Syamila Elmira melihat cincin emas yang tersarung di jari manisnya. Akhirnya dia menjadi tunang kepada Fahmi Azizi. Datin Faridah berlaga pipi dengan Syamila Elmira selepas Datin Faridah menyarungkan cincin di jari manis Syamila Elmira. Syamila Elmira tersenyum gembira. Keluarga mereka semua juga tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar di wajah manis Syamila Elmira.
"kita bakal berbesan!" ujar Datuk Farid pada Datuk Amin.
"ya. Tak lama lagi!" balas Datuk Amin.
"so alang takkan jadi langkah bendul!" ujar Emir Hamzah pada Amir Hamzah.
"mesti! Tak sangka angah pandai ayat abang Fahmi tu" puji Amir Hamzah bangga.
"akhirnya abang bertunang jugak kan?" ujar Farisha Sofia pada Kamil Irshad iaitu tunangnya.
"dah tak payah sedih. Yang penting abang awak dah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi" balas Kamil Irshad.
Kata-kata mereka membuahkan rasa bahagia buat dua pasangan itu. Walaupun perkenalan itu agak singkat namun akan mereka akhiri hingga ke jinjang pelamin. Fahmi Azizi dan Syamila Elmira nampak serasi sekali. Kalau seimbas pandang bagai pinang dibelah dua.
Selepas majlis pertunangan sudah selesai. Keluarga belah Fahmi Azizi meminta ingin pulang kerana hari sudah agak lewat. Mereka salam bersalaman dan mengucapkan tahniah buat Fahmi Azizi dan Syamila Elmira. Hari pernikahan dan majlis bersanding akan dibuat dalam masa dua bulan lagi dan harus cepat membuat persiapan yang sepatutnya.
"saya balik dulu ya?" minta diri Fahmi Azizi pada Syamila Elmira yang berdiri di sisi kirinya.
"okay. Hati-hati tau!" ujar Syamila Elmira.
"okay. Balik nanti saya call awak ya sayang?" balas Fahmi Azizi lalu mengenyitkan mata pada Syamila Elmira.
Sayang? Rasa nak pengsan Syamila Elmira saat Fahmi Azizi memanggilnya sayang. Tanpa dia sedar BMW hitam Fahmi Azizi sudah hilang dari pandangan mata mereka semua. Yang tinggal hanya keluarga belah Datuk Amin dan Datin Maria. Emir Hamzah, Fatin Nabilah, Amir Hamzah dan Dania Alisyah berdiri tegak menunggu Syamila Elmira masuk ke dalam rumah.
"angah kita ada rumah tau?" beritahu Emir Hamzah.
"angah rumah kita tak runtuh lagi!" perli Amir Hamzah pula.
"angah tahulah nak masuk rumah!" marah Syamila Elmira lalu melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan mereka berempat di situ.
"marah?" soal Dania Alisyah.
"biasalah tu! Angin!" sampuk Fatin Nabilah lalu mereka berempat ketawa.
Share this novel