5- Bayar semua menu

Romance Series 34258

"Ikha"

"Hmm"

"Sorry"

"For what?"

"Pasal semalam"

Zulaikha meletakkan doh roti di atas meja pengadun. Dia berpaling dan memandang Ruya.

"Aku tak ambil hati pun. Aku sedar siapa diri aku yang sebenarnya."

Ruya tambah rasa bersalah.

"Maafkan aku. Aku tak ada niat nak buat kau kecil hati. Aku janji, takkan ungkit lagi pasal hal ni" janji Ruya lantas memeluk pinggang Zulaikha.

Zulaikha tersenyum.
"Aku tahu. Dah, pergi buat kerja. Aku pun dah nak siap dah ni. Setengah jam lagi, kita dah boleh buka kedai" tangan Zulaikha semakin lincah menguli doh roti sebelum mencanainya satu persatu.

**

Abbas menatap Faeyz dari atas hingga ke bawah. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Ini adalah kali pertama dia melihat Faeyz berpenampilan seperti ini.

Faeyz hanya mengenakan T-shirt, berseluar jeans dan mengenakan kasut sukan. Tiada lagi suit mewah, kemeja dan tali leher.

Apa yang telah merubah bos besarnya?

"Tuan nak ke mana?" Tanya Abbas.

"Saya ada urusan di luar." balas Faeyz sambil memerhati penampilannya yang tampak begitu maskulin di hadapan cermin besar di ruangan persalinannya.

"Syarikat macam mana, Tuan?" Faeyz menoleh. Dia menatap tajam kearah Abbas. Abbas terdiam.

"Hari ni, saya nak awak yang handle syarikat. Apa-apa mesej saya. Ingat, mesej. Bukan call" tekan Faeyz penuh intimidasi.

"Baik, Tuan" jawab Abbas patuh.

**

Kedai Zulaikha semakin sibuk. Ramai pelanggan yang datang mahu membeli juadah untuk sarapan pagi. Tidak kurang juga ada yang datang untuk membuat tempahan roti dan kek.

"Ikha, aku rasa kita kena tambah pekerja." suara Ruya.

"Nanti aku buka melalui online" Zulaikha juga berpendapat sama seperti Ruya. Jika mereka berdua sahaja, tentu sangat memenatkan.

Roti dalam island semakin berkurangan.

"Ruya, kau handle sini. Aku kebelakang" Ruya mengangguk pantas.

Sampai sahaja di ruang belakang, Zulaikha segera mengeluarkan doh yang sedang direhatkan lalu dicanai dan diterap. Dia menghias roti tersebut mengikut perbagai bentuk dan rasa sebelum memasukkan ke dalam oven. Semuanya dilakukan sangat pantas.

Sementara menunggu, Zulaikha melepa dan menghias kek lalu dipotong kepada beberapa bahagian dan ada pula kek yang tidak dipotong lalu dimasukkan ke dalam island kerana ada juga pelanggan yang ingin membelinya untuk meraikan hari ulang tahun dan sebagainya.

"Selamat datang ke Ikha's Bakery. Saya Ruya, pelayan anda. Puan mahu makan sini atau bawa balik?" dengan petah dan sopan Ruya menyapa pelanggannya.

"Hello, hai. Saya nak bawa balik." Matanya meliar mencari menu apa yang menarik.
Ruya setia menunggu sambil satu tangannya memegang kotak kecil untuk mengisi menu yang diminta oleh wanita itu.

"Saya mahu ini" Wanita itu menunding ke arah cream brulee cheese.

"Kalau Puan ambil satu, harganya 12 lira. Tapi kalau Puan ambil tiga, harganya hanya 25.50 lira" ujar Ruya cuba mempromosikan item jualannya.

"Wow, menarik. Beri saya tiga biji. Dan saya juga mahukan satu coffee bread" wanita itu menunding jari pada menu yang dimintanya.

"Baiklah. Itu saja ke Puan? Kami juga ada menyediakan minuman panas dan sejuk jika Puan mahu?"

"Tidak mengapa, saya mahu yang ini sahaja" ujarnya seraya tersenyum.

Ruya mengangguk lalu menutup kotak makanan lalu dimasukkan ke dalam beg plastik.

Pembayaran dilakukan dan beg plastik diserahkan ke tangan wanita itu.

"Terima kasih, datang lagi " celah Ruya sebelum menerima pelanggan yang seterusnya.

Wanita itu berlalu.

"Selamat datang ke Ikha's Bakery. Encik mahu makan disini atau bawa balik?" Ruya menatap wajah lelaki dihadapannya sambil menunggu pesanan.

Matanya meliar memerhati ke ruang belakang.

"Encik?" tegur Ruya. Lelaki tampan dihadapannya tampak seperti mencari sesuatu

"Oh! Maafkan saya. Sebenarnya ini pertama kali saya disini. Boleh saya tahu, menu apa yang top dekat sini?" suaranya. Matanya masih meliar seolah-olah mencari sesuatu.

"Oh, tak mengapa. Kedai kami pun sebenarnya baru saja beroperasi." beritahu Ruya.

"Untuk pengetahuan Encik, kedai kami ada banyak menu istimewa. Seperti yang Encik dapat lihat dalam menu dihadapan Encik ni,kami ada menyediakan Turkey pastry seperti Açma, künefe, sigara böre?i dan baklava. Kami ada Italian pastry seperti castagnole dan zeppole. Lain-lain kami ada egg tart, cream brulee cheese, chocolate cup cakes, chocolate ganache cakes dan chocolate truffle " panjang lebar Ruya menyenaraikan list menu terbaik di kedai mereka.

"Saya mahu satu künefe, satu cream brulee dan secawan white coffee" pesannya.

"Makan sini atau bawa balik?" Tanya Ruya ramah.

"Makan sini" jawabnya lantas mahu membuat bayaran.

"21 lira" ujar Ruya.

Lelaki itu mengeluarkan kad visanya lalu berkata,
"Awak kira semua menu yang ada dalam kedai ini, saya belanja semuanya hari ini"

Ruya tercengang. Matanya tidak berkelip sama sekali sambil menatap terus ke wajah lelaki tampan yang masih berdiri dihadapannya.

Tap! Tap! Lelaki itu memetik jari di hadapan wajah Ruya.
"Cik" tegur lelaki itu.
Ruya tersedar.

"Encik tak bergurau kan?" Ruya seolah tidak percaya. Begitu mulia hati lelaki dihadapannya ini.

"Cik lihat saya sekarang sedang bergurau ke? Hmm?" Lelaki itu membongkokkan separuh badannya.

Ruya menggeleng lantas tersengih. Dia menyambut kad visa di tangan lelaki itu seraya mengira total semua menu yang berada di dalam island.

"1487 lira" Ruya memandang lelaki yang masih berdiri dihadapannya.

Dia hanya mengangguk dan tersenyum.
Ruya melakukan pembayaran.

"Ini menu yang Encik minta. Terima kasih atas kemuliaan hati Encik. Semoga Encik diberikan kesihatan yang baik..."

Lelaki itu mengambil makanannya lalu berjalan ke arah meja dan duduk tanpa menunggu Ruya menghabiskan kata-katanya.

Ruya terdiam saat melihat lelaki itu pergi begitu sahaja sambil mengabaikan kata-katanya.

"Hey Ruya, tolong aku" Suara Zulaikha dari arah dapur.

Ruya segera pergi ke arah dapur.
"Tolong bawakan ini ke depan" pinta Zulaikha. Dia turut mengangkat sedulang pastry yang baru sahaja disiapkannya ke depan.

Dia membuka cermin island lalu mengeluarkan dulang yang kosong kemudian menggantikan dulang yang berisi pastry ke dalam island.

"Ikha" panggil Ruya dalam nada berbisik.
Kedua mereka duduk mencangkung di sebalik island.

Zulaikha hairan melihat sikap Ruya yang berbual dengannya secara berbisik.

"Kau nampak tak lelaki yang duduk di meja hujung tu?" Ruya menjuihkan mulutnya ke arah lelaki yang duduk berseorangan sambil menghadap laptop. Sesekali terlihat dia menyeduh kopi dengan perlahan.

Dahi Zulaikha berkerut.
"Kenapa dengan dia?" Tanya Zulaikha hairan.

"Kalau kau nak tahu, dia dah bayar semua menu kita hari ni" suara Ruya yang masih dengan nada bisikan.

Mulut Zulaikha ternganga.
"Kenapa dia buat begitu?" Tanya Zulaikha lagi.

"Manalah aku tahu" sambut Ruya lantas berdiri saat melihat pelanggan datang.

"Selamat datang ke Ikha's Bakery. Puan nak pesan apa, makan sini atau bawa balik?"
soal Ruya ramah.

"Bawa balik." ujar wanita itu lantas membuat pesanan. Saat mahu membayar,

"Tak mengapa Puan. Hari ini ada orang yang belanja" beritahu Ruya terus terang.

"Oh, ya? Terima kasih" ujar wanita itu sambil tersenyum lebar.

Zulaikha bangun. Dia berjalan perlahan menghampiri meja pelanggannya.

Faeyz yang tadi kusyuk menghadap laptop, mendongak memandang susuk seorang wanita yang berdiri di hadapannya.

Wanita itu tersenyum kearahnya.
"Encikkah yang membayar semuanya?"

Lelaki itu tersenyum lebar saat mendapati gadis yang dicintainya berada begitu dekat dengannya.

Faeyz hanya mengangguk tanpa mengalihkan pandangannya dari terus menatap ke wajah cantik Zulaikha.

"Terima kasih" ucap Zulaikha sambil tersenyum gembira.

"Have a nice day, Sir" ucap Zulaikha sambil menundukkan separuh tubuhnya. Dia mahu kembali bekerja.

"Zulaikha" langkah Zulaikha serta merta terhenti. Dia menoleh kebelakang.

Lelaki itu terus memandang kearahnya.
Dahi Zulaikha berkerut. Bagaimana lelaki ini tahu nama penuhnya?

Bersambung..

Dapatkah Faeyz menakluki hati Zulaikha kelak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience