Bab 4 (II)

Romance Series 16271

Telefon bimbit itu dipandang sepi. Petang tadi selepas pulang dari kerja terus dia menghantar lokasi rumahnya pada whatapp Fahmi Azizi. Tidak sangka Fahmi Azizi sudi memberikan nombor telefon padanya. Memang tidak diduga rezeki datang bergolek.
Yang membuatkan moodnya tiada malam ni apabila Fahmi Azizi tidak membalas pesanan whatappnya. Rasanya memang dari tadi Fahmi Azizi memang tidak membuka whatapp. Sibuk mungkin?
"tunggu apa dalam telefon tu?" soal Amir Hamzah lalu duduk di sebelah kakaknya yang masih punyai ruang.
"mana ada tunggu apa!" balas Syamila Elmira.
"dari tadi along dengan alang perhatikan angah kat luar. Pandang telefon" Amir Hamzah cuba memancing kakaknya.
Syamila Elmira mengerutkan dahi. Di muka penuh dengan tanda tanya.Bila masa pula mereka berdua ini memerhatikannya. Tahu sahaja dia memandang telefon dari tadi.
"mana along?" soal Syamila Elmira cuba mengalih topik.
"along dah masuk tidur!" balas Amir Hamzah.
"angah masuklah tidur. Esok angah kena gerak pergi johorkan?" soal Amir Hamzah.
Syamila Elmira mengangguk kecil. Satu keluhan dilepaskan. Nampaknya sia-sia sahaja dia menunggu Fahmi Azizi membalas mesejnya.
"angah masuk tidur dulu lah!" ujar Syamila Elmira lalu meninggalkan Amir Hamzah di luar seorang diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience