Syamila Elmira termenung sendiri di dalam biliknya.Sedar tak sedar esok malam terakhirnya di johor tapi Fahmi Azizi masih belum menujukkan apa-apa tindak balas padanya. Takkan dia mahu terus terang kepada Fahmi Azizi tentang perasaannya. Malu!
Kalau lah Fahmi Azizi itu seorang lelaki seperti dalam novel yang mahu melamarnya di sini pasti dia bahagia dan dia tidak akan melupakan hari yang bahagia itu. Pasti dia adalah wanita yang bertuah. Tapi malangnya tak mungkin Fahmi Azizi akan buat begitu.
Syamila Elmira memandang sepi ke arah televisyen yang terpasang itu. Drama pada malam itu membuatkan hati wanitanya tersentuh. Dia sudah mengagak dia tak mungkin memilik Fahmi Azizi seorang usahawan muda yang berjaya. Pasti ramai lagi wanita yang lebih cantik darinya mengejar Fahmi Azizi.
Memang benar. Harapan yang diberi pasti akan sakit akhirnya. Dulu pun dia pernah bercinta. Berapa ramai kaum lelaki yang dia jumpa. Banyak perangai dan ragam dijumpai. Paling sakit apabila pasangan kita curang ataupun tahu-tahu saja sudah ada yang lain. Sakit sangat.
Kita setia bukan main kepalang akhirnya pasangan kita khianat kita sendiri. Benda yang lepas memberikan pengajaran yang besar buat Syamila Elmira. Air matanya mula bergelinangan dan jatuh membasahi pipi. Sakit benar rasanya.
Kata orang jatuh luka boleh dirawat tapi kalau hati dah sakit memang tidak dapat dirawat. Sesiapa yang pernah kena memang sakit rasanya. Cara paling mudah dekatkan diri kepada Allah S W.T dan redha setiap ujian yang diberi. Percayalah Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita.
Kalau benar pasangan yang kita cinta, sayang dan setia pada pasangan kita itu adalah jodoh kita. Ya memang dia jodoh kita. Ada juga bercinta bertahun akhirnya putus juga. Ada juga yang bercinta tak sampai sebulan pun boleh putus.
Tapi kita tak boleh jugak nak salahkan pasangan kita. Kita kena tengok apa yang kurang dengan kita. Mungkin kita terlalu kongkong ataupun garang sangat dengan dia. Lain orang Lain cara. Cuba selesaikan masalah kalau boleh.
Kalau rasa hubungan tu tak boleh diselamatkan tak perlu lah kita terhegeh-hegeh nak kat dia. Masih ramai lagi lelaki atau perempuan di luar sana. Terima segala ujian dariNya. Insya Allah hidup kita lebih mudah dan Allah tetapkan jodoh yang terbaik untuk kita.
Itulah kata-kata yang dipegang oleh Syamila Elmira. Kata-kata semangat itu membuatkan dia lebih banyak bertabah dalam soal percintaan. Bagi dia teman lelaki tidak penting. Yang penting adalah ahli keluarganya.
Share this novel