Bab 14

Romance Series 16271

Kediaman rumah Datuk Amin dan Datin Maria dipenuhi dengan sanak saudara yang datang dari jauh untuk melihat majlis pertunangan Emir Hamzah dan Fatin Nabilah. Sebentar lagi mereka akan bergerak ke rumah Fatin Nabilah untuk menyarungkan cincin di jari.
Syamila Elmira duduk di ruang tamu setelah semua kerjanya telah selesai. Kalau ikutkan hati memang nak duduk dalam bilik tapi mamanya tak bagi. Kata mamanya tak manis kalau tetamu datang kita duduk dalam bilik. Dia hanya mengikut arahan mamanya.
"Syamila!" panggil Dania Alisyah di muka pintu rumah.
"ya!" balas Syamila Elmira lalu melangkah menuju ke arah muka pintu untuk mendapatkan Dania Alisyah.
"ni Fahmi call!" beritahu Dania Alisyah lalu diberikan telefon bimbit Syamila Elmira pada Syamila Elmira.
Syamila Elmira baru teringat yang telefon bimbitnya ada pada Dania Alisyah sewaktu dia sedang membuat kerja di dapur. Syamila Elmira mengambil telefon bimbitnya dari tangan Dania Alisyah. Bibirnya telah mengukirkan senyuman.
"Assalamualaikum" ucap Syamila Elmira.
"waalaikumusalam. Awak buat apa tu?" soal Fahmi Azizi.
"saya nak gerak pergi rumah belah perempuan kejap lagi" beritahu Syamila Elmira.
"okay. Hati-hati tau?" nasihat Fahmi Azizi.
"ya awak" balas Syamila Elmira.
"saya pergi dulu ya nanti kalau saya free saya call awak" ujar Fahmi Azizi.
"okay Assalamualaikum" ucap Syamila Elmira.
"waalaikumusalam" balas Fahmi Azizi.
Dua pasangan itu tersenyum apabila masing-masing menamatkan panggilan. Ikutkan hati mahu berbual sehingga lewat malam tapi ada hal yang perlu dua pasangan itu lakukan. Dua pasangan itu mengharapkan bahagia di dalam hubungan mereka berdua.
"aik bahagia nampak?" soal Emir Hamzah lalu duduk di sebelah adiknya.
"memang bahagia!" balas Syamila Elmira masih dalam angan-angan.
"bahagia dengan siapa?" soal Emir Hamzah ingin tahu.
"dengan..." tidak lagi Syamila Elmira menghabiskan kata-kata dia tersedar dari angannya.
Nasib sahaja rahsia yang dia simpan tidak pecah. Kalau boleh dia tidak mahu ahli keluarganya tahu tentang hubungan dia dan Fahmi Azizi. Kalau dia tiada jodoh dengan Fahmi Azizi takut pula dia malu bila menceritakan betapa gah nya hubungan dia bersama Fahmi Azizi. Baik dia diam dari terus bercakap.
"dengan sapa?" soal Emir Hamzah lalu mengukir senyuman nakal.
"adalah. Mana boleh angah bagitahu along!" balas Syamila Elmira.
"kedekut. Dah jom tolong along bawak masuk semua barang dalam kereta" ajak Emir Hamzah.
"okay" balas Syamila Elmira lalu mengikut jejak langkah Emir Hamzah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience