13- Reward

Romance Series 34258

Kedatangan Zulaikha sekali lagi disambut dengan sejambak ros merah. Kali ini jambangannya lebih besar dari biasa.

"Owh, Ikha" Ruya cemburu melihat kehadiran jambangan bunga yang menyambut kedatangan Zulaikha saat tiba di kedainya.

Adakah dia perlu menyambut tangan Nick untuk bersama dengannya?

'Morning my lovely sweetheart. Everybody is looking for the meaning of life in their own self. I found it in you.'. - FG

"FG" sebutnya.

"FG!?" Ruya menarik kad yang ada pada tangan Zulaikha.

Keduanya berpandangan sebelum bersuara serentak,
"Faeyz Ghaisan!" Keduanya menutup mulut dengan tangan.

"Adakah dia orang yang sama yang beri bunga ni pada kau?" Tanya Ruya.

"Instinct aku kuat mengatakan dia adalah orang yang sama." ujarnya yakin.

Tidak ada teka teki lagi, siapa pemberi bunga ini diiringi dengan kata-kata indah yang menyambut kedatangannya saat mahu bekerja.

Siapa lagi yang mempunyai nama depan yang sama seperti dia? Hanya Faeyz Ghaisan.

Zulaikha berehat di ruangan pejabatnya. Sesekali dia menatap ke arah jambangan ros yang sudah diubah ke dalam pasu. Ruangan kedainya dipenuhi dengan jambangan ros yang diberi Faeyz setiap hari sehinggakan kedainya berbau ros dan diselangi haruman roti yang menyelerakan.

Zulaikha tidak sesibuk seperti sebelumnya kerana dia sudah memiliki 4 orang pekerja. Dua pekerja ditempatkan di bahagian dapur dan dua pekerja lagi di bahagian pelayan. Bisnesnya semakin maju dan sering mendapat sambutan juga tempahan besar untuk event.

Zulaikha mencapai telefonnya. Dia membuka mesej Faeyz lalu menghantar satu pesanan kepada lelaki itu.

'Terima kasih kerana memberi jambangan bunga padaku setiap hari. Esok aku harap, tidak ada lagi kiriman darimu'

Zulaikha menekan butang hantar.

Belum beberapa saat, Faeyz terlihat berada di talian. Pesanannya tadi sudah bertukar biru.

Jantung Zulaikha berdegup kencang. Melihat Faeyz sedang typing membuatnya semakin berdebar.

Zulaikha menutup matanya pantas. Dia tidak berani untuk memandang pada skrin telefon.

Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan.
"Rileks Ikha. Kenapa kau perlu nak rasai semua tu? Dia bukan sesiapa buat kau. Kau tak cintakan dia pun dan sudah tentu kau boleh menghalangnya dari terus mendekati kau" ujarnya sendiri, cuba memberi semangat pada dirinya.

Perlahan matanya terbuka dan terus tertancap pada layar telefon.

'Baguslah jika sayang sudah tahu siapa pengirimnya. Esok akan kuberikan reward buatmu'

Mulut Zulaikha menganga.

Lelaki ini langsung tidak berniat untuk berhenti dari memberinya hadiah, malah mahukan lebih dari itu. Dan yang paling menjengkelkan Zulaikha, lelaki itu memanggilnya 'sayang'.

Zulaikha melempar telefonnya ke atas meja.
Bulu tengkoknya mula meremang. Ciuman Faeyz malam tadi mula menghantuinya.
Tanpa sedar, dia menyentuh bibirnya.

Dia akui, ciuman itu sangat menenangkan dan mengghairahkan. Tapi dia tidak boleh pentingkan dirinya. Dia berharap, hal itu tidak akan pernah berulang lagi.

Drtt! Drtt!

Zulaikha terkejut saat satu panggilan masuk. Dia menatap skrin telefonnya.

'Faeyz'

Jantung Zulaikha hampir mahu gugur. Kenapa dia begitu sedebar ini bila terpaksa berhadapan dengan lelaki ini? Adakah kerana kekuasaan yang dimilikinya? Tak mungkin!

Zulaikha memaksa dirinya untuk mengangkat.

'Hello sweetheart' suara Faeyz lembut. Suara garaunya meresahkan Zulaikha sampaikan deruan nafasnya tidak teratur.

Zulaikha masih terdiam.

'Aku akan menjemputmu untuk makan malam tepat jam 8 nanti'

Zulaikha memandang skrin telefonnya. Lelaki itu mematikan talian macam itu sahaja.

"Suka-suka mengarahkan orang. Aku bukan pekerjanya yang harus mengikut perintahnya" omel Zulaikha geram. Sekali lagi dia membaling telefonnya kesal.

Lagi 30 minit, jam akan menunjukkan pukul 8 malam. Zulaikha masih belum siap.

"Aku tengok kau asyik tatap jam tu dari tadi, kenapa?" soal Ruya yang duduk disofa sambil menonton TV.

Zulaikha tersentak lantas menoleh. Dia menggigit kuku cuba mengawal emosinya.

Adakah dia perlu memberitahu Ruya? Zulaikha berbelah bahagi.

Dia kemudian berjalan dan duduk disebelah Ruya.

"Faeyz, dia mengajakku dinner jam 8"
Ruya melirik kearah jam di dinding.

"Masih berbaki 25 minit. Lebih baik kau pergi bersiap. Tak baik biarkan dia tertunggu-tunggu." pujuk Ruya.

Zulaikha meraup wajahnya. Fikirannya kusut. Perlukah dia pergi?

"Erghhh!" Zulaikha menggeram lantas bangun dan berlari naik ke tingkat atas.

Dengan solekkan tipis diwajah, rambutnya yang beralun dibiarkan lepas begitu saja dan hanya mengenakan blouse berwarna putih dan berseluar jeans, dia turun.

"Ha, kan elok macam tu" puji Ruya sambil tersengih.

Zulaikha memutar bola matanya tanda protes.

Deruman enjin kereta di luar mengejutkan keduanya.

"Hah, tu. Kekasih hati kau dah sampai. Pergi!"
Zulaikha menjeling tajam ke arah Ruya. Mahu atau tidak, dengan langkah terpaksa, dia keluar dan menuju kearah kereta Audi RS7 merah.

Faeyz sudah menunggu kehadiran Zulaikha sambil bersandar pada pintu di sebelah pemandu. Kedua tangan kekarnya dilipat ke dada dan satu kakinya disilang ke hadapan kaki kanannya.

Tatapannya jatuh pada susuk tubuh wanita yang sedang berjalan menghampirinya. Dia tersenyum melihat penampilan Zulaikha.

Dia segak mengenakan suits lengkap manakala Zulaikha hanya mengenakan blouse dan jeans. Dia tahu, wanita itu sedang memberontak. Wajahnya juga tidak seceria selalu.

"Hey sweetheart" Sapa Faeyz sambil tersenyum menggoda.

"Hai" Sapa Zulaikha sepatah.

Faeyz tersenyum. Dia lantas membuka pintu kereta buat Zulaikha.

Zulaikha melirik sekilas kearahnya sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.

Kereta berdesir laju membelah kepekatan malam dan berhenti disebuah restoran mewah dan berkelas.

Zulaikha memandang penampilannya sekarang. Dia mengutuk dirinya kerana meremehkan ajakkan Faeyz.

Faeyz yang faham, tersenyum. Dia mengeluarkan iphonenya lalu keluar dari kereta. Dia menghubungi seseorang.

Tak sampai 10 minit, sebuah kereta MPV Lexus LM 350 berwarna hitam berhenti disebelah kereta Audi milik Faeyz.

Pintu disebelah pemandu terbuka. Zulaikha tersentak.

"Mari" Faeyz menghulurkan tangannya kepada Zulaikha.

Zulaikha menatap lama sebelum menyambutnya.

Seorang lelaki bersuits gelap berdiri disamping kereta mewah itu. Melihat Zulaikha keluar dari kereta bosnya, dia lantas membuka pintu MPV memberi laluan untuk Zulaikha masuk kedalamnya.

Awalnya dia tidak faham dengan apa yang sedang berlaku. Tapi, sebaik sahaja dia masuk ke dalam, dia mengerti.

Di dalamnya ada beberapa pasang dress baru yang masih mempunyai tag pada setiap helaiannya. Zulaikha menganga saat melihat harga pada dress-dress tersebut. Nilainya cukup untuk dia makan setahun.

Tanpa mahu membiarkan lelaki itu menunggu lama, dia memilih satu dress yang sama warna dengan suits yang dikenakan Faeyz.

Faeyz menanti Zulaikha dengan sabar.
Dalam sekejap, pintu terbuka. Zulaikha melangkah keluar dengan berhati-hati sambil mengenakan sepatu tinggi.

Faeyz yang melihat, lantas menyambut tangan Zulaikha. Dia terpegun melihat kecantikkan dan keanggunan Zulaikha. Bentuk tubuhnya begitu indah saat mengenakan dress berwarna biru muda itu.

"Awak cantik sekali, sayang" panggilan dan pujian dari Faeyz membuat wajah Zulaikha memerah. Apatah lagi dia dipuji dihadapan bodyguardnya yang masih berdiri disebelahnya.

"Mari" Faeyz menghulurkan lengannya pada Zulaikha. Zulaikha yang faham, menyambut lalu memeluk lengan Faeyz.
Faeyz mengulum senyum. Gadisnya sudah tidak protes seperti tadi lagi.

Mereka berdua disambut hormat oleh penyambut tetamu. Restoran ini dikhaskan untuk golongan VIP, VVIP dan berkelas sahaja. Disitu juga tidak boleh mengenakan jeans dan t-shirt. Mereka haruslah berpakaian formal yang menepati syarat-syaratnya.

Faeyz dan Zulaikha dibawa ke salah satu bilik khas. Ruangan bilik itu luas dan cantik. Di atas meja makan, ada sejambak ros merah.

Faeyz mengambil lalu diserahkan kepada Zulaikha.

"Lagi ros merah untuk hari ni?" sindir Zulaikha sambil memandang Faeyz.
Lelaki itu terkekeh ketawa.

Dia kemudian menarik kerusi buat Zulaikha.
Zulaikha akur dan duduk sekali lagi membuatnya mengulum senyum.
Faeyz mengambil tempat berhadapan dengan Zulaikha.

Pelayan yang berdiri disitu menghulurkan menu kepada Faeyz dan Zulaikha. Sambil itu, dia menuang air buat mereka berdua.

Zulaikha menilik satu persatu menu yang ada dihadapannya. Wajahnya nampak terkejut saat melihat harga bagi setiap menu yang ada disitu. Dia menutup buku menu lalu diletakkan di atas meja.

"Awak saja yang memesannya"
Faeyz sekadar tersenyum melihat gelagat Zulaikha.

Setelah selesai membuat pesanan, pelayan itu pergi meninggalkan mereka berdua.

Faeyz kembali memandang kearah Zulaikha. Tatapannya kali ini begitu mencairkan hati sesiapa saja yang melihatnya, termasuk Zulaikha.

"Kenapa datang ke sini? Bukankah ada restoran yang jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan restoran ni?"
Faeyz tersengih mendengar bebelan kekasih hatinya. Ini pertama kali dia mendengar wanita idamannya merungut.

"Sebagai reward untukmu, sayang" balas Faeyz dengan wajah tenang.

"Saya tak ada buat apa-apa yang membanggakan awak. Saya bukan orang suruhan awak, bukan juga pekerja awak. Untuk apa saya diberi reward?"

"Kerana awak berjaya meneka siapa pengirim bunga yang sebenar"
Jawapan Faeyz membuat Zulaikha terdiam.

"Saya tahu, sudah lama sayang cuba ambil tahu siapa pengirim bunga tu, kan? Sekarang, sayang sudah tahu dan pengirim bunga tu sekarang sedang duduk dihadapan mu sambil memandang kearahmu. Sayang boleh lakukan apa saja padanya"
Zulaikha menatap lekat kewajah tampan Faeyz.

"Kenapa saya? Masih banyak lagi wanita diluar sana yang cantik, bergaya dan bekerjaya. Saya tak ada apa-apa. Saya tak layak pun untuk ada disini apa, menerima reward dari awak."

"Tapi saya tak mahu wanita lain selain awak" kata-kata Faeyz mampu membuat Zulaikha sekali lagi terdiam.

Bersambung...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sekarang, Zulaikha sudah tahu siapa pengirim bunga yang sebenarnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience