Get the app for full experience
Dua tindakan yang diambil
Hanya untuk melepaskan rasa.
Namun membawa makna yang berbeza.
Tangis , atau menangis.
Adalah cara melepaskan kesedihan
Kekewaan juga api kemarahan.
Dan Tawa ,
Adalah cara melepaskan bahagia
Atau , menghilangkan tekanan.
Tapi , tak semua air mata
Adalah jujur.
Dan tak semua ketawa
Adalah benar.
Ada saja yang menangis
Hanya sekadar mahu perhatian.
Dan ada saja yang ketawa
Agar tiada yang sedar akan perasaannya.
Tertawa dihadapan mereka
Dan menangis sendiri dalam sepi.
Mengaburi mata mereka , dari melihat
Hati mu yang terluka diratah raksa.
Tangis , dan tawa itu tak perlu alasan kukuh
Tertawa lah seikhlasnya dan lepaskan beban
Yang terasa begitu berat dibahu mu
Menangislah sepuasnya ,
Melepaskan setiap perih dan perit
Yang kau rasakan
Dan bangkit , seperti tiada apa yang berlaku.