Syamila Elmira dan Fahmi Azizi memandang sesama sendiri. Emir Hamzah dan Amir Hamzah telah memaklumkan pada mereka berdua yang mereka akan berangkat ke johor esok pagi.
"berapa lama kami kena ada kat sana?" soal Syamila Elmira.
"lima hari!" balas Emir Hamzah.
"penginapan?" soal Syamila Elmira lagi.
"dah disediakan!" balas Emir Hamzah.
Selesai sahaja perbincangan tentang esok, Syamila Elmira masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dia menutup pintu bilik itu dengan rapat sekali. Hatinya benar-benar gusar apabila terpaksa duduk bersama Fahmi Azizi selama lima hari.
Kalau boleh Syamila Elmira tidak mahu pergi. Dia sudah meminta Amir Hamzah yang menemani Fahmi Azizi namun Emir Hamzah memutuskan Amir Hamzah harus bersedia untuk majlis pertunangannya yang akan berlangsung pada ahad ini.
Syamila Elmira menekup wajahnya menggunakan kedua belah tangan. Rasa sesak di dada tidak dapat dia luahkan. Dari gaya Fahmi Azizi langsung tidak memandangnya. Tiba-tiba Syamila Elmira mendengar ada orang mengetuk pintu biliknya.
"masuk!" arah Syamila Elmira.
Perlahan-lahan pintu berwarna coklat itu dibuka. Fahmi Azizi berjalan menuju ke arah meja kerja Syamila Elmira. Syamila Elmira tersentak saat Fahmi Azizi masuk ke dalam biliknya.
"ada apa-apa yang saya boleh bantu Cik Fahmi Azizi?" soal Syamila Elmira.
Fahmi Azizi memandang tajam ke arah Syamila Elmira. Niat di hati mahu berbincang soal esok tapi setiap kali dia memandang Syamila Elmira hatinya tenang saja. Adakah Syamila Elmira ditakdirkan untuknya.
"Cik Fahmi Azizi? Silakan duduk" pelawa Syamila Elmira apabila kurang selesa Fahmi Azizi memandangnya begitu.
"Saya datang ke sini sebab nak bincang hal esok?" beritahu Fahmi Azizi lalu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Syamila Elmira.
"ohhh pasal esok. Kenapa ya?" soal Syamila Elmira memandang redup ke arah Fahmi Azizi.
Jantung Syamila Elmira berdegup dengan kencang sekali. Ikutkan hati memang dia mahu jauh dari Fahmi Azizi namun wajah dan penampilan lelaki itu menghantui dirinya. Perasaan ragu-ragu juga ada pada dirinya.
"esok cik Syamila pergi sana naik apa?" Soal Fahmi Azizi.
"saya naik kereta sayalah!" balas Syamila Elmira.
"saya cadang kita naik kereta sekali sebab satu saya tak tahu jalan dan sebab kedua cik Syamila perempuan jadi tak elok pandu jauh-jauh ni!" ujar Fahmi Azizi ada nada risau di situ.
Syamila Elmira terharu mendengar sebab kedua Fahmi Azizi. Nampaknya Fahmi Azizi risau benar jika dia memandu seorang diri. Dari nada lelaki itu nampaknya dia benar-benar serius.
"baiklah kalau cik Fahmi kata begitu. Saya ikutkan saja!" balas Syamila Elmira.
"so awak ambik kad saya. Saya nak awak send location rumah awak dekat whatapp okay. Esok saya terus ambik awak kat rumah?" ujar Fahmi Azizi lalu mengeluarkan sekeping kad.
Syamila Elmira mengangguk tanda faham. Fahmi Azizi keluar dengan langkah yang laju tanpa Syamila Elmira sedar yang Fahmi Azizi sudah keluar dari biliknya.
Share this novel