Syamila Elmira melepaskan nafas lega saat adiknya sudah menjadi tunangan orang. Bila lah dia akan menjadi seperti itu. Mungkin tidak lama lagi. Ada juga dia bertanya pada Fahmi Azizi bila mereka akan bertunang tapi Fahmi Azizi hanya mendiamkan sahaja tanpa sebarang jawapan.
Rasa di hati memang rasa kecewa. Inilah takdir hidupnya sudah mempunyai hati dan perasaan lelaki lalu dibuat main. Penat dia mahu bertanya lagi pada Fahmi Azizi. Sebentar lagi Dania Alisyah akan pulang ke kedah kerana keluarganya berada di sana. Cepat betul waktu berlalu.
"Fahmi mana?" soal Emir Hamzah.
"adik dia kan tunang!" balas Syamila Elmira sambil membuat wajah sedih.
Tiba-tiba sahaja abangnya menanyakan soal Fahmi Azizi kenapa? Jangan cakap mereka dah tahu pasal dia dan Fahmi Azizi. Masak dia kalau macam ni. Penat dia simpan rahsia akhirnya terbongkar juga. Syamila Elmira memandang wajah Emir Hamzah dengan penuh tanda tanya.
"kenapa along tanya fahmi tiba-tiba ni?" soal Syamila Elmira.
"aik? Nak tanya pun tak boleh? Angah ada apa-apa ke dengan dia?" balas Emir Hamzah berbalik soalan.
Syamila Elmira sudah cemas. Dari riak wajah abangnya seperti abangnya tahu sesuatu. Takkan Dania Alisyah yang bagitahu abangnya pulak. Setahu dia Dania Alisyaj cukup pandai menyimpan rahsia. Tak mungkin lah Dania Alisyah yang membocorkan rahsianya. Peluh sudah mula membasahi dahi Syamila Elmira saat Emir Hamzah memandangnya.
"ma ma mana ada apa-apa dengan dia. Kenapa along tanya macam tu?" bohong Syamila Elmira.
"yang angah gelabah kenapa. Along cuma tanya. Lagipun along cuma nak tahu angah berjaya ke tak bersama fahmi?" soal Emir Hamzah ingin tahu.
Emir Hmazah berharap sangat kalau adiknya sudah miliki hati Fahmi Azizi seorang usahawan muda yang berjaya itu. Kalau benar Fahmi Azizi dan Syamila Elmira sudah bercinta dia tumpang bahagia. Jika adik perempuannya ini bahagia dia juga turut bahagia bersama. Mama dan papanya juga tersenyum gembira melihat Syamila Elmira bahagia.
"entah lah" balas Syamila Elmira membuat wajah sedih.
"angaj dah cuba belum luahkan perasaan angah pada fahmi?" soal Emir Hamzah lagi.
"dah tapi tak ada jawapan. Dia suruh tunggu" bohong Syamila Elmira.
Emir Hamzah hanya mengangguk mendengar jawapan dari adiknya itu. Syamila Elmira pula menarik nafas lega apabila abangnya itu berhenti bertanya. Dia tidak mahu rahsianya bocor. Biar dia dan Fahmi Azizi sahaja yang tahu hal ini.
Share this novel