Bab 3 (II)

Romance Series 16271

"Aku tak boleh suka dia!" bentak Syamila Elmira.
Emir Hamzah dan Dania Alisyah memandang sesama sendiri. Nampaknya Syamila Elmira masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri. Emir Hamzah dan Dania Alisyah cuba meyakinkan Syamila Elmira yang dia sudah jatuh cinta pada Fahmi Azizi Bin Datuk Farid.
"Tapi kenapa kau tak boleh suka dia?" soal Dania Alisyah.
"Aku tak sanggu taruh harapan dania!" balas Syamila Elmira dengan perasaan sebak.
Bukan selama ni dia tidak pernah menaruh harapan pada mana-mana lelaki. Semua lelaki yang dia taruh harapan menghancurkan dengan sekalip mata sahaja. Ia memang dia cepat sayang pada lelaki yang nampak baik dan bertanggungjawab. Dia akui.
"Angah kena cuba" pujuk Emir Hamzah.
"Ni angah nak tanya along dengan Dania? Kenapa nak sangat angah kahwin dengab Fahmi Azizi tu?" soal Syamila Elmira.
Ada juga Syamila Elmira perasan yang ahli keluarganya sungguh benar mahu dia berkahwin dengan usahawan muda yang berjaya iaitu Fahmi Azizi. Banyak lagi lelaki di luarsana yang boleh dibuat calon suami.
"along ada dengar cerita yang Fahmi Azizi tu sibuk sangat bekerja sampai tak fikir soal perkahwinan. Adik dia pun akan bertunang minggu depan" jelas Emir Hamzah.
"lagi satu, mama dengan papa dia tengah cari calon isteri untuk Fahmi Azizi sebab Farisha Sofia tak nak orang gelar dia langkah bendul" sambung Dania Alisyah pula.
Syamila Elmira mendiamkan diri. Dia yakin Amir Hamzah juga tidak mahu sanak saudara kami menggelar Amir Hamzah langkah bendul. Syamila Elmira memandang wajah Emir Hamzah dan Dania Alisyah. Nampaknya kalau semua ahli keluarganya sudah kahwin tinggal dia sahajalah.
"Tak ada kena mengena dengan angah pun!" balas Syamila Elmira lalu menghabiskan aiskrim coklat yang dia beli tadi.
"angah tak nak jadi isteri dia ke?" soal Emir Hamzah.
"angah memang nak. Macam angah cakap haritu memang angah suka dia tapi angah tahu angah takkan dapat miliki dia!" Syamila Elmira cuba memberi alasan yang kukuh.
"Cuba Farisha" sokong Dania Alisyah.
Syamila Elmira hanya mengangguk. Hatinya berkencang kuat saat mengingatkan nama dan wajak kacak Fahmi Azizi. Dia akui sudah mula sayang pada lelaki itu namun dia sedar Syamila Elmira tak mampu miliki Fahmi Azizi Bin Datuk Farid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience