"kau nak pergi mana?!" soal Syamila Elmira terkejut.
"aku nak pergi kelantan. Aku dapat tukar kat sana?" balas Dania Alisyah.
Memang dia tahu yang rakan baiknya ini bekerja sebagai seorang guru sekolah. Memang itu lah cita-cita Dania Alisyah dari bangku sekolah lagi. Nampaknya selepas ini dia akan jauh lagi dari bakal kakak iparnya merangkap rakan baiknya itu. Sudah lah majlis perkahwinan Dania Alisyah dan Emir Hamzah hampir dekat.
"tapi lagi dua minggu kau nak kahwin kan?" ujar Syamila Elmira.
"awak nak pergi jugak ke?" sampuk Emir Hamzah dengan hati yang berat untuk melepaskan tunangnya itu.
"biarlah dania pergi. Seminggu je kan? Nanti kalau dania dah balik dania bagi lah tahu!" sampuk Datin Maria pula.
"awak saya pergi seminggu je. Lagipun saya cuma nak settle kerja sikit je!" balas Dania Alisyah sambil tersenyum manis.
Syamila Elmira memandang wajah Emir Hamzah yang mula kusam. Nampaknya ada orang merajuk. Ada je yang tak keluar makan seminggu nanti. Ya lah mana boleh abangnya ini jauh dari pengarang jantung buah hati intan payungnya itu. Kalau boleh hari-hari nak jumpa. Rasa cemburu pun ada di hati Syamila Elmira.
"seminggu je along. Bukan lama pun!" sampuk Datuk Amin ingin menenangkan hati anak lelakinya itu.
"bukan apa papa. Nanti ada orang tak keluar dari bilik seminggu nanti. Silap-silap murung si pengarang jantung hati jauh dari dia!" usik Amir Hamzah.
"tak makan!" usik Syamila Elmira.
"tak mandi!" sambung Amir Hamzah.
"mana ada lah! Along mandi okay. Bukan macam alang! Pemalas!" balas Emir Hamzah sakit hati dengan usikan adik-adiknya itu.
Mereka faham yang Amir Hamzah memang berat hati untuk Amir Hamzah berjauhan dengan Dania Alisyah tapi itu atas urusan kerja bukan main-main. Sebab itu Syamila Elmira dan Amir Hamzah buat lawak bodoh walaupun abang mereka tidak gelak tapu sekurang-kurangnya masih ada rasa tenang untuk dia lepaskan Dania Alisyah sebentar.
"alang pemalas? Kalau alang pemalas tak adanya pokok bunga mama tu hidup sampai sekarang!" marah Amir Hamzah.
Memang setiap kali hujung minggu Amir Hamzah akan menolong mama mereka untuk menanam pokok bunga di halaman rumah. Setiap kali pagi tak kira waktu kerja atau cuti Amir Hamzah akan bangun di pagi hari dan menyiram pokok bunga di halaman Datin Maria. Betapa rajin Amir Hamzah.
"sudah. Jangan bergaduh. Sempat lagi nak bergaduh kan?" tegur Datin Maria.
Mereka bertiga terdiam saat Datin Maria tegur. Dania Alisyah sudah menggeleng kepala melihat telatah mereka bertiga yang hanya tahu bertikam lidah walaupun perkara itu tidak terlalu serius. Tapi itulah yang membuatkan keakraban di antara mereka bertiga.
Share this novel