Farisha Sofia melilau mencari Datuk Farid, Datin Faridah dan Fahmi Azizi pada pagi itu. Selalu pagi-pagi begini ahli keluarganya pasti ada di rumah pada hujung minggu begini.
Hari cuti yang membosankan itu membuatkan dia rasa lapar. Kakinya laju melangkah ke dapur. Selepas solat subuh dia tertidur. Sedar sahaja sudah pukul 10:00 pagi. Penat kerja punya pasal.
Diatas meja makan terhidang nasi lemak, sambal udang petai, telur goreng dan bihun goreng. Terliur Farisha Sofia melihat masakan mamanya itu. Terus sahaja dia mengambil pinggan untuk menjamu selera.
Ikutkan hati memang mahu keluar bersama rakan-rakan di luar tapi rasa malas menguasai diri. Kalau ada mama, papa serta abangnya memang dia akan mengajak ahli keluarganya beriadah di luar pada hujung minggu begini.
"makan tak pandang orang?" tegur Fahmi Azizi yang berdiri di hujung meja dari tadi.
Sudu yang dipegang oleh Farisha Sofia jatuh ke dalam pinggan akibat terkejut mendengar suara garau abang sulungnya itu. Farisha Sofia ingat dia seorang sahaja di rumah.
"abang ni! Terkejut adik tau" marah Farisha Sofia lalu memandang maut ke arah abangnya yang sedang elok berdiri di tepi kirinya.
"salahkan abang pulak. Awak tu yang makan sambil termenung sampai mana dah?" balas Fahmi Azizi lalu beralih ke peti sejuk dan mengambil sekotak susu untuk diminum pada pagi itu.
Selalunya memang ahli keluarga mereka akan minum sekotak susu. Datin Faridah memang mengajar anak-anaknya untuk minum susu pada setiap pagi agar sentiasa sihat dan segar pada awal pagi.
"mana mama dengan papa?" soal Farisha Sofia lalu menyambung semula makan.
"keluar sekejap" balas Fahmi Azizi.
"pergi mana?" soal Farisha Sofia lagi.
"mana lah abang tahu. Abang pun baru bangun. Lepas solat subuh tadi mama dengan papa ada kata nak keluar sekejap" balas Fahmi Azizi.
Syamila Elmira menyambut segelas susu dari Fahmi Azizi dan mengucapkan terima kasih. Fahmi Azizi juga turut menyertai Farisha Sofia makan. Farisha Sofia merenung abangnya dengan seriu sekali.
"kenapa adik renung abang macam tu?" soal Fahmi Azizi.
"adik nak tanya ni?" balas Farisha sofia.
"bila abang nak kahwin?" sambung Farisha Sofia berterus terang.
Sudah banyak kali dia bertanyakan soalan begini pada abangnya namun Fahmi Azizi sering memberikan jawapan tiada jodoh lagi. Jodoh ada cuma dia tahu abangnya langsung tidak memandang wanita-wanita di luar sana.
"adik ni. Soalan apa tu?" balas Fahmi Azizi lalu ketawa kecil.
"abang tahukan minggu depan adik nak tunang dah" soal Farisha Sofia.
"tahu!" balas Fahmi Azizi sepatah.
"abang tahukan adik tak nak orang kata adik ni langkah bendul. Kalau boleh adik nak abang kahwin dulu" ujar Farisha Sofia.
Fahmi Azizi menghentikan suapannya. Dia merenung redup ke arah adiknya itu. Dia faham apa yang dirasai oleh Farisha Sofia. Tapi dia memang tiada niat lagi mahu mendirikan rumah tangga walaupun ekonominya sudah kukuh.
"ya! Nanti abang ambil kelas kursus cara mengorat anak dara orang!" balas Fahmi Azizi cuba membuat lawak.
"adik serius abang!" marah Farisha Sofia.
"okay bagi abang dalam masa dua minggu untuk cari teman wanita yang sesuai dengan abang okay?" Fahmi Azizi membuat perjanjian.
"betul ni?" soal Farisha Sofia teruja.
"sumpah! Abang tak mungkir janji" balas Fahmi Azizi dengan perasaan yang serba salah.
Share this novel