Bab 6

Romance Series 16271

Syamila Elmira membuka tudungnya. Hatinya benar-benar runsing. Makan malamnya penuh dengan rasa marah dan sakit hati. Dia tidak mahu jadi seperti wanita di dalam novel. Bila marah mula lah timbul sayang dan cinta. Tertekan dia dibuatnya. Sabar jelah!
Jam sudah menunjukkan pukul 10:30 malam. Penghawa dingin sudah dia pasang kuat. Dia mahu tidur dengan lena kerana esok dia mahu kerja. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ada panggilan masuk. Siapa pula yang menghubunginya malam-malam begini.
"Assalamualaikum!" ucap Syamila Elmira dalam nada sedih. Nampaknya Dania Alisyah yang menghubunginya.
"waalaikumusalam. Syamila kau okay tak?" soal Dania Alisyah apabila mendengar suara layu dari rakan baiknya.
"okay!" balas Syamila Elmira sambil menguis hujung selimutnya.
"kalau okay kenapa suara kau macam tu?" soal Dania Alisyah risau.
Syamila Elmira menundukkan wajahnya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menceritakan apa yang di rasa saat ini pada Dania Alisyah. Dia gagal untuk memiliki Fahmi Azizi. Dia pasrah. Kalau jodoh tak ke mana kata orang.
"entah lah! Aku malas nak ingat" balas Syamila Elmira.
"kau ni. Cuba fikir positif sikit. Ni mesti kau gaduh dengan Fahmi Azizi tu kan?" teka Dania Alisyah.
Syamila Elmira terdiam seketika. Sepanjang makan malam dia dan Fahmi Azizi amat membosankan. Nasib sahaja ada kumpulan muzik dan beberapa penyanyi di atas pentas menghiburkan hatinya. Kalau tidak memang dia akan mereput di meja makan.
"kenapa kau senyap?" soal Dania Alisyah apabila rakan baiknya senyap di talian.
"tak ada apa lah. Dah lah kita tak payah cakap pasal Fahmi Azizi tu" balas Syamila Elmira ingin melupakan Fahmi Azizi seketika.
"okay. Aku ada benda nak bagitahu kau ni" ujar Dania Alisyah teruja.
Syamila Elmira tersenyum. Dia sudah tahu apa yang ingin diberitahu oleh Dania Alisyah. Pasti sahaja khabar yang Dania Alisyah dan Emir Hamzah akan disatukan bulan depan. Abangnya awal-awal sudah memberitahu tarikh pernikahan abangnya dan rakan baiknya Dania Alisyah.
"kau nak kahwinkan?" soal Syamila Elmira. Dia juga tumpang gembira.
"mana kau tahu!" balas Dania Alisyah pelik.
"aku dengan abang aku. Biasalah! Apa-apa pun tahniah" ucap Syamila Elmira.
Selepas selesai bual bicara antara Syamila Elmira dan Dania Alisyah, dia meletakkan telefon bimbitnya di atas ribanya. Khabar yang Dania Alisyah dan abangnya akan disatukan membuatkan dia juga teringin mahu seperti itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience