"betul ke alang nak tunang minggu depan?" soal Datin Maria.
Terkejut juga Datuk Amin dan Datin Maria apabila mendengar anak bongsu mereka memberitahu yang dia mahu bertunang minggu hadapan Persiapan pun belum tentu mereka mampu siapkan. Satu minggu untuk membuat persiapan majlis pertunangan mana sempat.
"ya maaf sebab alang buat keputusan terburu-buru" balas Amir Hamzah.
"Tapi kenapa alang nak tunang awal-awal? Tak bincang dengan mam dan papa dulu pun?" soal Datin Maria bertalu-talu.
Amir Hamzah terdiam seketika dengan soalan mamanya. Niat di hati mahu memberi kejutan kepada mama dan papa. Dia hanya memberitahu along dan angahnya. Mereka berdua saja yang tahu.
"Maria? Bagi alang jelaskan dulu apa yang dia nak cakap" sampuk Datuk Amin.
Memang di dalam hati ada rasa kecewa kerana anak bongsunya itu langsung tidak memberitahu yang dia mahu melangsungkan majlis pertunangannya minggu hadapan. Mungkin Amir Hamzah ada alasan yang mereka boleh terima pakai.
"mama, papa memang alang nak bagitahu. Selama ni cuma along dengan angah je yang tahy. Alang cuma nak bagi kejutan kat mama dan papa" jelas Amir Hamzah dengan wajah yang tenang.
Datuk Amin dan Datin Maria memandang sesama sendiri. Hati mereka lega saat Amir Hamzah memberi penjelasan yang boleh mereka terima. Takut juga jika anak bongsu mereka melakukan sesuatu perkara yang tidak baik pada anak dara orang.
"persiapan?" soal Datin Maria.
"tu semua angah dan along dah siapkan" balas Amir Hamzah.
"mama dengan papa tak kenal lagi pun dengan bakal tunang kamu tu?" ujar Datuk Amin.
"merisik dengan majlis bertunang alang sekalikan. Nanti mama, papa, along dengan angah boleh lah kenal dengan bakal tunang alang tu" balas Amir Hamzah.
Datin Maria dan Datuk Amin tersenyum saja. Nampaknya tinggal Syamila Elmira sahaja yang masih belum ada teman hidup. Mereka berdua yakin suatu hari nanti Syamila Elmira akan dijodohkan dengan seorang lelaki yang baik.
"mana along dengan angah? Senyap je rumah?" soal Amir Hamzah apabila terasa rumah itu sunyi sahaja.
"keluar dengan kawan-kawan" balas Datin Maria.
Selepas selesai berbicara Amir Hamzah melepaskan rasa lega dihati. Pada mula dia tahu pasti mama dan papa kecewa dengan keputusannya yang terburu-buru ini. Nasib sahaja mama dan papanya seorang yang memahami.
Share this novel