Bab 8 (II)

Romance Series 16271

Anis Nabilah masuk ke dalam bilik Fahmi Azizi apabila namanya dipanggil. Pagi-pagi lagi Fahmi Azizi memanggilnya. Mungkin inigin kopi ataupun mahu pertolongan lain. Lagipun masih ada dua hari lagi sebelum Fahmi Azizi dan Syamila Elmira berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
"ada apa-apa yang boleh saya bantu Cik Fahmi Azizi?" soal Anis Nabilah ramah.
Fahmi Azizi memandang tepat ke arah Anis Nabilah yang cantik mengenakan baju kurung moden dan rambut yang diikat kemas. Dia yakin pasti wanita muda di hadapannya ini tahu di mana letaknya tempat yang sesuai untuk pasangan kekasih dan tempahan baju buat dia dan Syamila Elmira.
"saya nak tanya awak ni?" balas Fahmi Azizi dalam nada serius.
"ya. Boleh saja" ujar Anis Nabilah.
"dekat mana tempat yang sesuai untuk pasangan kekasih. Saya nak tempat yang terbuka ataupun di tepi pantai" pinta Fahmi Azizi.
Anis Nabilah terkejut dengan soalan itu. Soalan itu menimbulkan curiga di hatinya. Pasti Fahmi Azizi mahu membuat kejutan untuk teman wanitanya. Fikir Anis Nabilah. Dia cuba mengingatkan tempat yang paling sesuai yang Fahmi Azizi mahukan. Tidak silapnya ada satu resort yang indah dan cantik tempatnya.
"saya pernah pergi satu resort dekat batu pahat. Dekat situ memang cantik. Indah. Saya rasa tepi pantai tu memang sesuai" balas Anis Nabilah.
Fahmi Azizi cuba mempertimbangkannya lagi. Nampaknya ciri-ciri yang dia mahu memang kena dengan apa yang dia mahu. Pasti sahaja tepi pantai adalah tempat romantis untuk pasangan kekasih ataupun pasangan suami isteri. Dia mengukir sebuah senyuman buat Anis Nabilah.
"okay saya setuju. Saya nak awak uruskan tempat makan dan tempat paling sesuai untuk saya luahkan perasaan saya pada cik Syamila Elmira. Saya nak ada BBQ dan saya nak semua staf terlibat temasuk awak!" ujar Fahmi Azizi.
"ohhh cik Fahmi Azizi buat untuk Cik Syamila Elmira lah ya ni?" usik Anis Nabilah.
"macam mana awak tahu?" soal Fahmi Azizi pelik.
"tadi cik Fahmi Azizi cakap" balas Anis Nabilah lalu ketawa.
Fahmi Azizi menepuk dahinya saat terkantoi dengan stafnya sendiri. Adoiiii mulut kau ni Fahmi memang tak boleh nak dijaga. Macam mana lah kalau staf kau tahu yang kau suka Syamila tu. Memang malu habis ni. Tebal muka 7 lapisan. Ujar Fahmi Azizi dalam hati.
"jangan risau saya simpan rahsia ni!" ujar Anis Nabilah.
"bagus awak ni! Lagi satu mana saya boleh tempah baju untuk cik Syamila Elmira?" soal Fahmi Azizi.
"itu cik Fahmi tak payah risau. Saya tahu kat mana cuma cik Fahmi kena bagitahu ciri-ciri baju yang cik Fahmi nak?" balas Anis Nabilah.
"awak perempuan kan? Awak cuba cari baju yang sesuai untuk cik Syamila Elmira kita. Saya nak tahu semuanya siap. Dah siap bagitahu saya bayarannya!" arah Fahmi Azizi dengan tegas.
Anis Nabilah mengangguk faham. Selesai sahaja berbincang topik itu Anis Nabilah keluar untuk membuat kopi panas buat Fahmi Azizi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience