Syamila Elmira termenung seketika. Makanan yang terbiar sejak tadi langsung tidak disentuh. Makan malamnya itu penuh dengan keraguan dan resah di hati. Hatinya berdebar saat terbayangkan wajah Fahmi Azizi.
Inilah masalah Syamila Elmira pantang jumpa lelaki yang berwajah jambu dan caring padanya. Rasa sayang mula timbul. Bila dah sayang mula lah cinta. Payah lah macam ni!
"nampaknya ada orang dah jatuh cinta" sindir Emir Hamzah mengusik adiknya.
"siapa yang jatuh cinta?" Amir Hamzah turut ingin mengusik kakaknya.
"along tak pandai nak berkias!" usik Emir Hamzah lagi.
Syamila Elmira masih tidak dengar kutukan serta usikan abang dan adiknya. Dia masih khusyuk dengan perasaannya yang terganggu. Datin Maria dan Datuk Amin masih memerhati gelagat anak-anaknya yang mengusik Syamila Elmira.
"lepas ni mama dengan papa tak payah pening cari jodoh untuk angah. Jodoh dah ada depan mata?" ujar Amir Hamzah pada Datin Maria dan Datuk Amin.
Syamila Elmira tersedar saat Amir Hamzah cuba memperlinya. Syamila Elmira menunjukkan garfu yang dipegangnya pada Amir Hamzah. Mahu sahaja dia cubit mulut adiknya yang nakal dan suka mengusik orang.
"aik marah?" soal Emir Hamzah lalu ketawa kecil.
"marah lah!" balas Syamila Elmira.
"apa yang jodoh ni?" sampuk Datuk Amin.
"ni anak perempuan kesayangan papa ni! Dah jatuh cinta dengan anak Datuk Farid dan Datin Faridah" balas Emir Hamzah.
Syamila Elmira terdiam saat abangnya mula tahu yang dia suka pada Fahmi Azizi. Kantoi lah pulak! Kalau mama dan papanya sudah tahu lagi lah dia malu. Abangnya ini memang tidak reti jaga mulut langsung. Memang nak kena ni!
"serius lah?" ujar Datin Maria riang.
Nampaknya tidak lama lagi anak perempuannya bakal menjadi isteri orang. Tak ada lah orang luar menggelar anak perempuannya anak dara tua! Bukan main senang lagi hatinya. Tidak kisah lah soal umur yang penting anak perempuannya mahu mendirikan rumah tangga.
"mana ada lah mama! Usahawan muda yang berjaya tu. Lagipun umur dia sebaya along lah. Dah tua!" Syamila Elmira cuba membetulkan semula kata-kata abangnya.
"tua pun angah suka kan?" soal Datuk Amin ingin menduga.
Syamila Elmira terkedu dengan soalan papanya. Soalan itu benar-benar membuatkan hatinya berdebar kencang. Dia tidak mahu ahli keluarganya tahu yang dia suka pada Fahmi Azizi Bin Datuk Farid.
Memang dia akan malu nanti.
"angah tak suka! Along dengan alang ni pandai-pandai je!" marah Syamila Elmira.
"angah tak baik pendam perasaan ni! Kalau suka cakap suka!" ujar Emir Hamzah dalam nada serius.
Datin Maria, Datuk Amin serta Amir Hamzah masih menunggu jawapan dari mulut Syamila Elmira. Mereka hanya mahu Syamila Elmira bahagia seperti Emir Hamzah dan Amir Hamzah. Takkan Syamila Elmira tidak mahu kahwin.
"Memang lah tapi angah takkan dapat dia!" jujur Syamila Elmira.
"mana angah tahu angah tak dapat dia?" soal Datin Maria.
"angah pernah mengharapakan sesuatu tapi akhirnya angah tak dapat pun?" balas Syamila Elmira.
Semua terdiam mendengar penjelasan dari Syamila Elmira. Masing-masing menyambung makan yang tertangguh dari tadi. Nampaknya Syamila Elmira benar-benar kecewa untuk bercinta.
Share this novel