Lihat diri ini tatap mata ini
Adakah aku pendusta cintamu
Renung ku di sini di dalam hati ini
Adakah aku insan yang engkau cintai
Mana kau campakkan hatiku
Hati yang ku berikan padamu kasih
Semua jawapannya ada padamu
Ku di sini kan setia menunggu oh kasihku
Meski pun maut mendatang menjemputku...
Syamila Elmira memandang ke arah belakangnya saat mendengar suara dan petikan gitar yang merdu itu. Gerangan siapakah yang menyanyikan lagu di tepi pantai begini. Kelihatan Fahmi Azizi sedang berjalan perlahan ke arahnya bersama pekerja-pekerja yang lain di belakang Fahmi Azizi.
Nasib sahaja pantai yang cantik dan indah itu memancarkan cahaya yang agak terang sekali jadi Syamila Elmira boleh melihat dengan jelas gerangan siapakah yang menyanyi bersama petikan gitar. Ini memang satu kejutan besar buatnya.
Tadi selepas habis berbual bersama rakan baiknya terus dia ke pantai untuk mencari pekerja-pekerja Megah Indah (II) Sdn.Bhd tapi dia tak jumpa. Patutlah Fahmi Azizi dan pekerja-pekerja pelik sangat hari ini rupa-rupanya ada kejutan besar buatnya.
"Syamila Elmira Binti Datuk Amin!" sebut Fahmi Azizi nama penuh Syamila Elmira.
Syamila Elmira memandang wajah Fahmi Azizi dengan padangan tajam sekali. Apa benda mamat ni? Memang pelik betul Fahmi hari ni! Siap panggil nama penuh aku lagi! Cuba lah cakap terus terang aku tak suka orang tangguh-tangguh bila bercakap! Omel Syamila Elmira dalam hati.
"Ya Fahmi Azizi Bin Datuk Farid!" balas Syamila Elmira lalu menyebut nama penuh Fahmi Azizi.
Saat itu Syamila Elmira tergoda seketika melihat senyuman Fahmi Azizi. Bunyi air pantai yang menderu menambahkan lagi kemanisan antara Fahmi Azizi dan Syamila Elmira.Rasa mereka berdua sahaja yang ada di tepi pantai itu padahal ramai pekerja-pekerja lain memandang ke arah mereka berdua dengan senyuman.
"awak sudi tak kalau jadi pemaisuri dalam hati saya sehingga habis akhir hayat saya?" soal Fahmi Azizi lalu mengambil kotak cincin dari tangan Anis Nabilah dan membukanya di hadapan Syamila Elmira.
Syamila Elmira terpempan mendengar kata-kata Fahmi Azizi. Apakah benar Fahmi Azizi mahu melamarnya. Cincin yang masih di dalam kotak cincin itu dipandang sayu oleh Syamila Elmira. Kalau benar Fahmi Azizi adalah jodohnya dia terima dengan hati yang terbuka.
"serius?!" balas Syamila Elmira mahu kepastian.
"serius?!" ujar Fahmi Azizi.
"baiklah saya terima!" balas Syamila Elmira lalu Anis Nabilah menyarungkan cincin silver yang bertakhtakan batu permata di jari manis Syamila Elmira.
Semua orang di situ bersorak dengan gembira kerana Syamila Elmira menerima lamaran dari Fahmi Azizi. Fahmi Azizi melepas nafas lega saat Syamila Elmira menerima dirinya. Penat dia mencari ayat yang sesuai untuk Syamila Elmira dan akhirnya usaha dia membuat itu ini untuk malam ni ada hasilnya.
"jom kita makan!" ajak Rizal salah seorang pekerja Megah Indah (II) Sdn. Bhd.
Share this novel