17- Jangan tinggalkan saya

Romance Series 34258

Ada dua tubuh kaku sedang terbaring di atas katil di dalam bilik itu.

Ruya awalnya tidak tahu menahu, atas tujuan apa dia dan pengasuhnya dibawa kesana.

"Adik, sabar ya" ucap seorang petugas lelaki kepadanya.

Ruya bingung, kenapa lelaki itu berkata demikian.

Lelaki itu membawa kedua mereka ke sisi kedua mayat, perlahan membuka kain penutup.

Ruya kaku ditempat. Matanya menatap lekat pada dua wajah yang sangat dikenalinya. Dia mendongak memandang pengasuhnya yang berdiri disamping, wanita itu menangkup mulutnya kerana terkejut. Ruya memandang petugas lelaki itu seolah-olah mahukan penjelasan.

"Adik, ibu dan ayah adik sudah meninggal" ucapnya perlahan dan sayu bila mengenangkan usia Ruya yang masih kecil.

"Tak, pakcik bohong! Ibu!!!! Papa!!!!" raungnya kuat. Dia lantas memeluk tubuh kedua orang tuanya berselang seli.

"Ibu..bangun. Papa, bangun.." tangisnya. Pelukkannya semakin erat pada tubuh ibunya.

"Ibu, hari ni hari ulangtahun Uya, ibu dah lupa ke?" tangis Ruya sambil menggoncang tubuh ibunya yang kaku dan pucat.

Dia berbalik lalu memeluk papanya.
"Papa bangun. Papa dah janji nak belikan hadiah ulangtahun untuk Uya. Lepas ni, siapa nak hantar Uya pergi sekolah? Papa kena bangun" Ruya menggoncang tubuh papanya kuat.

Petugas lelaki serta pengasuhnya turut sebak melihat suasana yang begitu memilukan berlaku dihadapan mata. Sesekali terlihat keduanya mengesat airmata.

Paling memilukan bila Ruya enggan meninggalkan mayat kedua orang tuanya sehingga dia memberontak sambil meraung.

Petugas hospital terpaksa bertindak menenangkannya.

Hidup Ruya mula terasa kosong. Selang beberapa hari, pengasuhnya membawa beberapa orang petugas dari jabatan kebajikan untuk bawa Ruya ke tempat yang lebih baik, memberikan perlindungan untuknya memandangkan dia sudah tiada sesiapa untuk menjaga dan menyaranya.

"Ruya tak mahu! Ruya nak tinggal disini" raungnya. Sekali lagi dia terpaksa ditenangkan.

"Ruya tentu sayangkan ibu dan papa kan?" Ruya terdiam bila salah seorang petugas kebajikan itu bersuara.

Dia menatap petugas wanita itu dengan buliran mata yang masih berkaca.

"Uya sayangkan ibu dan papa. Uya nak ibu dan papa balik" pintanya sebak.

Wanita itu duduk, menyetarakan kedudukannya dengan Ruya. Kedua bahu Ruya disentuhnya.

"Kalau Ruya sayangkan ibu dan papa, Uya kena redha. Kalau Ruya menangis macam ni, kesian pada ibu dan papa Ruya disana. Nanti diorang pun ikut menangis. Roh mereka takkan tenteram. Ruya kena ingat, Ibu dan papa Ruya pergi kerana Tuhan lebih sayangkan mereka."

"Tapi, Uya lebih sayangkan ibu dan papa dari Tuhan" ujarnya petah dan dengan nada suara sebak.

"Semua orang sayangkan orang tua mereka. Acik juga sayangkan mak ayah acik. Tapi Ruya kena ingat, siapa yang paling berkuasa dalam dunia ni?"

"Allah" jawabnya. Petugas yang lain tersenyum.

"Ya, Allah. Allah terlalu sayangkan ibu dan papa Ruya, sebab itu Allah ambil mereka berdua. Ruya kena happy sebab apa, sebab ibu dan papa Ruya sekarang berada ditempat yang lebih baik. Ruya tahu syurga kan? Ruya dah ke sekolah, Ruya tentu sudah belajar tentang Syurga" Ruya mengangguk pantas.

"Cikgu cakap, syurga tu tempat paling cantik dan indah dari dunia" jawabnya lagi. Tangisannya sudah berhenti.

Petugas wanita itu tersenyum.

"Pandai. Jadi, sekarang ni Ruya happy tak bila ibu dan papa berada disyurga?"

"Happy" jawabnya seronok.

"Jadi, Ruya tak boleh nangis-nangis macam ni lagi. Ok?"

Ruya mengangguk.

Atas pujukan petugas wanita itu, akhirnya dia menurut.

Ruya tinggal disana hampir dua tahun sebelum bertindak melarikan diri. Dia tidak tahan apabila dirinya sering diejek dan dibuli oleh beberapa orang penghuni disana.

Dia berlegar-legar di kaki lima pekan Antalya, terkadang merayau-rayau dipasar sehinggalah suatu hari, dia bertemu dengan Nenek Doga.

Dia dibawa pulang oleh Nenek Doga, dirinya dijaga dan dirawat dengan baik disana. Dia juga membantu Nenek Doga menjual dolma. Papa Zulaikha juga ada mengirimkan wang belanja untuk Nenek Doga setiap bulan.

Ruya seronok tinggal dengan Nenek Doga. Dia selesa dan senang bila dirinya dilayan sama seperti kedua orang tuanya melayaninya. Kerana itu dia sayangkan Nenek Doga dan menganggap wanita tua itu seperti neneknya sendiri.

Flashback Off

Faeyz mendongak memandang ribuan bintang yang bertaburan indah dilangit. Ditangannya ada secawan kopi panas.

Cerita Zulaikha begitu meruntun hatinya. Berat dugaan dan ujian yang terpaksa dia tempuh hinggakan maruah dirinya direnggut dengan kejam.

Faeyz tidak menyalahkan Zulaikha atas apa yang telah berlaku. Semua itu bukan kehendaknya. Dia diperkosa dan diliwat dengan kejam. Itu bukan satu perkara yang mudah untuk dilupakan apatah lagi waktu itu dia masih diusia awal remaja.

Faeyz tidak memandang semua itu. Dia begitu cintakan Zulaikha seikhlas hatinya sejak dulu hingga sekarang. Dia perlu bantu Zulaikha untuk hilangkan rasa takut yang sering dialaminya bila dekat dengan lelaki, termasuk dirinya.

Sesiapa pun pasti akan merasai trauma seperti Zulaikha.

"Papa!!!"

Faeyz meletakkan cawan kopi di atas meja kopi lantas berlari ke dalam bilik.

Zulaikha yang terbaring sambil matanya tertutup, meronta-ronta sambil menangis. Keringat membasahi wajahnya.

Faeyz menyalakan lampu diatas meja, disisi tempat tidur Zulaikha.

"Sayang.. hey.. hey.. it's fine. I'm here, with you" pujuk Faeyz lembut.

Zulaikha terjaga lantas duduk dan dengan spontan memeluk erat tubuh Faeyz.

"Tolong, mereka bunuh papa" tangisnya takut. Seluruh tubuhnya menggigil kerana ketakutan.

Faeyz bertindak membalas pelukkan Zulaikha, bukan untuk mengambil kesempatan atas peluang yang ada, tapi cuba untuk menenangkan Zulaikha.

"Jangan risau, mereka sudah menerima hukumannya" beritahu Faeyz.

Zulaikha sedikit tenang.

"Benarkah?" soal Zulaikha tiba-tiba. Pelukkan terlerai. Wajah Faeyz dipandangnya penuh harap.

Faeyz mengangguk.

Selepas Zulaikha tidur, dia terus menghubungi Robert, perisik yang selalu ada jika dia perlukan sebarang informasi. Dia mahu tahu apa yang berlaku pada dua orang penjenayah yang telah merompak rumah keluarga Zulaikha, membunuh, memukul dan juga memperkosa dengan kejam.

Lelaki yang menembak mati papa Zulaikha dijatuhkan hukuman mati 6 bulan selepas kejadian, kerana membunuh dengan niat. Manakala seorang lagi masih dipenjara kerana terlibat dalam pengedaran dadah yang mungkin akan ke tali gantung. Faeyz puas apabila keduanya menerima hukuman yang selayaknya.

"Sayang tidur ya. Jika perlukan apa-apa panggil saja, saya ada di depan" ujar Faeyz lembut.

Faeyz membaringkan tubuh Zulaikha semula lalu menarik selimut, menutupi tubuh Zulaikha sehingga ke paras dada. Dia menyentuh lembut hujung hidung Zulaikha sambil berkata,

"Sweet dreams, honey" dengan tersenyum, dia bangun.

Langkah Faeyz terhenti. Dia menoleh memandang lengannya yang dipegang Zulaikha. Pandangannya kemudian terarah sepenuhnya kearah Zulaikha yang duduk sambil mencengkam pergelangan tangannya.

"Jangan tinggalkan saya" bisiknya perlahan.

Faeyz mengulum senyum.
"Tak, saya takkan tinggalkan sayang. Saya ada didepan" beritahunya sekali lagi.

Zulaikha menggeleng. Wajahnya muncung seperti anak kecil sambil pupil matanya mengecil.

Faeyz merasa geram dengan perilaku comel Zulaikha yang tak ubah seperti anak kecil. Dia duduk semula. Pandangannya menyapu bersih keseluruh wajah cantik Zulaikha.

Sekali lagi Faeyz terpegun bila Zulaikha tiba-tiba sahaja memeluk tubuhnya erat.

"Saya betul-betul maksudkannya" ulang Zulaikha.

Faeyz terkedu. Adakah dia sekarang ini sedang bermimpi? Tak, tak. Ini bukan mimpi, ini realiti.

Zulaikha meleraikan pelukkan. Dia menepuk ruang kosong disebelahnya.
"Temankan saya, boleh?" pinta Zulaikha.

Faeyz nampak bingung. Betulkah apa yang dia dengar ni? Riaksi wajah Zulaikha benar-benar maksudkannya.

Faeyz mengangguk seraya tersenyum.
Dia naik lalu berbaring di ruang kosong disisi Zulaikha.

Zulaikha mengambil sebiji bantal lalu diletakkan di tengah-tengah antara mereka berdua seperti benteng.

Faeyz hanya memandang tindak tanduk Zulaikha tanpa bersuara.

"Awak tak kisah kan?" soal Zulaikha yang sudah berbaring di sebelah Faeyz. Keduanya mengiring dan menghadap satu sama lain.

Faeyz sekadar tersenyum dan mengangguk.
"I'm fine" balas Faeyz dengan nada bersahaja.

Zulaikha tersengih.
"Good night" bisik Zulaikha sambil matanya mula terpejam.

"Good night" sambut Faeyz sambil menyapu bersih wajah Zulaikha.
Wajahnya nampak tenang sekali saat tidur. Tapi apa yang tersirat itu, rupanya begitu perih dan itulah yang telah dilalui Zulaikha.

Zulaikha seorang wanita yang sangat cekal, kuat semangat, pandai berdikari dan tidak takut menerima cabaran. Sejarah lalu dijadikan sebagai satu penguat semangatnya.

Bersambung..

Siapa sangka, Zulaikha membuat permintaan begitu kepada Faeyz. Mungkinkah itu merupakan permulaan perhubungan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience