Bab 10 (II)

Romance Series 16271

Syamila Elmira terdiam seketika saat meja yang mereka duduk ada sekuntum mawar merah di dalam pasu comel. Nampak romantis sekali. Fahmi Azizi mempersilakan Syamila Elmira duduk bersamanya. Syamila Elmira hanya mengikut arahan Fahmi Azizi.
"macam mana? Sama tak macam pasangan suami isteri yang kita nampak hari tu?" soal Fahmi Azizi.
Syamila Elmira tersenyum malu saat mengingatkan malam kejadian yang memanaskan hatinya. Boleh pulak dia menyoalkan pada Fahmi Azizi bila mereka boleh jadi seperti pasangan suami isteri itu. Syamila Elmira memandang Fahmi Azizi yang sedang tersenyum memandangnya.
Apakah Fahmi Azizi mahu melamarnya malam ini seperti yang dia impikan? Atau sekarang dia sedang bermimpi. Tak mungkin Fahmi Azizi juga suka padanya. Kalau benar tekaan itu memang malam ini adalah malam paling bahagia buatnya.
"mana pekerja yang lain? Kau kata kau buat makan-makan kat resort ni? Anis mana?" Soal Syamila Elmira risau dari tadi tidak nampak pekerja-pekerjanya.
"diorang ada! Kat tepi pantai tu. Lepas kita makan kat sini kita makan kat sana pulak okay?" balas Fahmi Azizi dengan nada romantis sekali.
Makanan yang dipesan oleh Fahmi Azizi dan Syamila Elmira sampai juga. Syamila Elmira makan dengan perasaan yang tidak tenang. Fahmi Azizi pula sudah gelabah habis. Inilah kali pertama dalam sejarah hidupnya dia melamar wanita dengan cara begini. Dia akui memang dia menyukai Syamila Elmira saat pertama kali mereka bertemu.
Tapi Fahmi Azizi tidak terlalu serius terhadap Syamila Elmira kerana dia tahu Syamila Elmira pasti mempunyai teman lelaki ataupun tunang. Orang kata jangan berharap pada benda yang tak pasti dan belum tentu orang yang kita suka, suka pada kita balik.
"aku dah habis makan" ujar Syamila Elmira.
"okay. Aku pergi tandas kejap. Kau pergi lah dekat diorang dulu" balas Fahmi Azizi lalu meninggalkan Syamila Elmira di situ seorang diri.
Syamila Elmira terasa panas seketika. Ada ke patut Fahmi Azizi menyuruh dia pergi dahulu. Pantai tu besar! Kalau kecik senanglah dia mencari di mana pekerja-pekerjanya. Fahmi Azizi ni tak romantik langsung. Penat sahaja Anis Nabilah mendandannya tapi Fahmi Azizi sanggup membiarkannya dia pergi seorang diri.
Saat Syamila Elmira mahu bangun tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Syamila Elmira tersenyum saat nama yang terpapar di skrin telefonnya keluar. Rakan baiknya itu tidak pernah henti tanya khabarnya di johor ini. Untung dia dapat sahabat baik merangkap bakal kakak ipar.
"Assalamualaikum!" ucap Syamila Elmira.
"waalaikumusalam. Kau kat mana?" soal Dania Alisyah apabila Syamila Elmira menjawab panggilannya.
"aku ada kat resort!" balas Syamila Elmira.
"bukan kau tinggal kat hotel ke? Macam mana boleh ada kat resort?" soal Dania Alisyah pelik.
"memang lah. Tapi entah lah Fahmi tu bawak aku datang sini. Dia siap tempah untuk aku jubah tau tak!" balas Syamila Elmira meluahkan perasaannya.
Dania Alisyah terpempan mendengar luahan hati Syamila Elmira itu. Nampaknya memang betul tekaannya dan Emir Hamzah yangFahmi Azizi akan melamar Syamila Elmira apabila di johor nanti. Tidak sangka doa mereka termakbul. Tapi kalau betul lah kalau tak betul nasib lah si Amir Hamzah kena tunggu Syamila Elmira jumpa jodoh yang baik.
"ohhh tak apa lah. Nanti aku call kau balik. Ibu aku panggil" bohong Dania Alisyah.
"ya lah. Orang sibuk nak kahwin. Assalamualaikum!" ucap Syamila Elmira lalu menamatkan panggilan selepas Dania Alisyah menjawab salamnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience