Bab 11 (II)

Romance Series 16271

"sejak bila kau suka aku?" soal Syamila Elmira saat mereka berdua mahu pulang kerana esok mahu bertolak pulang.
Fahmi Azizi memandang Syamila Elmira lalu tersenyum. Dia tidak tahu bagaimana mahu menunjukkan betapa sayangnya dia pada Syamila Elmira selepas dia melamar Syamila Elmira di hadapan orang ramai. Kalau dia cerita pada ahli keluarganya memang dia akan ditertawakan.
"kenapa panggil aku kau. Apa kata kalau kita tukar saya awak. Kan lebih sopan?" cadang Fahmi Azizi.
"maaf saya terbiasa" balas Syamila Elmira malu.
Nampaknya dari gaya Fahmi Azizi memang Fahmi Azizi ikhlas padanya. Masalahnya sekarang dia pula yang tiada perasaan pada Fahmi Azizi seperti dulu. Mungkin disebabkan perangai Fahmi Azizi yang selalu menyakitkan hatinya membuatkan dia rasa kurang selesa bila bersama Fahmi Azizi.
"jawablah soalan saya?" arah Syamila Elmira.
"ingat tak masa kita pandang mata sesama sendiri. Masa tu lah. Dari mata jatuh ke hati. Betul tak?" balas Fahmi Azizi.
"awak nak sejauh mana hubungan ni?" soal Syamila Elmira ingin tahu.
"saya kalau boleh nak awak jadi isteri saya yang sah tapi kalau awak bukan ditakdirkan bersama saya. Saya redha!" balas Fahmi Azizi.
Syamila Elmira terharu mendengar kata-kata Fahmi Azizi. Nampaknya Fahmi Azizi bukan mahu bermain dengannya. Fahmi Azizi mahu menjadikan dia sebagai isteri? Dia juga redha kalau ditakdirkan Fahmi Azizi bukan buatnya. Nampaknya tidak perlu lah dia mencari teman lelaki lagi kalau Fahmi Azizi sudah ada bersamanya.
"so esok jangan lupa ya pukul 8:00 pagi ada kat bawah. Esok kita nak bertolak awal?" beritahu Fahmi Azizi lalu mengenyitkan mata ke arah Syamila Elmira.
"ye lah!" balas Syamila Elmira lalu ketawa saat keluar dari kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience