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana situasi Zulaikha ketika itu.

Flashback Off

Bersambung...

Seberapa besar sayang dan perhatian Faeyz terhadap Zulaikha?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience