Prolog

Romance Series 16271

Syamila Elmira seorang gadis yang sentiasa tersenyum walaupun dia sering gagal dalam soal percintaan. Syamila Elmira anak kedua daripada tiga orang adik beradik dan berumur 26 tahun.
Disebabkan sering gagal dalam percintaan, angan-angan ingin berkahwin awal memang agak sukar. Tahun ini sahaja sudah empat kali dia gagal dalam percintaan yang amat menyakitkan hatinya.
Emir Hamzah abang sulungnya akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama rakan baik Syamila Elmira, Dania Aisyah. Adik bongsunya Amir Hamzah bakal menjadi tunang orang.
Kepalanya berserabut saat ramai sanak saudara membuka bicara soal bila dia akan berkahwin. Soalan maut itu sering menghantui dirinya. Jodoh itu ditangan tuhan bukan ditangannya.
Paling lama dia bercinta adalah dalam empat tahun. Bercinta zaman sekolah memang lawak. Kadang-kadang tergelak sendiri bila ingat. Paling teruk bercinta dengan budak bendul. Itupun budak bendul tu boleh curang.
Teman lelaki tiada tak apa yang penting Syamila Elmira punya keluarga yang sering memahami situasi yang dia sedang hadapi. Mama dan papa juga tahu belum tiba masanya Syamila Elmira bertemu dengan jodohnya.
Sekarang adalah masa untuk Syamila Elmira fokus pada kerjanya di syarikat terbesar papanya Datuk Amin. Bukan senang mahu menjadi gadis yang cantik,cekap dan cerdik macam dia.
Disebabkan Datuk Amin sudah tidak larat untuk menguruskan syarikat jadi mereka bertiga mengambil keputusan untuk menaikkan lagi nama syarikat Megah Indah Sdn. Bhd.
Syamila Elmira melihat jam di pergelangannya sudah hampir pukul 11:00 malam. Tidak sangka dia sudah ada di luar hampir 3 jam. Baik dia masuk ke dalam rumah untuk mimpi indah di atas katilnya yang empuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience