Syamila Elmira segera menghubungi Dania Alisyah apabila dia sudah siap mandi. Dia tidak sabar mahu memberitahu rakan baiknya bahawa Fahmi Azizi melamarnya malam ini. Berita gembira ini memang patut Dania Alisyah tahu.
"Assalamualaikum" ucap Dania Alisyah apabila dia menjawab panggilan dari Syamila Elmira.
"waalaikumusalam! Dania!" jerit Syamila Elmira tanda gembira.
Dania Alisyah terkejut mendengar Syamila Elmira menjerit di dalam talian. Risau juga kalau rakan baiknya itu diculik. Apa kena dengan rakan baiknya ini sehingga menjerit di dalam telefon. Tidak tahukah sudah jauh lewat malam. Terganggu orang mahu tidur.
"kau ni kenapa? Terbangun orang yang tidur kat hotel tu dengar kau menjerit!" marah Dania Alisyah.
"Hehe sorry. Aku ada berita gembira ni!" balas Syamila Elmira.
Dia meminta maaf atas perilakunya yang tidak menyedarkan diri. Ialah putera yang dia ingin melamarnya malam ini. Kalau bukan sebab itu dia tidak gila malam ini. Tidak sabar dia mahu memberitahu ahli keluarganya yang dia sudah mempunyai teman lelaki.
"apa dia?" soal Dania Alisyah.
"Erm Fahmi Azizi melamar aku malam ni!" balas Syamila Elmira.
Dania Alisyah terpempan mendengar Syamila Elmira memberitahunya yang Fahmi Azizi melamar rakan baiknya malam ni? Jadi benarlah tekaan dia dan Emir Hamzah. Akhirnya Syamila Elmira jumpa juga dengan teman hidupnya. Dia hanya mampu tumpang gembira.
"Serius lah! Ke kau mimpi ni?" usik Dania Alisyah.
"serius lah. Rupa-rupanya malam ni dia nak melamar aku. Patut lah perangai dia pelik hari ni" balas Syamila Elmira.
Walaupun di dalam hati masih ragu-ragu dengan perasaannya terhadap Fahmi Azizi tapi dia yakin cinta dan sayang buat Fahmi Azizi boleh dipupuk selepas mereka mendirikan rumah tangga nanti. Dia tidak sabar menunggu hari bahagia itu.
"kalau betul tahniah! Aku gembira untuk kau. Family kau tau tak?" soal Dania Alisyah.
"buat masa ni belum tahu tapi nanti biar aku sendiri yang bagitahu" balas Syamila Elmira.
"okay! Kau balik esokkan?"
"haah. Lusa kan Amir tunang. Nanti aku balik aku cerita lagi tau?" beritahu Syamila Elmira.
"okay!" balas Dania Alisyah tersenyum riang. Tidak sabar menunggu kepulangan rakan baiknya.
Selepas tamat berbual di dalam telefon Syamila Elmira melihat ada satu pesanan whatapp dari Fahmi Azizi. Mungkin Fahmi Azizi ingin mengucapkan selamat malam padanya. Sweet sangat Fahmi Azizi ni!
'Selamat malam sayang. Tidur elok-elok. Assalamualaikum!'
Syamila Elmira tersenyum membaca pesanan whatapp dari Fahmi Azizi. Dia terus membalas pesanan itu. Malam ini dia akan tidur dengan lena kerana mimpinya telah menjadi kenyataan. Kalau betul Fahmi Azizi ditakdirkan buatnya dia terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas.
Share this novel