"Dekat mana aku letak fail projek kat johor tu ya?" soal Syamila Elmira sendirian.
Semalam selepas mesyuarat dengan Datuk Farid dan Cik Farisha Sofea terus dia simpan di dalam laci agar tidak hilang. Pasti ada seseorang masuk ke dalam biliknya dan mengambil tanpa meminta izin.
"angah cari apa tu?" soal Amir Hamzah sewaktu lewat di hadapan bilik kakaknya yang agak berselerak.
Teguran Amir Hamzah memeranjatkan Syamila Elmira yang sedang sibuk mengemas semula biliknya yang berselerak. Syamila Elmira memang selalu lupa untuk menutup pintu biliknya selepas buka. Sebab itu orang masuk tanpa pengetahuannya.
"alang ni bagi angah terkejutlah!" marah Syamila Elmira sambil memandang maut ke arah adik bongsunya.
"maaf angah!" balas Amir Hamzah sambil tersenyum manis ke arah kakaknya.
Amir Hamzah turut membantu Syamila Elmira mengemas semula bilik kakaknya yang agak bersepah. Sementara menunggu panggilan mesyuarat bersama Encik Fahmi Azizi boleh lah dia membantu kakaknya sebentar.
"Yelah!" balas Syamila Elmira.
"angah tak jawab pun soalan alang tadi!" ujar Amir Hamzah selesai menolong Syamila Elmira.
"soalan yang mana?" balas Syamila Elmira.
"angah cari apa?" Amir Hamzah menyoal kan kembali pada kakanya.
"angah cari fail projek kita kat johor tu. Alang ada nampak tak?" balas Syamila Elmira berbalik soalan.
Amir Hamzah ketawa kecil saat Syamila Elmira melontarkan soalan sebegitu rupa. Setahunya semalam Syamila Elmira sudah memberikan fail itu pada Emir Hamzah iaitu abang sulung mereka. Bagaimana lah kakaknya boleh lupa.
"kenapa alang gelak pulak! Angah serius ni! Dah hilang tau tak?" marah Syamila Elmira saat dia menanyakan soalan itu pada adiknya. Kelakar ke soalan dia.
"angah ni memang pelupa betul lah!" balas Amira Hamzah masih ketawa.
"apa yang lupa?" soal Syamila Elmira pelik.
"semalam kan angah bagi kat along lepas mesyuarat" balas Amir Hamzah.
Syamila Elmira terkedu seketika. Baru dia teringat semalam selepas mesyuarat dia memberikan fail itu pada Emir Hamzah agar tidak hilang. Projek itu besar dan amat penting baginya dan Syarikat Megah Indah Sdn. Bhd.
"angah baru teringat. Lega angah dengar. Ingat hilang!" Syamila Elmira tersenyum seketika.
"tu lah. Pelupa sangat! Dah lah jom nanti lambat!" ajak Amir Hamzah yang ingin berganjak pergi.
Sekali lagi Syamila Elmira terkedu seketika. Ke mana pula adiknya mahu bawa dia. Nak kata pergi makan tengahari lambat lagi. Jam baru pukul 10:00 pagi. Kalau ya pun tunggulah sampai pukul 12:00 tengahari.
"mesti angah lupa lagi ni. Hari ni kita ada mesyuarat dengan Encik Fahmi Azizi" duga Amir Hamzah.
"bukan esok ke?" soal Syamila Elmira.
"Hari ni lah! Cepatlah!" balas Amira Hamzah sambil menunggu kakaknya bangun dari kerusi.
Bagaimanalah dia boleh terlupa lagi. Padahal semalam dia tak makan semut pun. Syamila Elmira segera mengambil segala dokumen yang penting dan beg kerjanya yang diisi kertas kerja lalu mengekori langkah adiknya.
Share this novel