Faeyz cuba menggerakkan tubuhnya, namun terasa sukar. Seperti ada sesuatu yang menyekatnya untuk bergerak. Perlahan matanya terbuka dan melihat Zulaikha nyenyak tidur di atas dadanya sambil satu tangan melingkar pada tubuhnya.
Faeyz tersenyum. Dia rasakan pagi ini merupakan pagi yang paling bermakna buatnya kerana tidurnya ditemani insan yang paling dia sayang.
Faeyz menundukkan wajahnya.
Haruman dari rambut Zulaikha menguak hingga ke rongga hidungnya. Jiwa maskulinnya mula memuncak naik.
Perlahan dia mengalihkan tubuh Zulaikha dari terus memeluknya. Begitu nyenyak sekali dia tidur hinggakan Faeyz mengalihkan tubuhnya pun, dia tidak sedar.
Satu kucupan singgah di kening Zulaikha.
"Morning honey" bisik Faeyz dihadapan wajah Zulaikha.
Faeyz mandi dan bersiap untuk ke pejabat. Sebelum itu, dia sempat menyediakan sarapan pagi buat Zulaikha.
Zulaikha tersedar saat telefonnya berdering.
"Hello" sahut Zulaikha dengan bersuara serak.
"Ikha, kau kat mana? Kau tidur mana malam tadi!?" suara Ruya kedengaran berisik di hujung talian.
Mata Zulaikha terbuka luas. Dia lantas bangun dan mengamati tubuhnya yang masih lengkap berpakaian. Dia sedar apa yang berlaku semalam. Dia sedar yang dia telah mengizinkan Faeyz tidur sekatil dengannya semalam.
"A-aku pulang sekarang" Tanpa menunggu jawapan dari Ruya, dia mematikan talian.
Zulaikha mencapai tas tangannya lalu berjalan keluar dari bilik utama. Ketika menuruni anak tangga, matanya meliar mencari kelibat Faeyz.
"Faeyz.." panggilnya. Dia melangkah ke dapur dan matanya tertancap pada dulang berisi makanan.
"Drink me, eat me" ada dua nota ditinggalkan oleh Faeyz di sisi segelas air oren dan sepiring spaghetti. Zulaikha mengulum senyum.
Tanpa mahu menghampakan lelaki itu, dia duduk dan menjamah sarapan yang dibuat Faeyz.
"Ermm" walaupun makanan itu sudah dingin, namun masih terasa enaknya. Zulaikha sedang mengejar masa, jadi dia tidak punya masa untuk memanaskan makanan semula.
Sewaktu di dalam teksi, Zulaikha sempat menghantar pesanan ringkas kepada Faeyz.
"Thank you buatkan breakfast untuk saya, I like it. Terima kasih juga sudi temankan saya tidur malam tadi. Harap tidak menyusahkan awak"
- Zulaikha
"My pleasure, honey" - Faeyz
Zulaikha tersenyum tanpa sedar.
"Kau kemana semalam?" Ruya sudah siap menunggu Zulaikha di hadapan kedai.
Zulaikha memandang sekilas ke arah Ruya dan tersenyum.
"Hey.." protes Ruya setelah Zulaikha mengabaikan pertanyaannya.
Ruya membuntuti langkah Zulaikha hingga ke dapur.
"Kau jangan cakap yang kau semalam tidur di rumah Faeyz" Ruya cuba serkap jarang.
"kalau betul?" Zulaikha cuba bermain tarik tali dengan Ruya.
"Kau biar betul?" Ruya kaget. Dia tidak percaya.
"Kau rasa?" Zulaikha mengeluarkan barang-barang untuk memulakan kerja.
"Tak mungkin-"
"Pagi Cik Zulaikha, Cik Ruya" Sapa para pekerja Zulaikha yang tiba-tiba muncul di dapur.
"Pagi semua" Sapa Zulaikha. Wajahnya nampak lebih segar dan ceria pagi ni.
"Kita bincang hal ni nanti. Ingat, kes ni belum habis lagi tau" ujar Ruya yang segera berlalu ke depan. Zulaikha sekadar tersengih.
"Cik Ikha, ada bunga untuk Cik Ikha" Salma datang sambil memeluk jambangan bunga yang lebih besar dari sebelumnya.
Bunga ros merah digabungkan bersama ros merah jambu. Kombinasi warna yang begitu memukau Zulaikha.
"Wow Cik Ikha, romantik kekasih Cik Ikha hari-hari beri bunga." puji Diki yang sedang membantu menyiapkan topping pada kek.
Zulaikha menyambutnya lalu mencium. Haruman dari bunga membuat Zulaikha terpejam seketika.
Dia kemudian menarik kad kecil yang terselit di celahan bunga,
"CAN I BORROW YOUR HEART? BECAUSE IT SEEMS THAT YOU HAVE STOLEN MINE"
Zulaikha tersenyum lebar saat bait-bait ayat itu dibaca dalam hati.
"Eeii, Cik Ikha kita sekarang sedang dilamun cinta" usik Fatos sambil tangannya lincah melakukan kerja.
Yang lain ikut gembira. Tapi tidak pada Ruya. Sebelum ini, dia dapat lihat bagaimana riaksi Zulaikha saat menerima jambangan bunga. Wajahnya nampak biasa saja seolah-olah orang yang tidak punya perasaan.
Tapi tidak pada hari ini. Sewaktu datang tadi, wajahnya nampak berseri-seri dan ceria apatah lagi sekarang, selepas menerima jambangan bunga ini. Senyumannya sampai ke telinga.
Apa yang telah berlaku semalam?
..
Faeyz duduk sambil mengelamun panjang. Sesekali terlihat dia tersenyum sendirian. Itu yang Abbas perasan mengenai perubahan bosnya sejak tadi.
Faeyz merasakan yang dia benar-benar akan hilang arah jika kehilangan Zulaikha. Dia tidak boleh hidup tanpa Zulaikha lagi. Dia begitu menginginkan kejadian semalam berulang lagi dan mahu tidurnya ditemani Zulaikha disisi. Dia juga mahu merasakan pelukkan Zulaikha setiap hari yang terasa begitu hangat dan menenangkan.
"Tuan" Faeyz tersedar. Dia memandang Abbas yang berdiri di hadapan mejanya.
"Abbas, kau belum keluar lagi?" Tanya Faeyz cuba untuk mengawal emosinya.
"Keluar ke mana, Tuan?" Persoalan berbalik kepada Faeyz pula.
Faeyz keliru.
"Tak ada apa-apa. Ada apa kamu kesini?" Faeyz mula menilik beberapa dokumen yang perlu diteliti sebelum tapak projek berjalan sebagaimana tarikh yang ditetapkan.
"Bukankah Tuan yang arahkan saya masuk tadi?" Bicara Abbas mengundang rasa malu Faeyz.
Faeyz terdiam. Dia cuba berfikir jernih, apa yang terjadi awal pagi tadi.
"Tuan ok ke atau Tuan sakit?" Tanya Abbas risau akan kesihatan bosnya.
"Ok. Saya ok. Awak takkan tak kenal saya, saya mana pernah sakit"
Abbas tersenyum.
...
Keesokkannya,
Sudah jam 8 pagi, tapi Faeyz masih berselubung dengan selimut tebal. Tubuhnya menggigil kesejukkan.
Drrtt..Drrtt
Handfonnya bergegar kuat di atas meja kecil yang berada disebelah tempat tidurnya.
Perlahan tangannya terhulur lalu menekan butang angkat.
"Tuan tak datang kerja ke hari ni?" soal Abbas di hujung talian.
"Abbas, aku tak sihat" Jawabnya lemah.
"Tuan demam ke? Dah pergi klinik?" Abbas mula risau dengan keadaan bosnya.
"Alah...demam sikit je ni. Nanti baiklah." jawabnya acuh tak acuh.
Abbas mengeluh berat. Dia tahu bagaimana riaksi Faeyz kalau menyentuh pasal ubat. Dia paling tak suka kalau disuruh makan ubat.
"Saya ke sana sekarang ya Tuan" Abbas lantas mematikan talian.
...
Seharian Zulaikha hanya termenung. Pagi ini tiada jambangan bunga yang diterimanya.
"Cik Ikha ok ke? Dari tadi saya lihat Cik Ikha asyik termenung je, rindukan jambangan bunga dari yang tersayang ke?" Diki yang paling rapat dengan Zulaikha, masuk ke pejabat bosnya mahu bertanya mengenai bekalan untuk minggu hadapan.
Dia lihat Zulaikha tidak seceria semalam.
"Saya cuma pelik, kenapa tak ada jambangan bunga hari ni. Kemana dia pergi? Mesej tak, call pun tak" adunya.
Diki menarik kerusi di hadapan Zulaikha lalu duduk.
"Cik Ikha cuba mesej atau call dia. Mana tahu dia lupa ke, sibuk ke, outstation ke, sakit ke" Zulaikha mendongak memandang Diki. Sakit? Takkanlah.
Tapi tidak mustahil juga, sekarang ni musim tengkujuh, cuaca tidak menentu. Keadaan diluar juga sangat sejuk. Dia sendiripun mengenakan baju yang tebal dan berlapis. Mungkin benar telahan Diki.
Zulaikha mencapai telefonnya. Dia segera menghubungi Faeyz.
Belum sempat deringan kedua,
"Hello" Zulaikha terdiam saat mendengar suara lelaki lain di talian.
"Hello... Cik Zulaikha" sekali lagi Zulaikha terdiam.
Lelaki ini tahu namanya? Siapa dia? Zulaikha melihat nama di skrin telefonnya. Betul, ini adalah nombor Faeyz. Tapi siapa lelaki ini.
"Ya..saya Zulaikha. Ini bukankah nombor telefonnya Faeyz?" atur Zulaikha perlahan.
"Ya benar Cik Zulaikha."
"Kemana dia dan kamu siapa? Kenapa kamu yang mengangkat panggilan?" Zulaikha menyentuh dadanya. Jantungnya berdegup laju. Dia mula rasa tidak sedap hati.
"Owh, saya Abbas. Setiausaha peribadinya. Tuan sebenarnya tidak sihat." Zulaikha tercengang. Dia memandang Diki yang duduk dihadapannya. Telahan Diki benar sama sekali.
"Tidak sihat? Dimana dia sekarang?" Zulaikha mula risau.
"Dirumahnya, Penthouse Rescala"
"Baiklah, saya kesana sekarang"
Bersambung...
Apakah maknanya itu? Adakah Faeyz berjaya membuat Zulaikha jatuh cinta padanya?
Share this novel