Bab 16

Romance Series 16271

Datin Faridah dan Farisha Sofia menyiapkan barang hantaran buat Fahmi Azizi yang akan bertunang esok sekaligus merisik. Masih ada beberapa barang yang masih belum disiapkan. Nasib sahaja ramai sanak saudara yang datang dari jauh untuk membantu. Ada jugalah tangan yang sanggup membantu mereka anak beranak.
"sejak bila Fahmi bercinta dengan budak perempuan ni?" soal Makngah Intan.
Datin Faridah dan Farisha Sofia memandang sesama sendiri. Mereka sudah agak yang Makngah Intan akan bertanyakan soalan sebegitu. Ialah dulu ada juga Makngah Intan meminang Fahmi Azizi buat anaknya tapi Fahmi Azizi keras dengan keputusannya tidak mahu. Ada pulak belah perempuan meminang belah lelaki. Ajaran mana entah?
"baru je makngah!" balas Farisha Sofia tanpa memandang wajah Makngah Intan.
"baru! Entah datang dari mana entah budak tu kau buat menantu ya Faridah" perli Makngah Intan.
Rasa dihati memang rasa nak lempang sahaja kakak iparnya ini. Nasib sahaja ini kakak suaminya kalau tidak memang sudah kena. Datin Faridah menarik nafas dalam-dalam. Dia langsung tidak berkenan dengan sikap kakak iparnya itu yang langsung tidak memikirkan perasaan orang bila bercakap.
"itu anak kawan mama lah!" balas Farisha Sofia yang mula bengang.
"erm. Lagi bagus dari anak makngah ke?" soal Makngah Intan ingin tahu.
Kalau nak dibandingkan dengan anak perempuannya pasti sahaja anak perempuannya lagi bagus. Dulu anak perempuannya kerja sebagai jururawat tapi selepas berkahwin dengan 'menantu hantu' terus duduk rumah jaga anak-anak. Menyesal pulak dia kahwinkan anak perempuannya dengan anak ketua kampung di tempat tinggalnya.
Dulu menantunya itu janji akan menjaga dan memberi kebahagian serta wang yang banyak buat anak perempuannya tapi sekarang menganggur kat rumah. Makan pakai anak dan cucunya semua dia tanggung. Rasa menyesal punya menantu yang perangainya seperti hantu. Bagaimanalah dia mahu menyatukan Fahmi Azizi dan Aisyah iaitu anak perempuannya.
"mestilah! Kalau tidak tak adanya abang tu pilih kak Syamila yang cantik tu!" puji Farisha Sofia.
"sudah adik. Tak baik tinggikan suara pada orang tua" nasihat Datin Faridah.
"dengar tu Dania!" marah Makngah Intan.
"akak ni pun. Biarlah Fahmi nak pilih perempuan mana pun asalkan perempuan tu baik dah" ujar Datin Faridah dalam nada yang perlahan takut didengari orang.
"memang baik. Aku takut nanti kau jadi hamba dia!" balas Makngah Intan masih belum mahu mengalah.
Akhirnya Dania Alisyah dan Datin Faridah hanya mendiamkan diri. Malas dia mahu melayan kerenah Makngah Intan. Makin lambatlah kerja mereka. Bukan mahu tolong tahu komen tentang orang je tahu. Kalau macam tu bila nak siap barang hantarannya. Tak siaplah jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience