Syamila Elmira dan Fahmi Azizi berjalan di sekitar tapak projek. Nampaknya projek perumahan ini hampir siap. Anis Nabilah sudah pergi atas urusan kerja di pejabat. Syamila Elmira masih tenang cuma Fahmi Azizi sahaja yang gementar.
"kau okay tak ni?" soal Syamila Elmira apabila melihat Fahmi Azizi banyak mendiamkan diri.
Fahmi Azizi terkejut dengan teguran Syamila Elmira. Tangannya sejuk sejak tadi akibat terlalu takut. Dia memang tidak pandai untuk melamar wanita. Mungkin dia patut tanya beberapa soalan pada Syamila Elmira. Dia tidak pandai berkata-kata atau memberi ayat manis pada wanita.
"aaa aku okay!" balas Fahmi Azizi lalu memberikan sebuah senyuman buat Syamila Elmira.
Syamila Elmira terpegun dengan senyuman yang diberikan oleh Fahmi Azizi. Fahmi Azizi nampak comel bila senyum begitu. Seperti anak-anak kecil. Walaupun kadang-kadang perangai lelaki itu menyakitkan hati tapi apabila tersenyum imannya tidak kuat.
"jom kita duduk kat tempat redup tu!" ajak Fahmi Azizi sambil menunjukkan ada bangku yang memuatkan tiga orang di bawah satu pokok.
Syamila Elmira mengikut jejak langkah lelaki itu. Dia merasakan lelaki itu sangat pelik hari ini. Kalau lah dia boleh membaca isi hati lelaki itu memang dia akan baca. Perangai lelaki itu membuatkan dia rasa tidak selesa. Apa kena dengan mood lelaki itu hari ini?
"kalau aku tanya kau beberapa soalan kau marah tak?" Fahmi Azizi takut untuk melontarkan soalan.
"kalau kena dengan soalannya buat apa aku nak marah!" balas Syamila Elmira.
Fahmi Azizi masih takut untuk melontarkan soalan. Cadangan adiknya memang bernas tapi dia sendiri yang terpaksa melakukannya. Mesti Syamila Elmira akan pelik dengan soalan yang bakal dia lontarkan. Dia perasan Syamila Elmira masih memerhatikannya.
"kau nak tanya apa sebenarnya?" soal Syamila Elmira.
"janji jangan marah?" Fahmi Azizi cuba membuat perjanjian.
"saya Syamila Elmira takkan marah kalau Fahmi Azizi tanya pada soalan yang kena dengan saya okay? Dah aku dah janji!" balas Syamila Elmira lalu menurunkan tangannya apabila sudah diangkat.
"err kau ada pakwe?" terketar-ketak Fahmi Azizi melontarkan soalan itu.
Syamila Elmira terkedu dengan soalan yang dilontarkan oleh Fahmi Azizi. Apa punya soalan Fahmi Azizi ni. Dia ingat muka macam aku ni tak laku ke. Tapi memang betul pun aku tak laku kalau dah laku memang aku dah ada anak 3 agaknya. Omel Syamila Elmira dalam hati.
"tak ada!" balas Syamila Elmira jujur.
"serius lah!" marah Fahmi Azizi. Takut jawapan yang diberikan Syamila Elmira adalah sekadar gurauan.
"betullah!" balas Syamila Elmira.
Fahmi Azizi tersenyum. Nampaknya betul yang Syamila Elmira masih belum mempunyai teman lelaki. Ini adalah peluang untuk dia melamar Syamila Elmira. Tapi Syamila Elmira dapatkah menerima dirinya yang sudah meningkat usia ini. Dia tidak boleh terlalu yakin.
"kenapa kau tanya soalan macam tu?" soal Syamila Elmira pelik.
"tak ada apa. Aku cuma tanya je" balas Fahmi Azizi.
"kau tak kisah ke kalau suatu hari nanti ada sorang lelaki nak lamar kau tapi umur dia dah tua sikit. Tak adalah tua mana!" soal Fahmi Azizi lagi.
"Tak. Aku percaya setiap jodoh Allah tu adalah yang terbaik!" balas Syamila Elmira lalu tersenyum memandang langit yang biru.
"kau ni baguslah. Tak pandang rupa. Kekayaan ataupun faktor umur" puji Fahmi Azizi tanpa sengaja.
"kau puji aku? Hahaha" balas Syamila Elmira lalu ketawa sendirian.
Fahmi Azizi senang mendengar jawapan dari mulut Syamila Elmira. Nampaknya dia masih ada peluang. Kalau betul wanita di sebelahnya ini adalah jodoh dari Allah buatnya dia terima. Dia tiada masa untuk cari jodoh. Semuanya dia berserah pada Allah. Cinta dan sayang boleh dipupuk selepas berkahwin.
Share this novel