Bab 15

Romance Series 16271

Fahmi Azizi meletakkan songkok yang dipakainya sejak pagi tadi sewaktu acara majlis pertunangan adiknya di atas tilam bersaiz king itu. Katil itu bercadar warna merah hati. Cantik dan kemas sekali jika dipandang. Badannya benar-benar letih selepas menguruskan segala hal adik perempuannya.
Minggu depan dia harus menguruskan semua barang hantaran buat Syamila Elmira. Hatinya sudah tidak sabar memiliki Syamila Elmira. Kalau boleh dia mahu berkahwin dengan Syamila Elmira esok juga tapi nak buat macam mana kena ikut adat. Wajah Syamila Elmira mula terbayang di matanya.
Apalah yang kekasihnya sedang buat. Tiba-tiba angannya hancur saat dia teringat sindiran yang diberi oleh sanak saudaranya. Ada ke patut sepupu lelakinya mengatakan dia bujang tak laku. Kalau dia tunjuk Syamila Elmira pada semua saudara maranya pasti mereka akan terpegun melihat kecantikan Syamila Elmira.
Bukannya Fahmi Azizi tidak laku tapi dia sudah malas mahu mencari pasangan hidup. Biarlah Allah yang tentukan segalanya. Kalau dia terus mencari dia takut kalau-kalau dia sakit hati bila bercinta. Tengok sahaja berapa ramai pasangan yang curang di luar sana. Kemudian nak bunuh diri! Mengarut!
Allah menciptakan akal dan fikiran. Bukan lama pun kita nak tunggu jodoh. Sekelip mata sahaja Allah berikan jodoh yang terbaik buat kita. Cepat atau lambat tunggu sahaja. Cuma perlu tunggu dan sabar. Fahmi Azizi tersenyum teringat kata-kata itu. Itulah kata-kata yang dia pegang sepanjang dia hidup.
Tiba-tiba pintu bilik Fahmi Azizi terbuka dan muncul lah wajah Datin Faridah. Fahmi Azizi tersenyum saat wajah mamanya muncul di muka pintu bilik. Mungkin ada sesuatu yang ingin mamanya katakan. Salah satunya mungkin pasal calon isteri.
"fahmi sibuk ke?" soal Datin Faridah lalu duduk di sebelah anak lelakinya.
"tak lah mama. Kenapa mama?" balas Fahmi Azizi berbalik soalan.
"mama nak tanya sesuatu ni" ujar Datin Faridah.
Soalan yang ingin dia tujukan pada anak lelaki bujangnya adalah soal calon isteri. Dia tidak sabar untuk melihat anak lelakinya ini mempunyai rumah tangga. Kalau Fahmi Azizi masih belum punya calon isteri dia boleh carikan dan ramai anak perempuan rakan-rakannya yang masih belum kahwin
"mama nak tanya pasal calon isteri ke?" duga Fahmi Azizi.
"ya. Fahmi dah jumpa belum?" soal Datin Faridah.
Fahmi Azizi tersenyum melihat wajah ibunya yang sudah dimakan usia tapi masih nampak muda. Kalau dia memberitahu berita gembira ini pasti sahaja mamanya tidak percaya ataupun ibunya ini akan bahagia dengan berita gembira ini. Tidak sabar rasanya melihat senyuman di wajah ibunya itu.
"Fahmi dah jumpa dan fahmi akan masuk meminang dia minggu depan. Kita buat majlis pertunangan sekali ya?" beritahu Fahmi Azizi tersengih.
"betul ni? Alhamdulillah!" ucap Datin Faridah mengukirkan senyuman di wajahnya tanda dia gembira.
Akhirnya keinginan mahukan menantu perempuan di dalam rumah sudah termakbul. Pasti sahaja pilihan anak lelakinya ini berkualiti tinggi. Tidak kisah lah siapa bakal menantunya yang penting baik dan pandai menjaga anak lelaki tunggalnya itu. Datin Faridah senang hati.
"siapa dia wanita tu? Anak siapa? Duduk kat mana?" soal Datin Faridah bertalu-talu.
"sabar mama. Mama ni gembira sangat." ujar Fahmi Azizi lalu ketawa sendiri.
"mestilah. Mama nak tahu" balas Datin Faridah.
" nama dia Syamila Elmira. Anak Datuk Amin dan Datin Maria. Rumah dia mama dengan papa ada pergikan dengan adik rumah dia? Mesti tahu!" beritahu Fahmi Azizi.
"ohhh. Mama tahu. Ayah Syamila tu kawan baik dengan papa!" balas Datin Faridah.
"fahmi tahu. So mama tak payah pening okay. Lepas abang Syamila nikah, Fahmi dengan Syamila pulak" beritahu Fahmi Azizi lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience