Syamila Elmira dan Fahmi Azizi menyelak satu persatu helaian dokumen yang diberikan oleh salah seorang pekerja di situ. Wanita muda itu hanya memerhati Syamila Elmira dan Fahmi Azizi. Nampaknya Fahmi Azizi amat tekun memerhati setiap dokumen yang diselaknya.
"macam mana Cik Fahmi Azizi dan Cik Syamila Elmira? Puas hati dengan kerja kami?" soal Anis Nabilah sambil tersenyum manis.
Syamila Elmira dan Fahmi Azizi memandang sesama sendiri. Ada secalit senyuman yang terlakar di wajah Syamila Elmira dan Fahmi Azizi. Mereka amat berpuas hati dengan kerja bangunan yang dijalankan. Bangunan rumah juga sudah hampir siap.
"saya puas hati sangat!" balas Syamila Elmira lalu tersenyum ke arah Anis Nabilah.
"saya juga!" sampuk Fahmi Azizi.
Sudah dua hari Syamila Elmira dan Fahmi Azizi sudah berada di johor. Kerja mereka amatlah mudah dan semua kakitangan di dalam syarikat ini memberi kerjasama yang baik. Nampak juga Fahmi Azizi berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Megah Indah (II) Sdn. Bhd.
"kalau Cik Syamila Elmira dan Cik Fahmi Azizi puas hati marilah saya tunjukkan tapak projek di mana?" ujar Anis Nabilah.
Syamila Elmira cemas. Sudah lah dia mengenakan pakaian baju kurung putih hari ini. Kalau terkena tanah atau air kotor memang habis bajunya. Fahmi Azizi juga hanya mengenakan baju kemeja-T takkan lelaki ini mahu pergi ke tapak projek sekali. Kalau kotor bajunya cacat cela bajunya hari ini.
"saya rasa esok je lah. Sebab pakaian kami tak kena nak pergi tapak projek" ujar Fahmi Azizi.
Syamila Elmira melepas nafas lega. Nasib sahaja Fahmi Azizi faham dengan situasi ini. Kalau tidak memang nahaslah bajunya. Sudah lah dia langsung tidak reti duduk diam. Ada sahaja kerja yang akan dibuat jika pergi ke tapak projek.
"baiklah kalau macam tu. Saya keluar dulu" balas Anis Nabilah lalu beredar meninggalkan Fahmi Azizi dan Syamila Elmira di dalam bilik itu.
Share this novel