Syamila Elmira memandang dirinya di hadapan cermin. Apa benar ini adalah dia. Petang tadi Anis Nabilah yang menghantarnya pulang dan tunggu sehingga malam untuk menghiasnya. Kata Anis Nabilah malam ini dia dan Fahmi Azizi adalah tetamu khas.
Baju jubah labuh ala-ala muslimah bewarna ungu lembut itu amat cantik dimatanya. Pandai juga Fahmi Azizi menempah baju buatnya. Jam sudah menunjukkan hampir pukul 8:00 malam. Dia tidak sabar untuk pergi majlis makan malam di tepi pantai itu.
"jom kita turun. Cik Fahmi dah ada kat bawah!" beritahu Anis Nabila yang mengenakan jubah biru lembut.
"baiklah!" balas Syamila Elmira lalu mengambil tas tangannya di atas tilam lalu mengikut jejak langkah Anis Nabilah.
Sampai sahaja di bawah Fahmi Azizi sudah siap menunggu di ruang tempat letak kereta. Lelaki itu segak mengenakan Kemaja-T bewarna ungu lembut dan seluar jeans. Syamila Elmira terpanar saat memandang Fahmi Azizi yang tercegat menunggunya dari tadi.
"dah siap?" soal Fahmi Azizi lalu menghadiahkan senyuman paling manis buat Fahmi Azizi.
"dah!" balas Anis Nabilah lalu membuka pintu kereta BMW milik Fahmi Azizi buat Syamila Elmira.
Di dalam kereta Syamila Elmira banyak mendiamkan diri. Rasanya malam ini sangat pelik. Fahmi Azizi pelik. Anis Nabilah pelik. Pekerja-pekerja juga sangat pelik hari ini. Seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Pakaian jubah yang cantik ini Fahmi Azizi beri kepadanya.
"kita dah sampai!" beritahu Fahmi Azizi lalu tersenyum ke arah Syamila Elmira.
"kau ada sembunyikan sesuatu dari aku ke?" soal Syamila Elmira.
"tak ada! Kenapa?" balas Fahmi Azizi tenang.
"Aku rasa pelik sangat malam ni" ujar Syamila Elmira.
"dah lah. Kau tak payah rasa pelik ke apa. Jom!' balas Fahmi Azizi lalu keluar dari kereta.
Share this novel