Bab 5

Romance Series 16271

Syamila Elmira membawa beg pakaiannya turun setelah semua barang yang ingin dibawa sudah siap. Semalam Fahmi Azizi telah membalas pesanan whatapp dan memberitahu bahawa Fahmi Azizi akan menjemputnya pada pukul 8:00 pagi ini.
Kelihatan ahli keluarganya sedang bersarapan di meja makan. Semua mata tertumpu pada Syamila Elmira. Pagi ini gadis itu nampak berbeza sekali. Berbaju kurung. Nampak ayu sekali di mata mereka sekeluarga.
Syamila Elmira meletakkan beg pakaiannya di tepi pintu masuk rumahnya lalu menuju ke arah meja makan untuk bersarapan. Perut yang berkeroncong sejak dari tadi membuatkan dia rasa lapar sangat. Syamila Elmira mengambil tempat di sebelah Emir Hamzah.
"cantik angah pagi ni?" puji Amir Hamzah.
Syamila Elmira menjegilkan mata saat adik bongsunya memuji. Dia melihat semula pakaian yang dipakainya. Dia hanya mengenakan baju kurung dan tudung bawal crepe bewarna hitam. Mungkin sebelum ini dia jarang memakai baju kurung. Hari ni mood pakai baju kurung.
"baru tahu ke kakak alang ni cantik?" balas Syamila Elmira.
"perasan!" perli Emir Hamzah.
"sudah along, angah, alang. Nak gaduh saja!" sampuk Datin Maria.
Walaupun pergaduhan kecil itu nampak tidak serius namun Datin Maria takut anak-anaknya akan menjadi musuh. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi musuh bila dia dan suaminya sudah tiada nanti. Biarlah mereka berbaik dan saling faham antara satu sama lain.
"ala mama kami gaduh main-main je. Nanti kalau along, angah dengan alang dah kahwin tak dapat gurau dah. Gurau dengan isteri pulak" Amir Hamzah ketawa diakhir percakapannya.
"angah pulak masa tu sibuk gurau dengan anak-anak dia!" sambung Emir Hamzah pula.
"amboi suka sangat kutuk angah kan!" marah Syamila Elmira lalu menyenduk nasi lemak yang terhidang.
Sebentar lagi pasti Fahmi Azizi akan datang untuk mengambilnya. Baik dia cepat makan kalau tidak terlepas lah mahu makan nasi lemak kegemaran yang dimasak oleh mamanya. Sudah seminggu berada di johor memang dia akan rindu masakan mamanya.
"Fahmi ambil pukul berapa angah?" soal Datuk Amin.
"dalam pukul lapan" balas Syamila Elmira.
"ingat duduk sana elok-elok. Kalau orang bagi coklat jangan ambil" gurau Datuk Amin.
Datuk Amin tahu yang anak perempuannya ini memang cukup pandai menjaga diri. Sebab itu dia amat menyayangi anak perempuannya ini. Kalau boleh biarlah Syamila Elmira dapat suami yang terbaik buat diri anaknya.
"papa ni!" ujar Syamila Elmira lalu tersenyum comel ke arah Datuk Amin.
Selepas selesai menjamu selera pada pagi itu. Akhirnya BMW hitam milik Fahmi Azizi terpacak di luar pagar rumah mewah Datuk Amin. Syamila Elmira salam Datuk Amin dan Datin Maria. Fahmi Azizi juga salam Datuk Amin, Emir Hamzah dan Amir Hamzah tanda hormat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience