Perut Zulaikha berkeroncong sejak petang tadi. Tidurnya terganggu. Zulaikha membuka mata. Dia melihat ke samping, Faeyz nyenyak tidur di atas sofa empuk tidak jauh darinya.
Niat awalnya mahu kejutkan Faeyz namun, melihat lelaki itu begitu lena diulit mimpi, dia kuburkan hasratnya.
Zulaikha berusaha bangun dan duduk dalam kepayahan kerana kakinya yang disimen. Hampir 10 minit dia bersusah payah bangun, akhirnya dia berjaya duduk dan bersandar pada katil.
Dia melihat ada satu jug kaca berisi air putih. Dalam keadaan yang payah untuk bergerak, dia berusaha beranjak untuk mencapai gelas kosong.
Malangnya, tangannya sukar untuk mencapai gelas tersebut. Dia hanya dapat menguis gelas dengan hujung jarinya dan..
Zulaikha menutup mata dan mulutnya pantas saat gelas bergolek dan jatuh. Lama dia berkeadaan seperti itu namun, dia langsung tidak mendengar suara gelas itu jatuh ke lantai atau suara pecahan.
Perlahan matanya terbuka.
Seorang lelaki berdiri tercegat dihadapannya bersama gelas kosong yang sudah berada di tangannya.
"Kenapa tak kejutkan saya?" Faeyz menuang air kedalam gelas lalu dihalakan ke mulut Zulaikha.
Zulaikha mahu mengambil gelas dari tangan Faeyz, namun lelaki itu berkeras supaya dia meneguk sahaja minuman itu dalam pegangannya.
"Saya tak nak menyusahkan awak" luah Zulaikha perlahan.
Faeyz mengeluh lantas duduk di birai katil.
"Sayang tak boleh bergerak. Tengok ni, kaki berat dengan simen, tiub pun masih terpasang" Faeyz menunjukkan tiub kencing yang terpasang pada Zulaikha.
Zulaikha menundukkan wajahnya muram.
"Saya tak minta pun awak simpati dengan saya. Saya boleh lakukannya sendiri" luah Zulaikha sebak. Jika diikutkan, dia tidak mahu susahkan sesiapa termasuk Ruya.
"Saya lakukan semua ini bukan atas dasar simpati, tapi kerana saya sayangkan awak, sayang." Zulaikha mendongak. Wajahnya basah dengan airmata.
"Jangan menangis. Saya tak mahu sayang stress. Sayang rehat okay?" pujuk Faeyz lembut sambil mengusap lembut airmata di wajah Zulaikha.
Gelengan Zulaikha membuat Faeyz hairan.
"Kenapa? Dah lewat ni"
"Lapar.." adu Zulaikha manja.
Raut wajah Faeyz berubah.
"Saya belum makan dari siang tadi" adunya lagi. Perutnya juga ikut berkeroncong.
"Kenapa sayang tak beritahu." Faeyz menilik arlojinya. Sudah tengah malam. Dia mengeluarkan telefonnya lalu menghantar pesanan ringkas kepada orang suruhannya.
*
Zulaikha menjamah pizza sehingga sisanya berbaki satu potongan terakhir.
Dia ambil lalu menyuapnya ke mulut Faeyz.
Faeyz awalnya menolak kerana dia mahu Zulaikha makan sepuasnya dan kenyang.
"Please.." Faeyz akur.
Zulaikha bersandar kekenyangan.
"Thanks" ucap Zulaikha. Dia tersengih sendiri.
"Kenapa?" tanya Faeyz hairan.
Sekali lagi Zulaikha tersengih.
"Saya sendiri tak sangka, saya boleh makan sebanyak ini" Zulaikha menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Mana tidaknya, Faeyz memesan pizza yang bersaiz besar dan dia berjaya makan sehingga tinggal satu potongan terakhir, barulah dia berikan kepada Faeyz.
Faeyz ikut tersengih dengan kata-kata Zulaikha.
"Baguslah, asalkan sayang kenyang"
"Very" sambut Zulaikha dengan nada separuh bisik.
Faeyz dengar, malah dia hanya tersenyum puas.
"Sekarang, sayang dah boleh rehat." Faeyz bangun mahu mengubah posisi duduk Zulaikha.
"A'ah, saya tak mahu baring. Masih belum mengantuk" tolak Zulaikha manja.
Ceklek! Pintu bilik terbuka. Terpancul seorang jurujawat wanita berjalan menghampiri katil Zulaikha bersama sedulang kecil bekas berisi ubat.
"Maaf mengganggu. Sekarang masa untuk Cik Zulaikha makan ubat ya" Jururawat itu mengambil beberapa biji ubat yang harus dimakan oleh Zulaikha dari dulang yang dibawanya.
"Berikan pada saya" pinta Faeyz seraya mendapat jelingan tajam dari Zulaikha.
"Dan saya terpaksa beri suntikan ubat tahan sakit kepada Cik Zulaikha juga ya" beritahu jururawat itu seraya mengangkat picagari yang berisi cecair ubat yang harus disuntik kepada Zulaikha.
Raut wajah Zulaikha berubat pucat.
"Kenapa perlu suntik, bukankah sebelum ini nurse cuma beri saya makan ubat?" Zulaikha bersuara resah.
Faeyz memandang jurujawat itu seperti mahu minta penjelasan.
Jururawat itu mengerti.
"Cik Zulaikha tak makan ubat yang diberikan selama ini. Sebab itu kami terpaksa beri suntikan kepada Cik Zulaikha." Adu jururawat itu kepada Faeyz.
Faeyz menoleh memandang Zulaikha. Satu keningnya terangkat.
Zulaikha melarikan pandangan kearah lain.
"Baiklah." Zulaikha melopong saat Faeyz memberi keizinan kepada jurujawat itu.
Jururawat itu berjalan mendekati Zulaikha bersama bekas yang berisi picagari.
"Nurse tolong, saya janji, saya makan ubat lepas ni. Tolong jangan suntik..." kedua tangan Zulaikha mula menghalang pergerakan jurujawat itu dari terus mendekatinya.
Faeyz menahan tawanya dari disedari Zulaikha.
"Maaf Cik Zulaikha, saya terpaksa lakukannya." ujar jurujawat itu tegas.
"Tuan, boleh tolong saya?" Jururawat itu terpaksa meminta pertolongan dari Faeyz.
Faeyz menghampiri katil.
"Bahagian mana yang harus disuntik?" tanya Faeyz sekadar ingin tahu.
"Punggung" Faeyz terkedu, manakala Zulaikha menganga.
Faeyz memandang Zulaikha. Wajah kekasihnya sudah merah seperti sotong bakar.
"Baiklah" Faeyz lantas menarik dan menahan tangan Zulaikha dari terus menolak. Lagaknya tak ubah seperti sedang memeluk tubuh Zulaikha. Kedua mereka harus melakukannya secara paksa.
"Faeyz!!!" jerit Zulaikha geram apabila tubuhnya dikunci, langsung tidak dapat bergerak.
Dengan pantas jururawat wanita itu menyelak sedikit kain pada bahagian punggung Zulaikha.
Secara tidak sengaja, Faeyz dapat melihat sedikit kulit punggung Zulaikha yang putih bersih. Dia segera melarikan pandangan ke arah lain.
Tubuh Zulaikha terkunci buat beberapa saat. Zulaikha memejam rapat matanya.
"Sudah" Mata Zulaikha terbuka pantas. Sudah? Dia langsung tidak berasa apa-apa.
Faeyz mengembalikan kedudukan Zulaikha seperti asal dalam keadaan terlentang. Dia menuang segelas air putih lalu diberikan kepada Zulaikha.
"Makan ubat ni" arah Faeyz tegas dan serius.
Bola mata Zulaikha bergerak ke atas, menjeling tajam kearah Faeyz.
Zulaikha membuka mulut dan Faeyz segera memasukkan ubat ke dalam mulut Zulaikha.
Zulaikha meneguk air pantas sehingga gelas yang penuh berisi air tadi menjadi kosong.
Faeyz cuba sedaya upaya menahan tawanya dari meledak. Rupanya, kekasih hatinya juga takutkan ubat. Memang mereka berdua jodoh yang serasi.
"Ketawalah lagi. Seronokkan lihat saya kena paksa disuntik macam tu" sindir Zulaikha geram.
"Bukan begitu. Sayang jangan salah faham. Sebenarnya saya teringatkan satu hal. Sebelum ni, kekasih hati saya pernah berkata,
'kalau awak nak tahu, saya paling tidak sukakan lelaki yang takutkan hal yang remeh. Macam sekarang, nak makan ubat tu takut'
Rupa-rupanya, kita berdua memang serasi"
Wajah Zulaikha merah padam menahan malu. Memang dia pernah berkata begitu disaat Faeyz sakit dulu. Ternyata sekarang dia terkena paku buah keras.
Zulaikha memesang wajah masam tanda merajuk.
"Dah la, saya nak tidur. Kalau awak nak pulang, silakan. Kalau awak taknak pulang, terpulang pada awak, terserah" Zulaikha menarik selimut lalu menutupi keseluruh tubuhnya.
Matanya dipejam rapat.
"Saya tak akan kemana-mana. Saya akan tetap disini menemani sayang" ujar Faeyz nekad dengan keputusannya.
"..." Zulaikha.
Terasa ada pergerakkan disisinya. Zulaikha membuka mata. Dia terperanjat bila melihat Faeyz sudah baring disisinya.
Geram Zulaikha awalnya mahu meledak, namun...
"Sebenarnya apa yang telah terjadi, bagaimana semua ni boleh berlaku?" Sejak siang tadi lagi dia berhasrat ingin tahu bagaimana Zulaikha boleh kemalangan. Tapi dia kuburkan hasrat itu buat sementara waktu.
Zulaikha menatap terus ke siling ruangan yang berwarna putih bersih. Satu keluhan berat keluar dari bibirnya.
Faeyz menoleh kearah Zulaikha. Wajah wanita itu ditatap dengan penuh kasih sayang.
"Sebenarnya.. lepas saya keluar dari rumah awak hari tu, saya tak keluar lagi dari bangunan penthouse." Zulaikha menoleh kesisi. Wajah mereka bertentangan.
"Maksud sayang?"
Zulaikha mengeluh. Dia memandang semula ke lelangit ruangan.
"Saya tahu awak akan kejar saya seperti kejadian tempoh hari. Jadi, saya bersembunyi dulu di sebalik lobi utama. Saya nampak awak turun mencari saya, kemudian naik kereta dan berlalu pergi. Saat itu juga saya keluar dapatkan teksi."
Faeyz mengubah posisi tidurnya. Dia baring mengiring menghadap Zulaikha.
"Saya turun dijalan bertentangan untuk pergi ke restoran kopi yang terkenal di Bandaraya. Waktu tu jalan tidak begitu sibuk. Jadi tidaklah terlalu susah untuk saya melintas jalan." Zulaikha menoleh kearah Faeyz.
"Tapi..kalau dah takdir saya kena langgar masa tu, siapalah saya untuk mengubahnya. Mungkin itu salah satu teguran Tuhan atas balasan apa yang saya dah buat pada awak."
Dahi Faeyz berkerut hinggakan kedua keningnya hampir menjadi satu. Dia menggeleng tidak setuju.
"Apa yang sayang dah lakukan pada saya, saya rasa itu bukan satu kesalahan besar yang Tuhan terpaksa beri teguran, itu adalah takdir."
Buliran jernih mengalir perlahan dari sudut tepi mata Zulaikha. Mata, telinga dan hidungnya merah kerana menangis.
"Saya yakin sangat, saat saya melintas tu, tak ada kenderaan yang datang dari arah kanan dan kiri. Tak tahu dari mana datangnya kereta lalu melanggar saya sehingga tubuh saya tercampak. Waktu tu, saya dah tak sedarkan diri. Saya sedar je, saya dah terlantar dalam keadaan macam ni." cerita Zulaikha panjang lebar.
"Bagaimana dengan pemandu kereta tu? Dia bertanggungjawab tak?" soal Faeyz beria-ia mahu tahu.
Zulaikha menjungkit bahu.
"Kata Ruya, pemandu tu mabuk. Waktu kejadian, dia tak boleh nak bantu apa-apa sebab dia ditahan polis kerana salah lakunya memandu dalam keadaan mabuk"
Faeyz mengeluh. Dia harus siasat hal ini.
Bersambung..
Siapa yang cari masalah dengan Zulaikha, sama seperti mencari masalah dengannya. Dia akan berusaha cari tahu siapa pelaku yang telah melanggar Zulaikha dan orang itu harus bertanggungjawab.
Share this novel