"So macam mana?" soal Farisya Sofia pada abangnya.
Semalam dia sudah mengajar abangnya bagaiman mahu melamar seorang wanita. Dia yakin abangnya boleh buat. Kalau muka sahaja kacak tapi tak pandai mengayat perempuan bagaimana. Tak sanggup dia melihat abangnya membujang sampai tua.
"abang tak tahu nak cakap macam mana?" balas Fahmi Azizi ingin menakutkan adik perempuannya.
Secara jujurnya masih ada perasaan malu dan takut pada Syamila Elmira. Malu kerana terlalu menunjukkan perasaannya pada wanita itu dan takut kalau wanita muda itu menerimanya kerana terpaksa. Kalau betul Syamila Elmira terpaksa menerima dirinya tak patut dia melamar Syamila Elmira.
"kenapa dia tak terima abang ke?" soal Farisya Sofia.
Tak mungkin Syamila Elmira tidak menerima abangnya kerana dia betul-betul yakin yang Syamila Elmira masih tidak berpunya. Melainkan kalau abangnya bercakap kasar dengan Syamila Elmira memang susahlah kalau begini. Susah betul cakap dengan abangnya ini.
"hehe terima lah!" balas Fahmi Azizi lalu ketawa di hujung talian.
"abang ni! Suka betul buat adik takut!" marah Farisya Sofia.
Fahmi Azizi senyap seketika. Dia tahu adiknya takut jika orang menggelar adik perempuannya digelar langkah bendul sebab itu Farisya Sofia berusaha untuk mencari bakal isteri buat dirinya. Dia akan cuba mempercepatkan tarikh perkahwinan dia bersama Syamila Elmira.
"kenapa abang senyap?" soal Farisya Sofia.
"nothing! Terima kasih sebab carikan abang awek. Tak payah lah abang pergi kelas mengorat awekkan?" balas Fahmi Azizi lalu ketawa lagi.
"bila abang nak masuk meminang kak Syamila?" soal Farisya Sofia.
"abang rasa nak masuk meminang dia minggu depan dan abang nak buat majlis nikah dan bersanding lepas abang kak Syamila kahwin" cadang Fahmi Azizi.
"good! Adik setuju biar adik bincang dengan mama dan papa!" balas Farisya Sofia.
"kejap. Tunggu lah abang balik bila abang balik kita bincang okay?" ujar Fahmi Azizi dalam nada lembut.
"baiklah!" balas Farisya Sofia.
Fahmi Azizi meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lampu di kiri katilnya. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya. Kalau ini yang ditakdirnya buat dia, dia terima!
Share this novel