Bab 9 (II)

Romance Series 16271

Fahmi Azizi tersenyum memandang baju jubah ala-ala muslimah rekaan sepupu Anis Nabilah. Nampak simple tapi cantik. Baju itu dihias dengan beberapa batu putih yang bersinar. Memang padan jika Syamila Elmira memakainya. Dia tidak sabar menunggu malam ini.
Syamila Elmira masih belum tahu tentang kejutan ini. Cincin lamaran juga telah dibeli. Baju sesuai yang harus dipakainya malam ini juga sudah siap. Dia yakin pasti malam ini akan menjadi hari bahagia buatnya. Dia sudah banyak menghabiskan untuk menyiapkan semua itu.
Kalau Syamila Elmira tidak mahu menerimanya dia tak boleh kata apa. Terpaksalah dia makan BBQ malam ini sambil menangis. Malam ini dia bercadang mahu menyanyikan sebuah lagu buat Syamila Elmira iaitu lagu 'permata cinta' dari Aiman Tino.
"nampaknya cik Fahmi puas hati dengan baju ni!" ujar Anis Nabilah.
"ya saya berpuas hati! Bagus Anis!" balas Fahmi Azizi sambil tersenyum.
"semua benda yang saya rancang awak dah buat?" soal Fahmi Azizi ingin kepastian.
"dah lama saya buat!" balas Anis Nabilah.
"bagus! Sekarang ni saya nak mintak tolong awak panggilkan Syamila Elmira sekarang!" arah Fahmi Azizi tegas.
"baiklah cik Fahmi" balas Anis Nabilah.
Fahmi Azizi hanya memerhati langkah Anis Nabilah keluar dari biliknya. Dia berpuas hati dengan kerja dan cadangan yang disuruh oleh Anis Nabilah.Nampaknya Anis Nabilah ini cekap orangnya dan bijak mengawal keadaan. Tak salah jika dianugerahkan perkerja terbaik tahun ini.
Tiba-tiba pintu bilik Fahmi Azizi di ketuk. Pasti Syamila Elmira yang mengetuknya. Fahmi Azizi mengarahkan Syamila Elmira masuk. Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas. Wajah manis Syamila Elmira muncul di muka pintu. Fahmi Azizi mengarahkan Syamila Elmira duduk berhadapan dengannya.
" ada apa cik Fahmi panggil saya?" soal Syamila Elmira lalu menghadiahkan sebuah senyuman walaupun hatinya hancur memandang wajah Fahmi Azizi.
"saya nak awak pergi balik ke hotel sekarang!" arah Fahmi Azizi dengan nada tegas.
Syamila Elmira terpempan mendengar arahan Fahmi Azizi yang entah apa-apa. Apa silapnya sehingga dia perlu balik. Sudahlah hari ini hari terakhirnya di sini. Mahu disuruh pulang pulak. Syamila Elmira masih mendiamkan diri dan membalas renungan tajam lelaki itu.
"awak tunggu apa lagi!" soal Fahmi Azizi.
"kenapa saya kena balik?" soal Syamila Elmira kembali.
"sebab malam ni saya ada buat makan-makan. Jadi awak tetamu khas dan saya nak awak bersiap" balas Fahmi Azizi dengan nada yang sangat romantis.
"okay!" ujar Syamila Elmira lalu bangun untuk berlalu pergi.
"lagi satu. Jangan lupa ambik baju awak. Saya dah tempah khas untuk awak dekat Anis Nabilah" ujar Fahmi Azizi.
Syamila Elmira memandang Fahmi Azizi yang pura-pura sibuk menghadap komputer tanda masih ada banyak kerja. Semakin hari semakin pelik perangai Fahmi Azizi ni. Dia mengangguk kecil lalu keluar meninggalkan Fahmi Azizi seorang diri di situ.
Syamila Elmi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience