Bab 1 (II)

Romance Series 16271

Syamila Elmira dan Amir Hamzah mengambil tempat di sebelah kiri Emir Hamzah. Nampaknya ramai lagi pekerja lain yang tidak masuk di dalam bilik mesyuarat. Hanya Syamila Elmira, Amir Hamzah dan Emir Hamzah.
"mana yang lain?" soal Amira Hamzah pada Emir Hamzah yang leka bermain telefon bimbit.
"orang tengah hangat bercinta mana nak pandang kita!" sampuk Syamila Elmira.
"aik jeles?" perli Emir Hamzah.
"Dengar pun!" marah Syamila Elmira.
Amir Hamzah dan Emir Hamzah mentertawakan Syamila Elmira yang sudah bermasam muka. Wajah comel tambah masam itu membuatkan hati mereka geli dan ingin ketawa lagi.
"ala angah! Along gurau lah" pujuk Emir Hamzah.
"Arghhh sudahlah!" balas Syamila Elmira.
"marah pulak! Nanti jodoh angah datang kejap lagi!" sampuk Amir Hamzah.
Syamila Elmira mengerutkan dahinya. Jodoh apa ni? Mengarut saja abang dan adiknya ini. Sudah lah buat dia marah. Mahu membangkitkan soal jodoh pula! Memang mahu kena dua orang ini.
"Assalamualaikum!" ucap seorang lelaki yang tak dikenali dari luar pintu bersama staf yang lain.
"waalaikumusalam" jawab mereka bertiga serentak.
Amir Hamzah dan Emir Hamzah berjabat tangan dengan Fahmi Azizi. Sementara itu Syamila Elmira terkedu saat melihat wajah Fahmi Azizi. Wajah dan penampilan lelaki itu amat menarik perhatiannya. Saat itu hatinya berdegup dengan kencang sekali.
"alamak! Ada orang dah jatuh cinta!" bisik Amir Hamzah pada Emir Hamzah.
Syamila Elmira dah Fahmi Azizi bertaut mata seketika. Pandangan mereka berdua teralih saat Emir Hamzah mempersilakan Fahmi Azizi duduk. Kedudukan Syamila Elmira dan Fahmi Azizi berhadapan dan membuatkan Syamila Elmira tidak keruan.
"Bangunan hampir siap! Cik Fahmi Azizi nak pergi melawat ke?" soal Emir Hamzah pada Fahmi Azizi.
"boleh juga tapi maaf saya memang tak tahu jalan ke sana" balas Fahmi Azizi ramah.
"itu tak jadi masalah! Cik Syamila Elmira boleh temankan. Kalau cik Fahmi Azizi nak pergi sayab boleh setkan masa dan tarikh" ujar Emir Hamzah.
Syamila Elmira memandang redup ke arah Emir Hamzah. Ini serius atau satu permainan. Tapi selalunya abangnya tidak akan main-main sewaktu berkerja. Kenapa tidak Amir Hamzah sahaja yang temankan Cik Fahmi Azizi.
"baiklah. Apa-apa inform pada saya" balas Fahmi Azizi tenang.
Setelah selesai perbincang soal projek di Johor, Fahmi Azizi, Emir Hamzah dan Amir hamzah berjabat tangan. Hati Syamila Elmira benar-benar sayu saat ratapi kepergian Fahmi Azizi. Namun dia sedar dia tak mampu memiliki Fahmi Azizi usahawan muda yang berjaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience