22- Tunang?

Romance Series 34258

Sebulan kemudian,

Selepas habis waktu bekerja, Ruya memandu ke sebuah hospital yang terletak di kawasan yang agak pedalaman bersendirian. Begitulah rutinnya setiap hari semenjak ketiadaan Zulaikha.

Tanpa Ruya sedar, ada sebuah MPV berwarna hitam sedang mengekorinya dalam jarak lebih kurang 50 meter.

Lexus miliknya tiba di perkarangan hospital lalu diletakkan keretanya tidak jauh dari pintu masuk. Dengan sekotak makanan di tangan kanannya, dia melangkah masuk ke lobi hospital. Kakinya melangkah pantas menuju ke lift. Jemari runcingnya menekan butang naik.

Dalam waktu yang sama, seorang lelaki bersuits lengkap ikut berdiri di belakang Ruya.

Selang beberapa minit, pintu lift terbuka. Dia melangkah masuk diikuti lelaki tersebut. Tanpa mencurigai apa-apa, dia menekan butang 4.

"Err.. Encik nak ke tingkat berapa?" soal Ruya ramah.

"Owh, sama" ujarnya.

Ruya sekadar mengangguk.

Aras 4,
Pintu lift terbuka lalu kedua mereka keluar. Ruya mengambil laluan kanan manakala lelaki tadi berjalan terus ke hadapan.

Sebaik tiba di hadapan pintu bernombor D12, dia menoleh ke sisi kanan dan kiri. Bila keadaan selamat dan tiada sesiapa yang mengekorinya, barulah dia melangkah masuk.

Dia menghampiri katil. Dengan kaki berbalut simen, beberapa kesan calar pada lutut, siku, pergelangan tangan dan luka jahitan pada dahi, seorang wanita terbaring sambil membaca majalah.

"Selamat petang" sapa Ruya ramah sambil tersenyum. Dia meletakkan kotak makanan di atas meja makan khas.

Wanita itu meletakkan majalah dengan memasang muka malas.

"Alah.. senyumlah sikit. Kan aku datang ni" pujuk Ruya lantas mencapai kotak makanan lalu dibukanya. Aroma roti yang masih panas menguak ke seluruh ruangan.

Perut wanita itu berkeroncong kuat.
Ruya kaget.
"Kau seharian belum makan ke?" wajah Ruya berubah bimbang.

Wanita itu menggeleng sambil memuncungkan mulutnya manja.

"Kau tak boleh macam ni. Kau kena makan sebab lepas makan, kau kena makan ubat" pujuk Ruya lembut. Tangannya lincah mencapai roti cheese bersama bawang lalu dihalakan ke mulut wanita itu.

"Kaki aku je yang patah. Tangan aku ok. Aku boleh suap sendiri" omel Zulaikha lantas merampas roti ditangan Ruya.

Ruya hanya mengeluh dengan karenah Zulaikha yang keanak-anakkan.

Belum sempat roti masuk ke dalam mulut, pintu bilik terbuka. Beberapa orang lelaki bersuits serba hitam masuk.

Ruya dan Zulaikha terkejut melihat empat orang lelaki yang tidak dikenali masuk dengan tiba-tiba.

"Kamu semua siapa? Saya rasa, kamu semua sudah salah bilik" Marah Ruya geram. Tanpa mengetuk pintu dan langsung tiada adab, pintu bilik Zulaikha dibuka begitu sahaja tanpa izin. Malah mereka semua menyerbu masuk tanpa rasa bersalah.

Seorang lelaki melangkah masuk. Raut wajah Zulaikha berubah.

"Abbas" panggilnya dengan nada separuh bisik.
Lelaki itu menyunging senyum kearah Zulaikha.

Derapan sepatu semakin mendekati lalu masuk melimpasi kelima-lima lelaki tadi.

Zulaikha dan Ruya menganga.

Lelaki itu. Zulaikha hampir tidak mengenali lelaki itu. Wajahnya dipenuhi jambang, rambutnya juga sudah sedikit panjang dari biasa.

Raut wajah lelaki itu berubah panik saat melihat keadaan Zulaikha.

"Sayang" dia melangkah pantas menghampiri katil Zulaikha. Tubuh Zulaikha dipeluknya erat.

"Apa yang telah berlaku, macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa rahsiakan semua ni dari saya?" Dia meleraikan pelukkan. Wajah Zulaikha ditatapnya. Setiap luka pada wajah, lengan dan kaki dilihatnya dengan teliti.

"Panggilkan doktor" arah Faeyz tegas. Salah seorang bodyguardnya mengangguk lantas keluar. Beberapa detik kemudian, dia masuk semula bersama seorang doktor lelaki dan seorang jurujawat.

Faeyz berdiri.

"Bagaimana dengan keadaan tunang saya?"
Zulaikha dan Ruya tercengang.

Ruya lantas memandang kearah Zulaikha. Zulaikha dengan pantas menggeleng tanda tidak tahu menahu.

"Tuan Ghaisan, maafkan saya. Saya tak tahu yang Cik Zulaikha ni tunang Tuan Ghaisan." Sekali lagi Zulaikha dan Ruya melopong. Tuan? Sebesar dan setinggi itukah level Faeyz pada pandangan mereka?

"Sekarang awak dah tahu, kan? Tak mengapa, awak tak perlu jawab. Saya akan pindahkan tunang saya ke hospital yang terbaik untuk terima rawatan selanjutnya. Nanti siapkan bil hospital dan serahkan kepada Abbas."

Doktor lelaki itu hanya mengangguk patuh.

"Tuan, helikopter sudah bersedia" Rizz selaku bodyguard masuk menghampiri Faeyz.

"Baiklah." Faeyz segera menghampiri Zulaikha.

"Eh, eh, awak nak buat apa dengan saya?" tanya Zulaikha hairan.

Tubuhnya dikendong sementara jururawat wanita tadi terkocoh-kocoh membantu memegang wayar drip yang masih terpasang pada pergelangan tangan kanan Zulaikha.

"Hati-hati " pesan Faeyz tegas kepada jururawat wanita itu.

Jururawat itu mengangguk patuh walaupun keadaannya sekarang tampak gugup dan takut.

Ruya masih terkebil-kebil ditempat.

"Faeyz, awak nak bawa Ikha kemana?" kali ini dia mula bersuara.

Langkah Faeyz terhenti. Hujung bibirnya terangkat.

"Berikan dia perawatan yang selayaknya tanpa perlu dirahsiakan" Ruya rasa terpaku dengan kata-kata sindiran Faeyz.

Zulaikha tidak mampu mengungkap walau sepatah kata pun lagi. Dia memandang sayu ke arah Ruya lantas mencebirkan bibirnya manja.

Tubuh Zulaikha dimasukkan dengan berhati-hati ke dalam helikopter. Dia dibaringkan diatas katil khas yang telah disiapkan diatas helikopter tersebut. Faeyz mengambil tempat tidak jauh dari Zulaikha.

"Tenang sayang, perjalanan kita tidak begitu jauh. Jangan risau, saya akan menemanimu" ujarnya lantas menggenggam lembut tangan Zulaikha. Satu kucupan singgah di dahi Zulaikha.

Zulaikha terkedu.

Faeyz tidak pernah berkelakuan seberani ini sebelum ni. Tapi kenapa sekarang dia lebih kurang sopan saat menyantuninya? Adakah sudah hilang rasa hormat terhadap dirinya atau mungkin kerana status tunang yang sengaja dipegang Faeyz itu terhadapnya? Sengaja? Ya, memang lelaki itu sengaja!

Zulaikha berjaya dipindahkan ke hospital pakar yang terkenal di bandar Turkey. Segala tugas perubatan sebelumnya diserahkan sepenuhnya ke hospital baru kepada doktor yang lebih arif dan berpengalaman.

Faeyz langsung tidak beranjak dari bilik Zulaikha ditempatkan. Hawa dingin aircond yang terpasang membuat Zulaikha dingin dan menggigil kesejukkan.

"Awak.. tolong perlahankan aircond, please.." pinta Zulaikha sambil menggigil. Dia menarik selimut sehingga menutupi keseluruhan tubuhnya.

Faeyz yang duduk disofa lantas bangun mencapai remote aircond lalu menaikkan suhu.

Suasana terasa lebih nyaman dan tenang, tidak sedingin tadi lagi.

Faeyz duduk dibirai katil, memandang Zulaikha dari atas hingga ke bawah.

"Sebulan sayang terlantar di hospital tanpa pengetahuan saya. Saya sangkakan selama ini sayang sudah menghilang seperti dulu. Saya hampir kecewa kerana orang-orang saya tidak dapat menjejaki sayang selama ini. Tak sangka hal seperti ini menimpa sayang. Yang lebih mengecewakan, Ruya sanggup rahsiakan semuanya dari saya" wajah Faeyz berubah tegang.

Zulaikha menyentuh lembut belakang tangan Faeyz.

"Awak..tolong jangan marahkan Ruya. Dia tak salah. Saya yang minta Ruya rahsiakan hal ni dari pengetahuan awak. Saya cuma tak mahu bebankan awak dengan masalah saya" luah Zulaikha.

Faeyz menatap tajam kearah Zulaikha. Bola matanya kemudian perlahan bergerak lalu berhenti pada jahitan di dahi Zulaikha. Dia menyentuh lembut kawasan luka.

"Saya akan dapatkan pakar yang terbaik untuk merawat dan hilangkan parut ni" Zulaikha menarik tangan Faeyz yang menyentuh dahinya lalu digenggam erat.

"Awak tak perlu lakukan itu semua. Saya terima takdir hidup saya. Saya redha jika lepas ni saya tidak sempurna seperti dulu lagi. Dan awak.." Faeyz menatap Zulaikha. Dia menantikan kata-kata selanjutnya dari Zulaikha.

"Ramai wanita diluar sana yang lebih layak untuk berada disisi awak. Beri mereka peluang untuk dekati awak dan awak harus buka hati awak untuk wanita yang lebih layak dan pantas berada dalam hidup awak. Lupakan saya. Saya sudah tidak sempurna macam dulu."

Faeyz menggeleng pantas. Matanya berkaca.

"Tidak! Takkan ada wanita yang boleh gantikan tempat sayang dalam ni. Sayang dah bawa hati saya sejak sayang pergi 8 tahun lalu." Faeyz menunjal-nunjal dadanya kasar.

"Saya janji, saya akan dapatkan pakar yang boleh pulihkan sayang macam dulu. Saya akan dapatkan pakar kulit dan pakar Ortho yang terbaik semata-mata mahu lihat sayang sembuh. Please jangan cakap seperti itu lagi. Saya sanggup lakukan apa saja demi sayang" rayu Faeyz bersungguh-sungguh.

Zulaikha terdiam.
Seberapa dalam sayang Faeyz terhadapnya sehinggakan lelaki ini sanggup berhabis puluhan malah mungkin ratusan ribu ringgit semata-mata untuk dapatkan pakar untuk merawatnya?

Bersambung...

Kesungguhan Faeyz dan keprihatinan Faeyz terhadap Zulaikha memang tidak dapat disangkal lagi. Jelas lelaki ini terlalu sayang dan cintakan Zulaikha sehingga dia sanggup lakukan apa sahaja demi Zulaikha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience