Bab 17

Romance Series 16271

Fahmi Azizi termenung seketika saat malam yang indah itu menceriakan hatinya. Semenjak dia menjadi tunang kepada Syamila Elmira hatinya gembira sangat. Syamila Elmir memang pandai dan bijak mengambil hatinya. Langsung dihatinya tidak ada rasa bosan ataupun rasa dipinggirkan oleh Syamila Elmira.
Inilah pertama kali dia rasa dicintai dan mencintai wanita dengan secara melamar. Sebelum ini mana pernah dia melamar wanita untuk menjadi teman hidup usahawan muda yang berjaya itu. Di surat khabar juga sudah tersebar yang dia sudah bertunang. Tidak sabar menunggu hari pernikahan mereka. Lagi dua bulan sahaja lagi mereka akan bahagia.
"senyum sorang-sorang ke?" soal Datin Faridah lalu duduk di sebelah anak lelakinya.
Suasana malam itu sungguh indah dan menenangkan. Memang dia tahu anak lelakinya ini suka benar duduk di luar pada waktu malam untuk menghirup udara segar di waktu malam. Datin Faridah tidak menyangka yang anaknya akan mendirikan rumah tangga juga tidak lama lagi. Tidak sabar dia ingin menimang cucu.
"eh mama. Apa mama buat kat luar malam-malam ni? Tak elok untuk kesihatan!" nasihat Fahmi Azizi.
"habis kamu?" soal Datin Faridah semula.
"abang tak apa? Abang orang muda!" lagak Fahmi Azizi sambil tersenyum macho.
"habis abang nak kata mama tua?" soal Datin Faridah lagi.
"abang gurau je lah. Mama sentiasa muda kat hati abang tau tak?" balas Fahmi Azizi.
Dua beranak itu nampak bahagia walaupun kadang-kadang mereka tiada masa bersama keluarga kerana sibuk kerja di luar. Datuk Farid sudah pencen kini tugas Fahmj Azizi dan Farisha Sofia untuk menguruskan segala hal syarikat. Farisha Sofia yang banyak meluangkan masa bersama keluarga berbanding Fahmi Azizi yang sering sibuk kerja di luar.
"abang dah siapkan semua untuk majlis perkahwinan abang?" soal Datin Faridah ingin tahu.
"dah mama. Mama dengan papa jangan risau. Lagipun adik ada tolong abang. Kesian mama nanti pening nak tolong abang. Biar adik je yang tolong" balas Fahmi Azizi.
Fahmi Azizi memang tidak mahu menyusahkan mama dan papanya. Yang hanya mama dan papanya buat adalah datang dan makan sahaja di majlis perkahwinannya. Dia faham ibu bapanya juga sudah menjangkau usia. Tidak boleh runsing takut ditimpa sebarang penyakit pula. Kesian dia melihat ibu dan bapanya.
"okay. Mama tak sangka abang suka perempuan? Sejak bila?" soal Datin Faridah.
Fahmi Azizi memandang mamanya lalu tergelak sendiri. Soalan apa lah yang mamanya cuba lontarkan. Takkan lah dia suka lelaki pulak. Dia pun ada perasaan dan hati untuk menyayangi dan mencintai seorang wanita. Mungkin selama ni dia sibuk dan sukar untuk dia cari calon isteri yang terbaik buat dirinya. Sekarang dia sudah jumpa!
"apa maksud mama?" soal Fahmi Azizi pula masih dalam keadaan tertawa.
"gelak pulak! Ya lah sebelum ni kan abang asyik sibuk dengan kerja. Dulu pulak sibuk dengan study. Mama tak pernah nampak abang dekat dengan perempuan. Tu mama tanya" jelas Datin Faridah.
"ohhh. Abang kan selalu sibuk. Mana ada masa nak pandang perempuan mama. Ni abang dah jumpa. Abang terus fikir nak kahwin" beritahu Fahmi Azizi.
"tapi abang tak ada niat nak main kan hati anak kawan mama tu kan?" ujar Datin Faridah risau.
Ya lah takut juga kalau anak lelaki sulungnya itu ingin memainkan perasaan Syamila Elmira yang nampak sayang dan setia pada Fahmi Azizi. Dari riak wajah Syamila Elmira memang dia sayang sangat dengan anak lelaki tunggalnya ini. Syamila Elmira bukan mahu main-main dengan anak lelakinya ini. Harap-harap lah anak lelakinya ini tiada niat lain.
"mama ni fikir ke situ pulak. Abang betul-betul serius dengan dia. Mama jangan lah risau!" balas Fahmi Azizi.
Datin Faridah tersenyum lega. Hati yang penuh dengan tanda tanya itu akhirnya sudah terjawab. Dia tahu anak lelakinya ini tidak akan membohonginya. Datin Faridah memandang wajah Fahmi Azizi yang penuh ceria dan gembira itu. Nampak ada tanda bahagia di sebalik wajah anak lelakinya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience