Bab 13

Romance Series 16271

Emir Hamzah menolong Syamila Elmira membawa masuk beg pakaian adiknya. Sepanjang perjalanan dia bersama Fahmi Azizi memang seronok kerana Fahmi Azizi banyak menceritakan tentang dirinya pada Syamila Elmira dan Syamila Elmira juga banyak menceritakan tentangnya pada Fahmi Azizi.
"saya balik dulu!" ujar Fahmi Azizi.
"awak tak nak masuk dulu ke?" soal Syamila Elmira.
"tak pe lah. Saya kena tolong adik saya. Esokkan dia tunang" balas Fahmi Azizi.
"okay. Ucapkan salam dan tahniah pada adik awak ya?" beritahu Syamila Elmira.
"cakap kat Emir tahniah jugak! Nanti kita pulak ya?" usik Fahmi Azizi lalu menghadiahkan senyuman serta kenyitan mata pada Syamila Elmira.
"okay. Jalan elok-elok!" balas Syamila Elmira lalu melambai tangan pada Fahmi Azizi.
Syamila Elmira melihat kereta Fahmi Azizi sehingga hilang dari pandangan matanya. Akhirnya Fahmi Azizi menjadi miliknya. Ahli keluarganya pasti akan terkejut jika dia memberitahu yang Fahmi Azizi adalah teman lelakinya. Kalau tak terkejut mungkin tak percaya. Syamila Elmira melangkah kaki masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum!" ucap Syamila Elmira selepas masuk ke dalam rumah.
Kelihatan Datuk Amin, Datin Maria, Emir Hamzah dan Amir Hamzah sedang menunggu Syamila Elmira di ruang tamu. Semua mata memandang ke arah Syamila Elmira lalu tersenyum. Aik? Senyum? Lain macam aje keluarga aku ni tengok aku sambil senyum-senyum. Omel Syamila Elmira di dalam hati.
"waalaikumusalam!" jawab mereka serentak masih dengan senyuman di bibir.
"aik angah? Fahmi ada kat luar lagi ke? Lama sangat?" perli Emir Hamzah lalu ketawa diikuti Amir Hamzah.
Panas telinga dan hatinya bila adiknya berkata begitu. Kalau tahu tak balik rumah pun tak apa. Geram betul dia dengan perangai abang dan adiknya yang suka mengusiknya. Syamila Elmira menuju ke ruang tamu dan duduk di sebelah Emir Hamzah yang masih kosong.
"balik je kena bahan! Nak duduk rumah lain lah!" marah Syamila Elmira.
"boleh. Tunggu angah kahwin dengan Fahmi tu lah!" balas Emir Hamzah.
"along alang sudahlah tu! Angah baru balik tu" tegur Datuk Amin.
"padan muka!" ejek Syamila Elmira.
Walaupun teguran papanya itu lembut tapi ada makna. Tidak pernah sekalipun papanya menaikkan tangan pada anak-anaknya hanya dengan menasihati sudah cukup untuk cara dia menegur sikap anak-anaknya. Mama juga begitu selalu manjakan anak-anaknya. Minta apa sahaja pasti mama akan memujuk papa untuk kami miliki.
"angah naik dulu lah. Angah penat!" ujar Syamila Elmira lalu segera bangun untuk pergi.
Syamila Elmira mengambil beg bajunya yang diletakkan oleh Emir Hamzah di tepi tangga. Nasib sahaja ada abangnya rajin. Dia sudah tidak larat untuk mengangkat beg itu kerana berat. Tak tahulah apa yang dia bawa sampai begnya berat sebegitu rupa. Batu mungkin ada di dalam beg itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience