Bab 7 (II)

Romance Series 16271

Selepas solat maghrib, Fahmi Azizi merehatkan tubuh badannya di atas tilam bersaiz king itu. Tilam empuk itu membuatkan sesiapa sahaja yang berada di atasnya akan terlena. Makan malam sudah dia jamah di luar jadi tidak perlu dia makan di dalam hotel lagi.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Fahmi Azizi cuba melihat nama yang terpapar di skrin telefon bimbitnya. Rupa-rupanya Farisha Sofia iaitu adik perempuannya yang adakan panggilan.
"Assalamualaikum" ucap Fahmi Azizi apabila sudah menjawab panggilan.
"waalaikumusalam! Abang sibuk ke?" soal Farisha Sofia.
"Tak lah. Abang baru balik kerja" balas Fahmi Azizi.
Padahal matanya hampir-hampir terlelap. Namun adik perempuannya mengganggu mimpi indah yang baru bermula. Kalau ikutkan hati memang mahu tidur terus tapi kalau tak dijawab panggilan memang adiknya akan merajuk nanti.
"ohhh ye ke. Abang balik kan ahad ni. Ahad ni adik tunang" Farisha Sofia mengingatkan abangnya tentang hari pertunangannya.
"ye abang balik. Takkan abang tak ada masa hari pertunangan adik tu" balas Fahmi Azizi.
"bagus lagi satu kak Syamila ada dengan abangkan?" soal Farisha Sofia.
Fahmi Azizi mengerutkan dahi saat adiknya menanyakan soal Syamila Elmira. Kenapa pulak adik aku ni tiba-tiba tanya pasal Syamila Elmira ni? Takkan lah Syamila Elmira ada dengan aku dalam bilik ni! Mati kena tangkap basah! Ujar Fahmi Azizi dalam hati.
"dia dalam bilik dia. Kalau ada dengan abang memang kami kena tangkap basah" balas Fahmi Azizi.
"hehe. Kalau kena tangkap basah bagus lah! Cepat sikit kahwin" usik Farisha Sofia.
Sekali lagi Fahmi Azizi mengerutkan dahi tanda pelik. Kalau teman lelaki si Syamila Elmira tu tahu dia kena tangkap basah dengan Syamila Elmira memang masak dia! Mahu dia kena belasah dengan pakwe Syamila Elmira tu. Bebel Fahmi Azizi dalam hati.
"adik ni! Nanti kalau abang kena belasah dengan pakwe dia macam mana? Abang tak ada ilmu mempertahankan diri!" balas Fahmi Azizi.
"abang ni dia mana ada pakwe, tunang ataupun suami!" beritahu Farisha Sofia.
Semalam dia telah mengikut mama dan papanya pergi ke rumah keluarga Datuk Amin dan Datin Maria. Farisha Sofia telah mendengar cerita yang Datuk Amin dan Datin Maria sedang menunggu orang masuk meminang anak kedua perempuannya iaitu Syamila Elmira.
Dalam fikiran Farisha Sofia inilah masanya untuk dia satukan Abangnya dan Syamila Elmira. Sementara abangnya tiada calon boleh lah dia satukan Fahmi Azizi dan Syamila Elmira. Dia hanya mencuba kalau abangnya tiada jodoh dengan Syamila Elmira nak buat macam mana. Tiada jodoh!
"ye ke? Dah tu kenapa adik tanya pasal dia?" soal Fahmi Azizi.
"adik nak abang melamar dia!" balas Farisha Sofia.
Fahmi Azizi ternganga mendengar cadangan adiknya. Ini tak lawak! Serius tak lawak! Mana boleh pakai lamar anak dara orang macam tu je. Kalau Syamila Elmira tidak menerima lamarannya memang mukanya tebal 7 lapisan. Tidak sanggup dia malukan diri di hadapan Syamila Elmira.
"tak nak lah abang!" Fahmi Azizi cuba membangkang.
"abang lupa erk abang nak cari awek dalam masa dua minggu!" Farisha Sofia cuba mengingatkan janji abangnya.
"memanglah! Tapi jangan kak Syamila tu. Ramai lagi awek lain!" balas Fahmi Azizi kurang yakin.
"No! Adik nak kak Syamila jugak. Adik tahu abang takkan cuba ngorat awek kat luar sana punya!" tegas Syamila Elmira.
Memang benar apa yang dikatakan oleh adik perempuannya. Mana mungkin dia cuba mengorat awek di luar sana. Mungkin Syamila Elmira sudah ditakdirkan untuknya. Dia perlu mencuba. Kalau dia berjaya cuba untuk menjadi usahawan muda kenapa tidak dia cuba menawan hati Syamila Elmira.
"abang cuba" balas Fahmi Azizi.
"macam tu abang adik! Abang jangan risau kak syamila akan terima abang punya. Trust me!" Farisha Sofia cuba memberi semangat.
Selepas menamatkan panggilan Fahmi Azizi sandar di kepala katil. Kalau nak dilamar biarlah malam terakhir dia bersama Syamila Elmira di sini. Dia mahu lamaran itu adalah malam romantis sekali seperti di dalam novel yang pernah dibacanya. Dia harus mencuba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience