24- Ziarah

Romance Series 34258

Hari sudah siang. Zulaikha tidak sedar bilakah masa dia tertidur semalam ketika berbual dengan Faeyz. Mungkin kerana kesan ubat yang dimakannya semalam.

Zulaikha mengesat matanya perlahan. Dia menoleh kesisi, kosong. Dia memandang ke sekitar ruangan bilik, juga kosong. Tekaknya terasa kering dan perit. Dia berusaha bangun dan duduk.

"Arhh!" Zulaikha mengerang sakit apabila tangan yang ditekannya bergesel dengan jarum drip yang terpasang pada tangannya. Darah mengalir keluar melalui wayar drip yang jernih. Zulaikha hanya membiarkan. Itu sering saja berlaku. Dan akhirnya, dia juga yang akan sakit bila laluan itu tersumbat. Dan yang paling menyakitkan bila jurujawat terpaksa patahkan wayar drip untuk membuka semula laluan air yang masuk dalam tubuhnya.

"Eh, Ikha. Biar aku tolong" Ruya masuk bersama dua orang rakannya, Lola dan Bihan.

"Ikha" Lola dan Bihan lantas memeluk Zulaikha erat. Mereka memandang keadaan Zulaikha yang terlantar, sangat menyedihkan dan menyakitkan.

"Macam mana korang tahu aku kat sini?" Soal Zulaikha seraya memandang Ruya.
Ruya memberikan segelas air putih kepada Zulaikha.

"Aku try call kau, mesej kau banyak kali. Tapi aku call kau tak dapat-dapat. Mesej aku pun satu tick je. Aku dan Bihan risau sangat-sangat. Jadi aku dan Bihan ke kedai kau semalam. Ruya yang beritahu kami yang kau kemalangan"
Zulaikha terdiam. Dia menjeling sekilas ke arah Ruya.

Ruya tersengih macam kerang busuk, akui silapnya kerana menghebahkan berita kemalangannya pada rakan sekolahnya. Sebentar lagi pasti lagi banyak kunjungan yang bakal diterimanya.

"Mana Faeyz? Bukankah dia yang teman kau semalaman?" tanya Ruya lantas mengambil gelas kosong ditangan Zulaikha.

"Entah. Aku sedar je tadi, dia dah pergi" balas Zulaikha acuh tak acuh. Padahal dia rasa sunyi dan bosan jika Faeyz tiada disitu.

"Mungkin dia ada hal penting. CEO muda dan berkaliber macam dia tu, mana tahu duduk diam. Meeting sana, meeting sini. Sibuk memanjang" Celah Bihan cuba menerangkan situasi kerja Faeyz. Dia kenal benar dengan Faeyz, lelaki yang worker holic dari dulu lagi. Langsung tiada masa untuk diri sendiri.

Tapi seperti apa yang rakan-rakan lain tahu, Faeyz sebenarnya menunggu dan mengharap kepulangan Zulaikha. Dia hanya setia pada Zulaikha. Dan jika Zulaikha tidak kembali, dia sanggup hidup membujang seumur hidupnya.

Tapi setelah kembalinya Zulaikha, rakan-rakan lain tidak tahu, Faeyz lebih berikan perhatian terhadap Zulaikha. Dia cuba kurangkan masa kerjanya semata-mata mahu bersama Zulaikha. Sebelum kepulangan Zulaikha, hidupnya kosong dan kerana itu jugalah dia cuba sibukkan diri dengan kerja.

Tapi setelah Zulaikha kembali, dia mula rasai nikmat kehidupan berpasangan. Dia akan cuba luangkan seberapa banyak masa bersama Zulaikha. Hal kerja, dia boleh saja lakukan dimana-mana. Dia akan bawa laptopnya kemana saja asalkan dia dapat habiskan masa bersama Zulaikha. Romantikkan Faeyz?

*

Faeyz dan beberapa orang bodyguardnya tiba di lokasi kejadian, tempat dimana Zulaikha dilanggar.

Mereka memerhati ke sekitar, mencari jika ada kamera litar tertutup yang berhampiran dengan lokasi kejadian.

Mata Faeyz meliar dan berhenti pada sebuah restoran kopi yang dimaksudkan Zulaikha. Disana ada satu kamera yang terpasang mengarah ke jalan utama.

Faeyz melangkah masuk ke dalam kedai.

"Selamat pagi. Encik mahu pesan apa?" sapa pelayan wanita itu ramah saat Faeyz menghampiri kaunter pesanan.

"Sebenarnya saya mahu berjumpa dengan pemilik kedai ni" Wanita itu menoleh memandang ke arah temannya yang lain.

"Sebentar ya Encik" pintanya lantas berlalu ke belakang.

Beberapa saat kemudian, wanita tadi datang bersama seorang lelaki. Pakaiannya sama seperti wanita tadi, bezanya hanyalah warna baju. Mungkin lelaki ini berjawatan agak besar dari wanita tadi.

"Selamat pagi, Encik. Saya Deniz, penyelia dekat sini. Ada apa yang boleh saya bantu?" soalnya lembut dan ramah. Keduanya berjabat salam.

"Kedatangan saya kesini untuk berjumpa dengan pemilik kedai ni." ujar Faeyz terus terang.

"Owh, bos kami belum sampai. Jam 10 nanti, baru dia datang" beritahunya.

Faeyz menilik arlojinya. Baru jam 9. Beerti dia harus menunggu lagi satu jam. Ah! Itu bukan tipenya untuk menunggu. Masih banyak urusannya yang menanti.

"Begini. Sebenarnya saya tengah siasat mengenai kemalangan yang berlaku dalam satu bulan lepas. Kejadian tu berlaku di hadapan jalan kedai ni. Saya lihat, kedai ni ada CCTV. Mungkin saya boleh dapatkan beberapa bukti dari situ." ceritanya terus terang.

"Owh ya. Betul, sebulan lepas ada berlaku kemalangan di hadapan jalan ni. Dengar cerita, pemandu wanita tu mabuk, cuba mengelak motosikal yang tiba-tiba keluar simpang dan terbabas lalu melanggar seorang wanita yang berdiri di tengah-tengah pembahagi jalan."
Cerita lelaki itu secara terperinci.

"Ada rakaman kejadian? Boleh saya lihat?" Faeyz sudah tidak sabar.

Lelaki tadi diam seketika.
"Sebenarnya polis dah ambil bahan bukti dan dibawa ke balai untuk dijadikan bahan siasatan."
Faeyz sedikit kecewa.

"Tapi saya tak tahulah kalau bos kami ada simpan salinannya"

Faeyz mula berharap agar nasib berpihak padanya.

"Boleh saya tengok?"

"Nanti dulu Encik. Saya perlu hubungi bos dulu tanyakan mengenai hal ni"

Faeyz mengangguk pantas.

**

Faeyz keluar dari kedai dengan hati yang puas. Dia dapat apa yang dia mahu. Mujur saja pemilik kedai itu menyimpan salinan secara senyap dari diketahui pihak polis.

Faeyz menyerahkan pita kepada bodyguardnya.

"Aku nak korang siasat betul-betul siapa pelakunya dan cari maklumat mengenainya. Call aku kalau ada apa-apa"

"Baik bos!" ujar dua orang bodyguardnya serentak.

*

Faeyz kembali ke hospital. Dia tidak bimbang mengenai urusan pejabat kerana Abbas dan beberapa petugas lain sudah diberikan tugas masing-masing. Dia akan turun jika ada hal mustahak sahaja.

Suara riuh dan gelak tawa terdengar hingga ke luar ruangan hospital. Faeyz lantas membuka pintu.

Suara gelak tawa tadi serta merta terhenti saat dia melangkah masuk. Kesemua mata memandang kearahnya.

Ruya, Bihan, Lola, Sean, Demir dan beberapa rakan yang lain memenuhi ruangan bilik Zulaikha.

Zulaikha menjengah.

"Faeyz" tegurnya lembut sambil tersenyum.

Faeyz melangkah menghampiri Zulaikha.

"Maaf, kami datang tak beritahu. Kami dapat tahu Ikha kemalangan, jadi kami terus ke sini." cerita Lola.

Faeyz tersenyum.

"Terima kasih atas kedatangan semua menziarah Ikha, bawa buah tangan semua. Tapi sebaiknya sekarang saya minta semuanya pulang dulu. Ikha perlukan rehat yang cukup" pinta Faeyz dengan cara dan tutur kata yang beralas.

"Baiklah. Kami pulang dulu, Ikha. Ada masa nanti, kami datang lagi" celah Bihan seraya bersalam dan mencium kedua pipi Zulaikha.

"Untungnya Queen kita ni. Tengok tu, King kita betul-betul caring pasalnya" usik Deniz sambil terkekeh ketawa.

Mereka semua tahu bagaimana sayangnya Faeyz terhadap Zulaikha. Jadi tak hairanlah jika Faeyz berkelakuan seperti itu dan mereka sangat faham.

Faeyz sekadar mengulum senyum.

"Ikha, aku balik dulu. Kalau perlukan apa-apa, call aku" pesan Ruya.
Faeyz memandang lekat kearahnya.

"Opss! Aku terlupa yang kau dah ada penjaga dekat sini. Jadi, kau tak perlulah call aku lagi" Ruya menarik balik kata-katanya.

Zulaikha hanya tersengih.

Ruangan bilik Zulaikha dirawat kembali sunyi. Faeyz berjalan menghampiri meja makan pesakit. Disitu terdapat pelbagai jenis buah tangan yang dihadiahkan kepada Zulaikha. Ada buah, jambangan bunga, coklat dan manisan.

"Yang lain, semuanya dibenarkan kecuali yang ini" Faeyz mengalihkan coklat dan manisan jauh dari meja Zulaikha.

"Alah..takkan nak makan sikit pun tak boleh?" Zulaikha menarik muncung sedepa.

"Tak boleh! Orang yang takut makan ubat, tak dibenarkan makan makanan macam ni. Jadi, semua ni dah jadi hak milik saya" kata-kata Faeyz mengundang dekahan dari Zulaikha.

Faeyz terhibur dengan karenah manja Zulaikha.

"Tak adil la macam tu. Itu saya punya" Zulaikha cuba merampas kotak manisan dan coklat dari Faeyz namun hampa. Faeyz mengangkat lebih tinggi dan sukar untuk Zulaikha menggapainya.

Zulaikha menarik leher kemeja yang dipakai Faeyz sehingga tubuh Faeyz terhenyak ke atas tubuh Zulaikha.

"Sayang, becareful" Faeyz risau jikalau tubuhnya menimpa tubuh Zulaikha yang tercedera.

"Not me, but you Faeyz Ghaisan" bisik Zulaikha dihadapan wajah Faeyz. Tangannya dengan pantas merampas kotak manisan dan coklat dari tangan Faeyz.

Faeyz bangun lalu bercekak pinggang.

"Degil" bebel Faeyz mengundang tawa dari Zulaikha.

Bersambung..

Beruntung Zulaikha kerana ramai yang sayangkannya. Adakah Faeyz berjaya menyiasat siapa pelaku yang telah melanggar Zulaikha? Bagaimana? Dan apa yang akan berlaku jika Faeyz berjaya menjejak pelakunya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience