Bab 5 (II)

Romance Series 16271

Jam sudah menunjukkan pukul 8:00 malam. Perut yang belum diisi dengan makanan membuatkan Syamila Elmira berasa lapar sangat. Perjalanan yang sangat jauh dan membosankan itu menimbulkan rasa marah dan bengang pada Fahmi Azizi.
Selalunya Syamila Elmira akan membuka radio untuk menghilangkan rasa bosan di dalam kereta tapi Fahmi Azizi langsung tidak membuka radio untuk menghilangkan rasa bosan. Takkan dia mahu pandai-pandai buka radio tanpa kebenaran si pemakai kereta.
Mereka sampai di johor dalam pukul 1:00 tengahari dan terus pergi ke cawangan Megah Indah Sdn. Bhd. Di johor papanya ada membuka satu lagi bangunan untuk segala urusan jual beli di johor. Bukan di johor malah masih ada banyak di negeri lain. Betapa hebat papanya dalam soal bisnes.
Syamila Elmira hanya mengenakan seluar jeans, baju lengan panjang bewarna putih serta tudung bawal crepe bewarna hitam. Nampak simple tapi cantik bila dipandang. Selepas mengunci pintu dia menekan lif. Sampai sahaja di tingkat bawah dia terus menuju ke cafe untuk mengisi perutnya yang lapar.
Syamila Elmira mengambil tempat di hujung sekali kerana di situ tiada ramai orang. Hanya ada dua pasangan kekasih yang sedang enak menjamu selera. Mungkin pasangan itu adalah suami isteri yang sedang berbulan madu.
Seorang pelayan lelaki datang ke arahnya untuk mengambil pesanan. Selepas memesan makanan lelaki muda itu beredar meninggalkan Syamila Elmira seorang diri di situ. Dia ralit melihat pasangan suami isteri itu tanpa sedar Fahmi Azizi duduk satu meja dengannya.
"tengok apa?" soal Fahmi Azizi juga sama melihat apa yang dilihat oleh Syamila Elmira.
"tengok pasangan suami isteri tu. Sweet sangat. Bila lah kita macam tu?" balas Syamila Elmira tidak sedar apa yang dijawabnya.
"Bila kita macam tu?" soal Fahmi Azizi pelik. Apa kena minah ni?
Syamila Elmira tersedar dari lamunannya. Akhirnya dia sedar dari dunia khayalannya. Aduh! Macam mana pulak mamat ni ada kat sini. Malunya! Dah lah salah cakap! Syamila Elmira senyum seperti kerang busuk. Mukanya sudah merah padam.
"Apa yang bila kita macam tu?" soal Fahmi Azizi ingin tahu.
"tak ada apa lah! Ni apa kau buat kat sini?" balas Syamila Elmira agak kasar.
Tadi di dalam kereta pun Fahmi Azizi menggunakan bahasa 'aku kau' apabila bercakap. Tapi bila di dalam pejabat dia menggunakan bahasa 'saya awak'. Dia tidak kisah pun.
"makanlah. Takkan nak menari pulak kat sini" ujar Fahmi Azizi.
Makin lama dia bersama Fahmi Azizi makin geram dia akan sikap lelaki itu. Syamila Elmira memandang tajam ke arah Fahmi Azizi. Tiba-tiba pelayan lelaki tadi membawa makanan yang dipesan Syamila Elmira dan Fahmi Azizi. Fahmi Azizi sudah memesan Makanan sejak awal tadi.
"macam tak ada meja lain je kat cafe ni" ujar Syamila Elmira selamba.
"ada tu memang ada tapi meja kita ni dah ditempah khas" balas Fahmi Azizi.
"ye ke?" Syamila Elmira cuba memandang Fahmi Azizi dengan penuh perasaan ragu-ragu.
"ye lah! Habis kau ingat aku nak sweet dengan kau macam pasangan suami isteri tu?" balas Fahmi Azizi.
Kata-kata Fahmi Azizi itu membuatnya terdiam. Dia benar-benar terasa dengan kata-kata Fahmi Azizi. Sudah dia bilang kalau dia tak mampu memiliki lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience