4- Aku bukan perawan lagi

Romance Series 34258

Audi A7 hitam berhenti tidak jauh dari rumah besar milik Zulaikha. Jendela yang terbuka dari tingkat atas diintainya dari sebalik cermin kereta yang diturunkan hingga ke bawah. Kaca mata hitamnya direndahkan sedikit sehingga menampakkan iris matanya yang berwarna hijau cerah.

Bibirnya melengkung. Kunci di atas kusyen sebelah pemandu ditatapnya lama. Atas wang imbalan yang diberikan kepada penjaga rumah ini, dia dapat kunci pendua rumah. Dia juga mengarahkan penjaga rumah itu berhenti dan berpindah dari situ. Dan penjaga rumah itu juga dilarang untuk membuka mulut sama sekali.

Mulai hari ini, orangnya akan menjadi penjaga rumah besar dihadapannya ini. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu lagi kejadian lama berulang pada gadis yang dicintainya. Sekaranglah masanya untuk dia menjaga dan melindungi gadisnya.

Terlihat susuk seorang wanita berdiri di hadapan balkoni dengan dress tidur yang tanpa lengan. Faeyz dengan pantas menaikkan cermin tingkap keretanya, menghidupkan enjin dan pergi dari situ.

Dalam dia terburu-buru tadi, dia masih sempat melihat dengan jelas wajah kekasih hatinya.
Ah! Sungguh menawan. Rambutnya mengurai panjang melepasi bahu. Wajahnya terlihat polos dan natural beauty ketika bangun tidur. Penampilannya..Ah! Begitu menggoda kelakiannya.

"Sabar Faeyz, sabar.." pujuknya sendiri.

**

Zulaikha terjaga dari tidur bila cahaya matahari tanpa segan silu menyelimuti separuh tubuhnya yang terbaring di katil.
Dia bangun. Kedua tangannya diregangkan lembut ke atas.

"Ahh" rasa segar dan puas. Dia berdiri dan berjalan perlahan ke arah balkoni. Jendela besar yang sengaja dibiarkan terbuka di rentasnya lalu berdiri di balkoni. Dengan mata yang masih mamai, dia terasa seolah-olah dirinya diperhatikan.

Zulaikha mengesat matanya.
Sebuah kereta mewah segera berlalu apabila dia terlihat keberadaannya.
Malangnya, dia tidak sempat melihat siapa pemandunya.

Zulaikha memandang ke sekitar. Ah! Mungkin saja kereta hanya lalu dijalan itu, fikirnya.

**

Bingkai-bingkai gambar berukuran 8R digantung pada dinding bakery. Bibir mungil Zulaikha melengkung. Dia memandang gambar keluarganya yang digantung bersama beberapa bingkai gambarnya bersama Nenek Doga dan Ruya.

Ruya datang dari arah belakang lalu meletakkan dagunya pada bahu kanan Zulaikha. Kedua tangannya memeluk erat pinggang ramping Zulaikha.

"Kita pasti boleh" bisik Ruya.
Zulaikha menoleh kesisi dan tersenyum.

"Ini salah satu kejayaan mereka" tambah Zulaikha perlahan. Gambar-gambar inilah yang banyak memberinya kekuatan dan inspirasi untuk teruskan karyanya dalam bidang bakery. Banyak resepi yang diambil dari ibu dan neneknya dan menu itu jugalah yang menjadi top menu sewaktu mereka di Antalya.

"Aku bangga dengan kau" Ruya menepuk lembut bahu Zulaikha dan berlalu ke belakang. Masih banyak benda yang harus mereka lakukan sebelum bakery ini dibuka sepenuhnya minggu hadapan.

**

Pembukaan kedai Zulaikha mendapat sambutan yang sangat tidak terduga olehnya. Ini melebihi dari apa yang dia target sebelum ini. Dari mana datangnya pengunjung yang seramai ini?

Zulaikha dan Ruya tersandar penat.
"Kalau hari-hari macam ni, nampaknya kita kena tambah pekerja." cadang Ruya. Dia sendiri tidak menang tangan melayani pelanggan yang datang sementara Ikha menyiapkan juadah di belakang.

Dia sedikit lega kerana semua persiapan telah dibual awal-awal lagi. Jadi, tidaklah dia kelam kabut ketika di dapur.

Sebelum tutup kedai pada malam hari, Zulaikha dan Ruya duduk di meja kerja lalu mengira kertas undian dari setiap pelanggan yang datang. Rata-rata memberi rating yang sangat membanggakan.

Zulaikha tersenyum gembira. Dia bersyukur kerana kedai mereka diterima ramai.

"Aku tak sangka, hari pertama saja kita dah dapat lebih dari target. Dan hari ini merupakan pulangan yang paling menguntungkan selama kau buka kedai." Ruya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya. Sungguh luar biasa.

"Alhamdulillah.. rezeki kita hari ni. Tapi kau kena ingat, berniaga macam kita ni ada turun dan naiknya. Kadang-kadang jualan kita habis total dan kadang-kadang tak luak pun. Semuanya bergantung pada rezeki" pesanan itu bukan sahaja buat Ruya tapi untuk dirinya juga.

Ruya mengangguk setuju.

"Dah la, aku dah penat sangat ni. Esok awal-awal pagi lagi kita kena bergegas di dapur" Zulaikha bangun lalu mencapai tas tangannya.

Ruya segera membuntuti langkah Zulaikha keluar dari kedai lalu mengunci pintu.

Zulaikha memandu pulang ke rumahnya.
Melalui cermin pandang belakang, dia perasan ada kenderaan yang membuntuti mereka sejak dari kedai lagi.

Dia hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu Ruya bimbang.

Sebaik sahaja tiba dia hadapan rumah, dia dengan pantas menarik tangan Ruya masuk ke dalam rumah.

"Eh, eh. Kenapa dengan kau ni Ikha? Macam kena kejar hantu" Ruya hampir tersungkur saat Zulaikha tiba-tiba mengheret tangannya sambil berlari masuk ke dalam rumah.

Zulaikha masih terintai-intai disebalik jendela.
Kereta itu masih berada dihadapan rumahnya.
Dia jadi resah. Peristiwa hitam 8 tahun lalu mula menghantuinya.

**

Zulaikha terjaga dari tidurnya. Keringat membasahi seluruh tubuhnya.

"Ikha, kau dah sedar?" Zulaikha menoleh ke sisi. Ruya turun dari sofa tiga yang berada di ruangan bilik Zulaikha. Dia menapak menghampiri katil Zulaikha.

"Apa maksud kau?" Tanya Zulaikha tidak mengerti. Apa sebenarnya yang terjadi.
Zulaikha memicit kepalanya yang masih terasa pening. Seingatnya, mereka berada di ruang tamu. Tapi bagaimana sekarang ini dia terbaring di atas katil.

"Kau pengsan"

Zulaikha melopong. Pengsan!?

Zulaikha turun dari katil. Dia berjalan menghampiri jendela besar biliknya lalu menyelak sedikit langsir. Dia mengintai keluar. Kereta itu sudah tiada. Zulaikha menarik nafas lega. Tapi, itu hanya buat seketika.

Dalam samar gelap dan biasan dari lampu jalan, dia dapat melihat ada dua sosok lelaki berdiri di luar pagar rumahnya. Jantungnya berdegup kencang.

"Siapa mereka?" soalnya sendiri.

"Siapa, siapa?" Ruya berdiri disebelah Zulaikha. Dia ikut mengintai ke arah luar.

Zulaikha tersedar. Dengan pantas dia menutup langsir, dengan pantas menarik tangan Ruya supaya menjauhi jendela.

"T-tak ada siapa-siapa" jawabnya gugup. Dia sedaya upaya mahu menutup kegusarannya dari diketahui Ruya.

"Kau dah kenapa? Sejak sampai rumah tadi, aku tengok sikap kau peliklah. Kau demam ke?" Ruya menyentuh dahi Zulaikha dengan belakang tangannya.

"Normal" ujarnya yang kemudian menundukkan kepala Zulaikha lalu mencium lama dahi sahabatnya.

"Badan kau tak panas." balas Ruya lagi. Dia sedikit lega.

"Ish kau ni, aku ok la.. Dah-dah, jom kita tidur. Esok adalah hari yang memenatkan untuk kita" Zulaikha naik ke atas katil lalu menarik selimut menutupi tubuhnya.

Ruya mencapai tombol pintu, mahu ke biliknya.

"Temankan aku tidur malam ni, boleh?"

"Hah?" Ruya terbengong dengan permintaan Zulaikha.

"Please.." rayunya.

"Hmm, yelah" Ruya menapak ke arah katil Zulaikha.

"Aa..jangan lupa kunci pintu" pesan Zulaikha. Ruya berpatah semula ke arah pintu lalu menguncinya sebelum naik ke atas katil dan berbaring di sebelah Zulaikha.

"Kau takut ke?" soal Ruya.

"Takut? Mana ada" nafi Zulaikha pantas.

"Hmm.. cepat-cepatlah cari peneman tidur. Takdelah aku sering jadi mangsa bantal busuk kau tiap-tiap malam." gerutu Ruya seraya menarik selimut menutupi sebahagian tubuhnya.

Zulaikha terkekeh ketawa.
"Siapalah yang nakkan aku ni. Aku bukan perawan lagi"

Bersambung...

Adakah benar seperti yang dikatakannya? Adakah Zulaikha bukan perawan lagi, tapi kenapa dan bagaimana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience