Get the app for full experience
Aku lelah menjadi aku.
Aku lelah bercerita tentang aku
Sedang tiada siapa ingin tahu.
Aku lelah menjadi satu-satunya insan
Yang sentiasa menganggap mereka terbaik
Sedang mereka ?
Mengapa , rasa ini begitu sakit ?
Mengapa , air mata ini terus mengalir ?
Mengapa , hati ini dimamah tanpa belas kasih ?
Sampai suatu masa , aku mahu
Ditanya , apa aku baik-baik saja
Tanpa perlu aku ceritakan dahulu.
Entah mengapa , melihat sikap mereka ini
Membuat aku terasa seakan
Mereka tak pernah peduli
Dan tak pernah cuba untuk bertanya.
Aku lelah.
Menjadi satu-satunya insan yang sering bertanya
Sering bimbang akan perasaan mereka
Sedang hati aku ?
Tapi tak mengapa.
Aku cuma lelah.
Belum putus asa.
Ya , aku masih kekal disini.
Meski mungkin tak siapa peduli
Tak mengapa.
Aku sudah biasa. :)