Bab 7

Romance Series 16271

Syamila Elmira hanya mengikut jejak langkah Fahmi Azizi. Katanya makanan tengahari di kedai itu sangat sedap. Mungkin lelaki ini pernah datang ke johor atau bercuti bersama keluarga di sini. Akhirnya Fahmi Azizi memilih tempat yang agak jauh dari orang ramai.
"duduk lah!" arah Fahmi Azizi.
"ye lah!" balas Syamila Elmira.
Tidak sangka di sebalik kekasaran lelaki ini ada secalit rasa tanggungjawab pada diri lelaki ini. Syamila Elmira memandang Fahmi Azizi dengan pandangan yang redup sekali. Dia tidak boleh jatuh cinta pada lelaki ini. Cukuplah sekadar 'crush'.
"kenapa pandang aku macam tu?" soal Fahmi Azizi cuak.
Sudah banyak kali dia perasan Syamila Elmira sering memandangnya dengan pandangan redup sekali. Seperti ada sesuatu yang ingin dibicarakan namun tergendala. Jangan kata Syamila Elmira sudah mula terpikat dengannya. Itu tidak lawak sama sekali.
"mana ada aku pandang kau?" bohong Syamila Elmira.
"habis tu? Takkan kau pandang bakal ayah kepada anak-anak kau?" usik Fahmi Azizi sambil membuat 'pickupline' pada Syamila Elmira.
Syamila Elmira mengerutkan dahinya tanda pelik. Apa kena dengan mamat ni? Sawan ke apa? Tak pernah nak buat lawak dengan aku? Memang ni ke perangai dia? Serius memang aku tak percaya! Omel Syamila Elmira dalam hati. Akhirnya dia ketawa diikuti Fahmi Azizi.
Ketawa mereka berakhir apabila seorang pelayan wanita datang untuk mengambil pesanan mereka berdua. Selepas memesan makanan, wanita muda itu pergi meninggalkan Fahmi Azizi dan Syamila Elmira berdua di meja makan.
"sejak bila kau pandai buat lawak dengan perempuan ni?" soal Syamila Elmira.
"aik? Kejap lagi kalau aku senyap kau cakap aku ni membosankan!" marah Fahmi Azizi sambil merenung tepat ke arah Syamila Elmira.
"mana ada! Tak ada lah aku cuma pelik je" balas Syamila Elmira.
"pelik sebab?" soal Fahmi Azizi ingin tahu.
"tak ada apa lah!" balas Syamila Elmira.
Fahmi Azizi tersenyum melihat telatah Syamila Elmira. Ternyata Syamila Elmira mempunyai sepasang mata yang cantik dan senyuman yang manis. Syamila Elmira juga seorang yang ceria namun garang macam singa. Dia masih sempat mengenal gadis di hadapannya itu.
Selepas 15 minit menunggu makanan akhirnya mereka dapat juga menjamu selera. Nampak sahaja seperti lauk kampung namun rasanya memang sedap sangat. Syamila Elmira dan Fahmi Azizi makan dengan penuh selera sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience