Bab 13 (II)

Romance Series 16271

Syamila Elmira memulas tombol pintu biliknya apabila sudah sampai di tingkat dua. Dia mahu mandi dan solat lalu ingin beradu di atas katil yang empuk dan boleh membuatkan mimpinya menjadi indah. Syamila Elmira meletakkan begnya di tepi pintu biliknya. Dia terpanar apabila melihat ada satu beg pakaian di atas tilamnya.
Siapa pula yang berani masuk ke dalam biliknya itu. Nampak beg pakaian tu macam perempuan. Tiba-tiba pintu bilik mandinya terbuka lalu muncul lah Dania Alisyah yang baru sahaja siap mandi. Syamila Elmira menarik lafas lega. Dia ingat pencuri tadi.
"kau ni! Bagi aku terkejutlah" marah Syamila Elmira.
"sorry. Mama dengan papa kau tak bagitahu ke?" soal Dania Alisyah.
"bagitahu apa?" balas Syamila Elmira.
"aku tidur kat sini hari ni sebab ibu dengan ayah aku pergi perlis ada kerja sikit" beritahu Dania Alisyah.
"okay. Lepas aku mandi and solat aku akan bagitahu apa yang jadi kat johor tu okay?" balas Syamila Elmira senang hati.
Tidak lah dia bosan di dalam rumah ini kerana Dania Alisyah ada menemaninya. Maklumlah dia sorang je anak perempuan dalam rumah ni. Kadang-kadang bosan juga kalau jadi anak perempuan tunggal dalam rumah ni. Kan bagus kalau dia ada adik perempuan. Memang seronoklah!
Syamila Elmira segera masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia keluar dari bilik mandi dan terus menunaikan solat Asar. Selepas solat dia duduk di hadapan Dania Alisyah yang sedang membaca novel seram. Dia tahu yang rakan baiknya itu minat dengan novel yang seram.
"ceritalah!" arah Dania Alisyah lalu menutup novel yang belum dihabis bacanya.
Syamila Elmira mula membuka cerita sola dia dan Fahmi Azizi di johor sewaktu mereka sama-sama pergi ke sana. Dania Alisyah tekun mendengar cerita rakan baiknya itu. Kadang-kadang ada senyuman yang terukir di bibir dua orang rakan baik itu. Kadang-kadang wajah gadis comel itu bertukar serius.
"menarik jalan cerita kau ni. Boleh buat novel!" ujar Dania Alisyah.
Dania Alisyah memandang wajah Syamila Elmira sewaktu Syamila Elmira menceritakan tentang Syamila Elmira dan Fahmi Azizi di johor. Syamila Elmira nampak bahagia dan menaruh harapan yang tinggi pada Fahmi Azizi. Dia harap sangat Fahmi Azizi tidak akan menghampakan perasaan rakan baiknya itu.
"ye ke? Kalau boleh kau buat lah. Kau kan suka baca novel!" balas Syamila Elmira tersenyum bahagia.
"apa-apa pun aku harap Fahmi takkan kecewakan kau. Aku tak nak kau menangis sebab cinta lagi okay?" nasihat Dania Alisyah.
"baiklah. Aku cuba yang terbaik!" balas Syamila Elmira lalu memeluk rakan baiknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience