Bab 15 (II)

Romance Series 16271

Emir Hamzah dan Amir Hamzah saling berpandangan saat mendengar khabar baik dari Syamila Elmira. Rupa-rupanya Syamila Elmira menyimpan satu rahsia dari mereka. Tak sangka pulak angan-angan Syamila Elmira tercapai tanpa diduga. Dari pandangan memang tak ada harapan tapi nak buat macam mana jodoh.
Datin Amin dan Datin Maria sudah tersenyum senang. Nampaknya tidak perlu lah mereka mencari kan Syamila Elmira jodoh selepas ini. Di hati memang memanjat seribu kali kesyukuran. Kegembiraan Syamila Elmira adalah kegembiraan mereka juga.
"patutlah auntie Faridah call. Katanya dia nak masuk meminang angah tu mama pelik" ujar Datin Maria.
"ada yang lagi pelik mama" sampuk Datuk Amin.
"apa dia papa?" soal Datin Maria.
"Datuk Farid tu tak habis-habis puji anak perempuan kita ni. Cantik lah. Itu lah. Ini lah rupa-rupanya ada makna" balas Datuk Amin.
"ye ke auntie faridah dengan uncle farid puji angah?" soal Syamila Elmira membanggakan diri lalu tersenyum sinis pada abang dan adiknya yang sudah mencebik bibir.
"perasan lah tu!" perli Emir Hamzah dengan mata ke atas tanda menyampah.
Tapi dari sudut hati mereka sekeluarga memang Syamila Elmira cantik kalau tidak tak adanya Syamila Elmira ni banyak peminat di tempat mereka bekerja. Mata dan wajah putih Syamila Elmira menjadi idaman lelaki-lelaki di syarikat Megah Indah Sdn. Bhd.
"along dengan alang tak dengar ke papa cakap auntie faridah dengan uncle farid kata angah ni cantik?" Syamila Elmira memuji dirinya sendiri lalu menyelak sedikit rambutnya yang lepas bahu.
"tengok abang dia lah?" Emir Hamzah masih tidak mahu mengalah.
"apa pulak. Tengok adik dia lah!" Amir Hamzah juga masih tidak mahu mengalah.
Datin Maria dan Datuk Amin hanya memerhati gelagat tiga orang anak mereka itu. Selalunya Amir Hamzah dan Emir Hamzah sekutu kini mereka bergerak secara mengenakan Syamila Elmira. Ada sahaja perangai nakal mereka yang sedang ditonjolkan walaupun umur masing-masing boleh jadi ayah dan ibu orang.
"Apa pulak! Tengok mama dengan papa dia lah!" sampuk Datuk Amin.
Emir Hamzah, Syamila Elmira dan Amir Hamzah tergelak mendengar gurauan papa mereka itu. Memang betul pun. Kalau anak-anaknya cantik dan hensem pasti sahaja ikut wajah ibu dan ayah mereka. Wajah mereka bertiga memang kacak dan cantik semuanya.
"itu betul!" ujar Emir Hamzah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience